Skip to main content

Don't jugde a book by it's cover !!!

Assalamualaikum wbt

Semenjak tolong abi kat ofis ni, memang banyak benda baru yang saya belajar. Paling best bila ilmu yang selama ni kita hanya belajar di sekolah, tiba-tiba kena aplikasikan dalam kehidupan. Saya ni pelajar aliran akaun sekaligus pelajar ekonomi juga. So masa SPM,memang kena igt semua fakta dalam sub ekonomi pasal PERKESO, KWSP, dan semua hal berkait dgn bank. Memang banyak. Masa tu,klu boring atau takda mood mmg malas la nak baca sebab takda kaitan dgn kehidupan (masa tu..)

Nak dijadikan cerita,satu hari abi arahkan semua staff daftar PERKESO dan KWSP exclude saya sebab saya pekerja sementara. Ok juga,klu tak berkurangla duit gaji..hehe..Walaupun saya tak terlibat dengan semua hal ni,tapi saya tetap nk ikut akak-akak ni pergi daftar.

Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya dapat sepanjang sehari bekerja diluar ofis ni. Cuma,sebelum balik kami singgah di salah satu pusat MAYBANK disekitar gombak ni. Kat sini berlaku satu insiden yang buat saya berfikir dan bermuhasabah.

Memang kebiasaan di kebanyakan bank, kita akan nmpak ramai "penunggu" didepan pintu. Mohon derma untuk anak yatim,sekolah tahfiz,rumah orang tua dan macam-macam lagi.

' Ntah betul ke tak minta derma untuk anak yatim ni??? ' monolog hati saya..

Tanpa mempedulikan orang tu,saya terus menunggu di luar bank sebab orang terlalu ramai dalam bank tersebut. Sambil menunggu,saya terpandang seorang pakcik dengan anaknya,jual "apam balik" betul-betul didepan kwsn bank. Saya mula meraba-raba beg duit tanda berminat nk beli.

Sedang sibuk mencari duit, tiba-tiba dtg sorang hamba ALLAH yang punya hati selembut sutera telah "menegur" perbuatan saya hanya dengan "perbuatan" shj. Sebaik shj dia sampai di muka pintu bank,si "penunggu" terus menyapa dgn salam beserta senyuman dan si lelaki ini tanpa berfikir panjang terus menghulur duit buat si "penunggu".

"Astagfirullah...nmpak rock tapi hati mulia"monolog hati sambli menginsafi diri. Lalu saya terus menghulurkan duit yang saya ada tadi untuk si "penunggu" tersebut. Dengan niat sedekah.

Apa yang membuat saya betul-betul terkesan dgn kejadian ini ialah imej lelaki itu. Jika diikut pada pentafsiran saya,dia mungkin samseng jalanan,mat rempit atau sewaktu dgnnya. Tapi sikap pemurah yang dimiliki betul-betul menggugat hati saya.

Sebelum meninggalkan tempat tersebut,saya sempat berdoa moga lelaki itu mendapat hidayah untuk kembali ke panggal jalan.

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be