Skip to main content

A vs B

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 


Suatu hari, si A yang berada di tingkat atas ingin memanggil sahabatnya, si B, di tingkat bawah. Oleh kerana si A tak tahu bagaimana cara untuk memanggil si B, lalu si A membaling duit syiling dengan harapan, si B akan mendongakkan wajah ke arahnya yang berada diatas.

Si B yang merasa ada sesuatu mengenai kepalanya, cuba memandang. Dengan wajah gembira, si B terus mengambil duit syiling yang terjatuh itu tanpa mendongakkan wajah. Si A kecewa. Sekali lagi, si A mencuba. Namun, si B masih tidak tidak mendongak ke atas. Malah, diambil duit syiling tadi dan terus menyimpannya ke dalam poket.

Si A masih tidak berputus asa, lalu si A mengambil sebiji batu kecil dan terus dibaling batu tersebut dan mengenai kepala si B. Kerana merasa sakit, lalu si B terus memandang ke arah si A.

Peristiwa diatas sangat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH.

***

Manusia, saat dilimpahi dengan kenikmatan, kesenangan dan kemewahan, lupa untuk kembali kepada ALLAH. Namun, saat keperitan, kesusahan dan kesakitan menyinggah, segera berpaling kepada PEMILIK segala rasa tersebut. Saat itu, kita hanya mampu menangis, merayu dan meminta selayaknya seorang hamba yang faqir.

Firman ALLAH yang bermaksud, 
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."
(Surah Al-Baqarah : 186)

Maha Penyayangnya ALLAH.

Masih ingin memaafkan, walau berjuta kali melakukan salah dan silap. Masih ingin mengabulkan, walau banyak kali mengingkariNYA. Masih bersikap Ar-Rahman dan Ar-Rahim pada kita, walau sering kali hati kita goyah menerima ujian dariNYA.

Mengimbau segala memori yang terpahat kemas sepanjang tahun 2011, banyak mengajar saya erti kehidupan dalam melakonkan watak sebagai hamba ALLAH dipentas dunia ini. Tak kira dalam bentuk ujian mahupun kenikmatan, semuanya terselit hikmah yang tersendiri. Terasa diri begitu kerdil.

Sebelum melabuhkan tirai tahun 2011, saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk bermuhasabah diri .. Moga-moga kehadiran tahun baru 2012, memberi seribu satu pengalaman dan pengajaran yang terbaik kepada kita. Moga kesilapan dan kekhilafan lepas bisa menjadikan kita manusia yang lebih tabah serta HAMBA yang lebih taat kepada Yang Esa . ameen .

Jom hayati alunan zikir bersama .. ^_^



p/s : mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini atas segala keterlanjuran kata dan sikap sepanjang tahun-tahun lepas . Salam Mujahadah . Moga amalan dan ibadat kita bertambah baik seiring pertambahan usia yang semakin menghampiri saat pertemuan dengan NYA .. (mengihtiramkan bulan islam itu lebih awla .. ^^ )

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...