Skip to main content

Tentang Dia

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 

Alhamdulillah, setelah meronda-ronda blog sahabat-sahabat malam ni, banyak yang dapat saya belajar dari nukilan kalian. Sedikit terisi dengan input yang kalian kongsikan. =)

Semasa blogwalking, saya ada terbaca satu blog yang telah membuatkan saya kagum dengan sikap tuan empunya blog. Siapa dia ??? ... Biarlah rahsia. Semoga ALLAH sentiasa memelihara dia dari segala keburukan dan fitnah dunia. Ameen.

Saya kagum melihat dia berusaha menjadi MUSLIM yang terbaik. Saya kagum melihat kesungguhan dia menjaga diri. Saya kagum melihat rintitan kehidupan yang dinukil. Amat kagum. Walau setiap ayat dan perkataan yang digunakan simple, tapi ia cukup mendalam untuk dihayati. 

Saya cuba selami apa yang dirasakan dari tiap bait penulisannya, dan saya akui, terlalu sukar untuk bertarung dengan "musuh tersembunyi" itu tanpa mujahadah yang tinggi. Moga ALLAH sentiasa berikan kekuatan pada dia. 



Pesan saya untuk dirinya ( juga untuk diri yang terutama ), teruskan pengembaraan mu dalam mengejar cintaNYA. Jangan pernah berburuk sangka pada setiap qada' dan qadarNYA. Serta yakinkan hati mu pada setiap ketetapanNYA. Insyallah, kebaikan bakal mengejarmu. Moga sentiasa dalam dakapan cintaNYA. Salam Mujahadah buatmu.


Sincerely, 
~ AI ~

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...