Skip to main content

kerana NYA


 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 


sahabat sejati ... <3
Langkahnya semakin laju. Sedikit pun tak dipeduli orang sekeliling. Entah kenapa, hari ini hatinya betul-betul terusik. Tersentap dengan "sapaan mesra" dari insan yang paling disayangi. 

Rasa marah, geram, sakit hati menguasai dirinya kini.

"Kita dah lama bersahabat, tapi kenapa kau buat aku macam ni?" Jerit hatinya. Hampir sahaja takungan air mata pecah. 

"Please.. Jangan menangis." Dikuatkan hati sendiri.

***

"Kenapa dengan awak? Terkejut akak. Tiba-tiba datang mengejut. Selalu kalau nak datang, awak call dulu." Zulaikha bersuara setelah hampir 5 minit Asyikin dibiar sepi tanpa bicara.

Sakinah Asyikin pelajar tahun 1 Universiti Yarmouk, manakala Amalina Zulaikha pelajar tahun 3, Universiti Sains dan Teknologi (JUST). Satu-satunya mantiqah (daerah) di Jordan yang mempunyai dua universiti yang berlainan aliran. Universiti Yarmouk terkenal dengan pelajar jurusan agama, manakala Universiti JUST, lebih terkenal dengan pelajar medic dan dentist.

"Entahla akak. Susah nak cerita. Saya sedih. Sakit hati." Balas Asyikin menyatakan rasa hati.

"Kongsi la. Macam tak biasa pula dengan akak."Zulaikha cuba memberi ruang yang selesa agar Asyikin berasa lebih selesa. 

Sejujurnya, Asyikin terasa malu pada Zulaikha. Semenjak dia berhijrah ke bumi Jordan, Zulaikha la tempat dia berkongsi suka dan duka. Segala kemusykilan, Zulaikha lah menjadi tempat rujukan. Entah kenapa, dia selesa berkongsi rasa dengan muslimah itu. Mungkin akhlah dan sikap mesra yang sentiasa ditunjukkan membuatkan Asyikin lebih tertarik untuk berkongsi dengan Zulaikha.

"Akak, kami dah berkenalan hampir lapan tahun. Saya rasa saya dah usaha jadi sahabat yang terbaik. Saya dah buat yang terbaik. Tapi... Saya tak sangka, dia sanggup buat saya macam ni." Serentak. Air mata yang ditakung, tertumpah deras. Dia tewas. Hatinya tak mampu lagi menahan.

Zulaikha membisu. Membiarkan Asyikin bermain lagu sendu. Dia tahu, gadis dihadapannya kini sedang bermain emosi. Dia cuba mencari jawapan terbaik. Mohon petunjuk Ilahi.

"Akak, saya tak mampu jadi sempurna untuk dia. Saya banyak kekurangan. Saya tak minta dia buat apa-apa yang istimewa pada saya. Cukup hanya jaga hati saya. Itu je." Asyikin meneruskan kalam, sambil menyeka air mata yang tersisa. 

"Syikin.. Akak faham perasan awak. Istighfar banyak-banyak. Jangan biarkan syaitan bermain dihati. Jangan biarkan apa-apa anasir jahat menyapa."Zulaikha cuba menenangkan Asyikin.

"Dik, dalam berukhuwah fillah ni, banyak yang kita kena korbankan. Korban hati, korban masa, korban perasaan, korban segala-galanya. Berukhuwah tak selamanya manis dan tak selamanya pahit. Kalau kita niat betul-betul berukhuwah kerana ALLAH, banyak yang akan diujiNYA. Terkadang kita rasa perit sangat,kita pun berduka. Tapi terkadang kemanisan itu menyelinap seluruh hati dan jiwa kita, saat itu kita gembira. Sedangkan keperitan dan kemanisan itu, sama-sama ujian dari ALLAH, untuk uji keimanan kita.. Sekarang ALLAH uji ikatan ukhuwah kalian. Maka gunakan peluang ini untuk sama-sama muhasabah diri. Moga ikatan ukhuwah kalian kembali disirami redhaNYA."

"Syikin tak kuat kak. Syikin terasa lemah sangat." 

"Lemahnya dirimu, kerana kita hambaNYA." Satu ayat yang menusuk hati Asyikin dilafazkan Zulaikha. 

"ALLAH..."Hanya itu yang mampu dilafazkan. Hatinya terasa seperti mendapat suntikan. Sekali lagi, titisan jernih mengalir lebat. Selebat hujan yang membasahi bumi Irbid. Tangisnya kini bukan lagi kerana sakit yang dirasa, tapi menyesal atas sikapnya yang mudah melatah. Lupa pada janjiNYA. Lupa untuk terus kembali padaNYA. Lupa untuk mengadu padaNYA.

"Akak, terima kasih sebab dah sedarkan saya. Saya terlupa kak." Penyesalan jelas terpancar dari raut wajahnya.

"ALLAH hantar akak sebagai wasilah. Kembalikan ucapan hamdalah hanya padaNYA." Senyuman seindah pelangi dihadiahkan buat Sakinah Asyikin, sambil hati terus mengirim doa agar hati bakal bidadari syurga dihadapannya ini sentiasa mendapat jagaan ALLAH.. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...