Skip to main content

jom berCINTA !!!

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 


"membaca ALQURAN tu bukannya benda yang kita buat sewaktu kita tak tahu nak buat apa.

 tapi ALQURAN adalah matlamat. apa-apa yang kita lakukan setiap hari, perlu ditujukan kepada bagaimana kita ingin dekatkan diri dengan ALQURAN 

mengulang ALQURAN bukanlah perkara yang kita buat ketika kita ada masa lapang saja. 

kita perlu cari masa untuk menghadap ALQURAN. 

ALQURAN bukan hafalan yang kita lagukan saja. 
ALQURAN adalah pesanan yang turun dari langit yang tinggi, yang kita mesti rasa dan fahami.

✿ surat CINTA dari PEMILIK CINTA... 
* thanking الله for this blessing. *

solat itu tiang agama. we ask things from الله dengan solat. solat/doa itu ibadah yang kita boleh lakukan selalu. setiap masa di mana saja.

ALQURAN itu apa yang kita mahu dengar dari الله . yang kita boleh buka bila2 masa selagi diri mahu. adakala menjadi pengubat kepada banyak penyakit.

but all in all, kepada orang awam seperti aku, cukuplah aku kata; solat dan ALQURAN itu memberi aku ketenangan yang tidak tergambarkan. 

keTENANGAN yang “jika pembesar2 dunia ni tahu hakikatnya, sudah pasti mereka akan datang dengan senjata dan peperangan untuk merebutnya dari orang yang memilikinya”.

kalaupun ada sehari aku buat perkara paling bagus sekali dalam hidupku, tidaklah hari tu boleh dikira bagus kalau aku tidak membaca 

ALQURAN."


Jom sahabat, kita bercinta dengan kalamNYA hingga akhirnya .. 
Tak rugi pon .. ^^


* Pesanan dan nasihat yang amat berguna buat insan seperti saya yang masih merangkak untuk menghafaz QURAN dengan baik.. syukran k.Wan.. Nasihat2 nie aka sentiasa diingati.. 
* bukan mudah untuk meraih gelaran itu, selagi hati tak punya cintaNYA..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...