Skip to main content

kisah kami !!!

BismillahirRahmanirRahim...

ukhuwah kami,ukhuwah fillah !!! =)


Semenjak dua ni,fiqah hilang idea untuk terus menulis. Mungkin sebab kekacauan yang melanda, and maybe sebab fiqah kurang membaca menyebabkan kurang ilmu untuk dipost kan dlm blog ni.

Hari ini terasa nak menulis pasal seorang hamba ALLAH yang betul-betul fiqah kagum dan agak "cemburu" dengan sahsiah yang dia miliki.

Dia baik,pandai,sopan,bijak dan bonus yang ALLAH bagi pada dia,dia cantik. Fiqah cemburu sangat. Fiqah nak jadi mcm dia. Fiqah tak kisah pasal bonus kurniaan ALLAH pada dia tu,just fiqah nk usha jadi mcm dia.

Walaupun kadang-kadang agak tersinggung dengan orang lain sebab suka membandingkan kami,tapi fiqah tak kisah. Semua tu fiqah jadikan motivasi diri yang paling baik untuk baiki diri. Tapi kadang-kadang tertumpah jugak air mata ni sebab kene banding selalu..hehehe

Fiqah banyak kekurangan berbanding dia. Kalau ikut semua orang sayang & suka kat dia. Semua orang selesa bila bercakap dengan dia. Untung kan?? Fiqah sendiri lebih selesa meluah peransaan pada dia,lebih-lebih lagi bila fiqah dilanda masalah. Tak kira masalah apa. Blaja,kawan,famili dan semua lah.

Berkat doa mak ayah dia,usha dan kesungguhan dia,Alhamdulillah ALLAH bagi setanding dengan apa yang telah dia usaha kan. Fiqah turut bangga dengan dia. Fiqah sayang dia. Sayang sangat.

Sekarang ni,fiqah just doa. Minta dgn ALLAH biar ALLAH beri kekuatan pada dia untuk jadi yang lebih baik dan istiqomah dgn apa yang dia dah amal sekarang ni. Fiqah doa jugak,moga-moga suatau hari nanti,fiqah boleh jadi macam dia dan fiqah minta jangan bandingkan kami lagi sebab dia adalah fiqah dan fiqah adalah dia.....luv u sis!!!

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...