Skip to main content

Bersyukur Dengan NikmatNYA ...

Alhamdulillah,nikmat masa lapang ini masih dikurniakan ALLAH buat diri ini walaupun hakikatnya lafaz terima kasih pada NYA masih tak terucap..Selawat dan salam buat kekasih yang amat dirindui dulu kini dan selamanya,Rasulullah S.A.W..Buat umi dan abi,hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkan dan maaf atas semua khilafku sepanjang kehidupanku bersama kalian kerna aku masih belum mampu untuk jadi yang terbaik untuk kalian..

Saya hanya manusia biasa yang banyak salah dan silapnya..Tak mampu untuk jadi yang sempurna walau hakikat, saya tidak akan dapat capai kesempurnaan itu..Kenapa saya keluarkan statement ni? tak ada niat lain melainkan membetul dan membersihkan hati yang semakin lama semakin "kelaparan" ini..

Bukan mudah menjaga apa yang sudah dimiliki..Begitu juga hati..Waktu ALLAH kurniakan ketenangan,ALLAH,terasa nikmat sangat sampai tak terluah pada sesiapa..tp waktu ALLAH tarik nikmat tu,hidup mula jadi tak tentu arah..semua yang kita buat jadi serba tak kena..ya ALLAH,terseksanya rasa..

Teringat suatu masa ketika masih diMaahad,satu petang yang sangat tenang..Ketika itu saya baru berumur 14tahun..Waktu tu saya masih di masjid,murajaah Quran seorang diri..Memang itu rutin saya untuk menjaga hafalan (terlalu rindu saat itu) datang seorang insan yang saya kagum akan keperibadiannya,dia minta sedikit masa untuk berbual dengannya..Saya hanya menurut..Mula-mula tu berdebar jugak sebab kakak tu exco asrama,takut-takut ada buat salah..tapi saya cool je,tak tunjuk berdebar tu..Kakak tu minta saya duduk menghadap dia,saya ikut..Setelah kami berbual saling bertanya khabar,tiba-tiba kakak tu tanya pada saya "Fiqah,apa amalan fiqah hingga Fiqah dapat kekuatan ni?"..Saya tergamam,tak faham dengan maksud sebenar kakak tu..Saya minta penjelasan..Kakak tu jelaskan dengan detail..Hampir saja menitik air mata ini tapi saya cuba tahan agar kakak tadi rasa selesa untuk meneruskan perbincangan kami..Sebak saya bukan terharu tapi sedih dan rasa berdosa serta malu dengan ALLAH.Hanya senyuman saya berikan..Hanya itu yang mampu..Dalam hati,saya beristigfar panjang..Bermuhasabah diri,memikirkan segala dosa dan kekhilafan diri sepanjang nikmat hidup ini dikurniakan..

Kini baru saya faham,kenapa kakak tu nampak sedih dan betul-betul mengharap jawapan dari saya..Benar kakak,mungkin saat itu ALLAH kurniakan fiqah dengan kekuatan yang fiqah tak sedar ia hadir dalam diri..Tapi itu dulu..4 tahun yang lalu..Kini setelah nikmat itu pergi,baru fiqah sedar..Betapa besar nikmat kurniaan ALLAH tu..Tidak ternilai..

Teringat kata-kata ustaz merangkap murabbi saya, "Apabila ALLAH kurniakan kita nikmat dalam beribadah, hargai dan jaga ia dengan sebaiknya sebab ALLAH berhak mengambil bila kita tak jaga dengan baik"..

Ya ALLAH,kurniakan nikmat yang pernah KAU kurniakan kepada ku suatu masa dahulu..Amin..

Firman ALLAH : "Hanya dengan mengingati ALLAH, hati-hati akan menjadi tenang"

Pesanan ikhlas dari saya,abidillahi, pelihara dengan baik nikmat kurniaan ALLAH..Istiqomahlah dalam melakukan ibadat disamping istimrariah dengan ibadat yang kita lakukan..Moga ALLAH bagi kekuatan pada kita untuk terus menjadi "abid" yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be