Skip to main content

Nukilan buat si dia yang bergelar pemimpin negara

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..Sollu A'lan Nabiy..

ALHAMDULILLAH..masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang disediakan tanpa mengira siapa kita samada pendosa,abid atau sesiapa. MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANGnya ALLAH pada hambaNYA..

Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menulis tentang peristiwa yang telah saya lalui ini. Tapi mood tak de bertambah dgn kekangan masa yang melanda semenjak dua ni,menyebabkan hasrat ini tertangguh.

Dah seminggu peristiwa bersejarah (dlm hdup sya la) tu berlalu. Tapi masih terngiang-ngiang diteliga kalimah yang terpaksa kami laungkan tanpa kerelaan hati. Nak tau apa?? Teke..he2..

Ok, straight to the point.. Minggu lepas, saya dan semua sahabat yang bakal menyambung pelajaran ke bumi urdun telah mengikuti satu program tajaan kerajaan. Nama program tu, biro tatanegara (BTN). Tempat kat resort bukit kluang,besut,Terengganu. Program berlangsung selama 5 hari. Jadual sepanjang full.

ALHAMDULILLAH, layanan yang kami terima boleh kata first class. Memang best sebab bilik selesa (ada aircond),dewan pun selesa (ada aircond jugak) dan makanan pun ok (ada bbq).

Pengisian?? Ermmm,banyak.. Kalau diikutkan memang sepanjang program tu,ada ceramah. Hari pertama,kedua dan ketiga.. Ceramah..ceramah then ceramah.. Tapi seronok juga sebab dari ceramah tu la kami boleh lebih "mengenali" pemimpin negara kita, semangat cintakan negara pun semakin menebal, dan yang penting semangat untuk berjuang mendaulatkan negara dengan pemerintahan orang ISLAM yang mengajarkan ISLAM dengan ajaran ISLAM demi memartabatkan agama ISLAM semakin membuak-buak.(^___^)

Slogan apa yang kami kena laungkan sepanjang program tu?? Agak-agak apa yer..

"ALLAHU AKHBAR"... "HIDUP MELAYU"... "SATU MALAYSIA"...



satu malaysia!!!..
 Tiap-tiap hari kami terpaksa melaungkan slogan tersebut. Nak tak nak terpaksa la. Bak kata pepatah dari ustz saya, "masuk kandang kambing, mengembik tp jangan jadi kambing, masuk kandang harimau, mengaum tapi jangan jadi harimau".

Setiap hari juga kami disuruh untuk sentiasa menghargai kerajaan kerana kerajaan telah banyak berkorban untuk rakyat dan bersusah payah untuk rakyat sehingga ada suatu hari tu PM kita sampai duduk diatas tikar,bersila dengan rakyat sambil makan ubi kerana prihatinnya beliau pada rakyat. Katanya. Bukan saya. Ngee~~ (tok guru saya memang makan bersila dan tak segan-segan makan dekat warung-warung tepi jalan..)

Kesimpulan yang dapat saya kongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian, caknalah pada perubahan dan masalah politik negara, kerana ia juga sunnah Rasulullah. Jangan hanya belajar tanpa mempedulikan keadaan negara.  Ini masalah UMMAT!!! Masalah kita bersama.

Mari sahabat, kita bina kekuatan kita. Pelihara akhlak kita. Masa depan negara berada dalam genggaman kita. Sekiranya rosak generasi kita kini, maka punahlah masa depan negara. Ayuh!!! Kita bangkit dan mengorak langkah demi kesucian agama ISLAM yang kita sayangi...


Sedikit Nukilan Berharga dari Seorang Remaja kepada Pemimpin Negara, yang Mengharapkan Kesucian Agamanya Dijulang Tinggi...

Tuan,

Kami bukan berlagak pandai. Kami bukan berlagak bijak. Kami bukan berlagak a'lim. Kami hanya mahukan ISLAM tertegak di bumi Malaysia. Jangan bicara tentang hukum ISLAM andai isteri dan anak-anak TUAN tidak terdidik dengan acuan QURAN. Jangan bicara tentang keadilan sosial, andai TUAN sendiri hidup mewah sedang rakyat sedang menderita dengan masalah ekonomi. Jangan bicara pada kami tentang perjuangan,andai TUAN sendiri takut untuk turun di medan perjuangan.

Jangan kaburi mata kami dengan harta yang berlipat ganda, kerana RASUL kami sudah lama berpesan agar jangan letakkan dunia di hati tetapi genggamlah dunia dengan tangan kalian. Jangan kaburi kami dengan fakta-fakta yang keliru agar kami terpedaya. Jangan kaburi kami dengan pelbagai tipu helah yang kalian reka agar kami, generasi MUDA lupa akan tanggungjawab kami. Jangan lalaikan kami dengan hiburan yang bertimbun kerana kami telah lama ditarbiyah oleh TOK GURU kami untuk kami bangkit dan sebarkan ISLAM, walau kami tahu kami punya banyak kelemahan.

Tuan,

Ketahuilah bahawa andai TUAN hiasi diri TUAN dengan ajaran islam, melakonkan watak sebenar seorang muslim sejati yang soleh dan  mengamalkan ISLAM dalam pemerintahan TUAN, tanpa ragu kami akan mengangkat TUAN menjadi pimpinan kami.

Tuan,

Harapan kami terlalu menggunung. Pandanglah kami dengan pandangan saudara seagama. Bukan "pemberontak" dan "pembangkang" yang hanya tahu membangkang. Kami membantah dengan hujah yang kukuh serta penelitian yang rapi. Kami bertindak hanya untuk melihat keindahan ajaran agama ISLAM yang suci dan indah dapat diamalkan dengan baik.

Sekian, terima kasih.. Salam satu MALAYSIA!!!

nantikan kepulangan kami !!!

Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” 
(Hadis riwayat Muslim).




p/s : nak bgtau PM sendiri,sah-sah tak dpt.. so luahkan kat blog je la.. tetibe je semangat memuncak lepas blk BTN ni.. Bagus betul BTN ni..he2

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be