Skip to main content

PERGINYA ULAMAK DAN UMARA' MELAYU YANG BERGANDING BAHU DALAM PEMERINTAHAN BERLANDASKAN SYIAR DAN SYARIAT ISLAM.


TUKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulamak kerohanian yang berkecimpung dalam bidang PENTADBIRAN dan DIPLOMATIK di Terengganu. Beliau hidup di zaman pemerintahan 8 orang sultan silih berganti ; paling lama dan ...paling kuat berpengaruh adalah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu yang ke 11.

Kerana kewibawaannya, beliau di beri mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga di terima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam pelbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili Sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu pihak British gagal menjajah Terengganu.

 PENCATUR DASAR LUAR TERENGGANU

"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun" Kata Tukku Paloh. "Tetapi kalau hendak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu...ambillah tanah." Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil wakil British itu. Mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka dengan tidak semena mena melekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja : "Sudahlah tuan tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan tuan hendak ambil." Demikian gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke 20.Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di Terengganu kerana adanya GANDINGAN RAPAT ANTARA ULAMAK DAN UMARAK ( iaitu antara Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III yang juga murid kepada Tukku Paloh ).

REGU SULTAN ZAINAL ABIDIN III Seperti juga ayahnya ( Tukku Tuan Besar ), Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujukan sultan. Malah perlantikan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi darpada ayahnya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin, yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buku agama dan nazam. Hubungan antara Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III boleh disamakan dengan hubungan Sultan Zainal Abidin I ( memerintah 1725 - 1734 ) dengan seorang lagi ulamak besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali ALLAH, dan banyak mengarang kitab. Sebagai syeikhul Ulamak dan Mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi menantu beliau.

 Menyedari peri pentingnya PEMERINTAHAN RAJA YANG ADIL YANG BERLUNASKAN HUKUM-HUKUM ALLAH SWT, Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah( menteri besar ketika itu ) mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Sultan Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II ( memerintah 1876 - 1881 ) Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehinggan Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan bermaruah walaupun usianya ketika memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah BERKAT MENDAMPINGI SERTA MENERIMA KEPUTUSAN ULAMAK. Baginda memerintah selama kira kira 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918.

Ketika Sultan Zainal Abidin III mula naik tahta, Tukku Paloh belum menjawat apa apa jawatan penting secara rasmi. Tetapi sebagai seorang tokoh agama, beliau sudah berpengaruh dikalangan istana. Kemudian beliau menjadi Syeikhul Ulamak ( Ketua Ulamak ) Terengganu dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri dalam kerajaan Sultan Zainal Abidin III. Dengan kedudukan itu Tukku Paloh bertanggungjawab membantu kerajaan, mentadbir negeri dan rakyat. Bagaimanapun, ulamak dan ahli tareqat yang arif perjalanan kerohanian ini lebih banyak berhubung secara peribadi dalam berbagai hal dengan Sultan Zainal Abidin III. Keistimewaan ini menjadi Tukku Paloh sebagai penasihat Sultan dan orang yang bertanggungjawab di belakang keputusan yang di buat oleh Sultan dalam pelbagai perkara terutamanya mengenai dasar luar negeri. Ini terbukti dengan keputisan berani Tukku Paloh memberi perlindungan kepada pahlawan pahlawan Pahang sekitar tahun 1894 dan keengganannya bekerja sama dengan pihak British. Pendirian beliau ini mempengaruhi sikap Sultan Zainal Abidin ( kebetulan menantu kepada Sultan Ahmad Pahang ) untuk terus menerus menentang pertapakan British di Terengganu. Penglibatan Tukku Paloh dalam perjuangan menentang campurtangan British di Pahang berlaku apabila pahlawan pahlawan Pahang yang memberontak terpaksa berundur akibat tekanan hebat daripada pihak berkuasa. Mereka dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tuk Gajah dan anaknya Mat kilau berada dalam keadaan serba salah dan hampir hampir putus asa. Akhirnya pada bulan Mei 1894, mereka membuat keputusan menghubungi Tukku Paloh. Ternyata hubungan ini memberi nafas dan tenaga baru kepada perjuangan mereka kerana Tukku Paloh bukan sahaja bersimpati malah bersedia membantu pahlawan pahlawan itu menentang pencerobohan British di Pahang.

 Selama berada di Paloh, pahlawan pahlawan yang terkenal hebat itu menggunakan kesempatan menuntut ilmu agama dan mendalami perjalanan rohani sebagai bekalan dalam perjuangan yang amat sukar itu. MEREKA BERGURU DENGAN TUKKU PALOH. Kemudian barulah Tukku Paloh menyeru pahlawan pahlawan itu supaya melancarkan perang jihad. Sebagai bekalan rohani, beliau memberikan mereka wirid wirid dan jampi jampi tertentu dan menghadiahkan mereka pedang yang bertlis ayat ayat Al Quran pada matanya. Dan dengan sokongan dan pengaruh Tukku Paloh, pasukan pahlawan itu semakin besar dan mendapat sokongan Sultan dan Rakyat Terengganu untuk melancarkan serangan tahap kedua berdasarkan kepada kecintaan kepada AGAMA dan tanah air dengan semboyan "PERANG JIHAD". Semangat perang jihad begitu ketara sekali di kalangan para pejuang itu. Ketika ini lah, Hugh Cliford , residen British di Pahang menyedari bahayanya pahlawan pahlawan itu berada di negeri jiran kerana mendapat sokongan Tukku Paloh untuk melancarkan serangan baru dengan kekuatan agama.

Demi menjaga kepentingan British di Pahang, pada bulan April 1895 Cliffort mengetuai satu angkatan seramai 250 orang untuk melumpuhkan kekuatan pihak yang di sifatkanya sebagai pemberontak. Sesampai di Terengganu, Cliffort mengadap Sultan Zainal Abidin III untuk mendapat bekerjasama baginda. Sultan Zainal Abidin dengan senang hati mengeluarkan surat kuasa ( waran ) kepada Cliffort untuk menangkap sesiapa saja daripada kalangan rakyat baginda yang bersubahat dengan pemberontak pemberontak. Tetapi surat itu tidak memberi kuasa untuk menyiasat kerabat di raja, keluarga sayid serta pembesar pembesar baginda. Baginda juga mengeluarkan satu surat sulit kepada orang orang Besut supaya membantu pahlawan pahlawan Pahang yang bersembunyi di daerah itu. Taktik diplomasi yang bijak Sultan itu telah menyelamatkan semua pejuang Pahang dan mengecewakan usaha ketua penjajah Pahang bernama Cliffort itu. Cliffort sentiasa curiga terhadap Tukku Paloh kerana dalam beberapa perundingan yang diadakan dengannya, pemimpin British itu percaya Tukku Paloh tidak berkata yang sebenarnya mengenai pemberontak pemberontak. Kadangkala wakil wakil British itu di persendakan oleh Tukku Paloh.

Menurut cerita cucu kepada Tukku Paloh iaitu Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus ( tinggal di tepi tali air Kg Wakaf Mempelam ) , dibawah ini sebahagian dialoq antara Tukku Paloh dan Cliffort :-
Cliffort (FRU Malaysia)) : "Saya datang mahu mendapat kerjasama Tukku Paloh untuk menangkap pemberontak pemberontak dari Pahang (PERHIMPUNAN HARAM KALAU APA YANG BERLAKU SEKARANG INI)yang berada dalam negeri Terengganu".
 Tukku : "Siapa yang dimaksudkan? kerana kami orang islam tidak boleh menyimpan pemberontak dan penjahat penjahat. Kalau ada penjahat tentu kami akan menangkap dan mengenakan hukuman berdasarkan hukum Islam."
 Cliffort : "Itu, Datuk Bahaman, Tuk Gajah, Mat kilau dan pengikut mereka melakukan banyak kacau dalam negeri Pahang (Pejuang Islam dan Keadilan). Sekarang mereka lari ke negeri ini."
Tukku : "Orang orang itu semua baik , bukan pengacau bukan pemberontak kerana mereka menuntut pembebasan daripada campurtangan kuasa luar dalam negeri mereka, dan sebagai orang orang islam mereka mesti menuntut hak itu."

Sebagai satu helah, Tukku Paloh membenarkan juga Cliffort itu menyiasat di Paloh sama ada benar pahlawan pahlawan Pahang itu bersembunyi di sana ( ketika itu semua bersembunyi di tempat yang selamat ). Cliffort masih tak berpuas hati kerana pasukkannya gagal menemui "pemberontakan pemberontak" itu. Dia percaya mereka ada bersembunyi di kawasan rumah Tukku Paloh. Ini berdasarkan beberapa bukti yang dia sendiri perolehi semasa siasatan dibuat. Sebab itulah bagi Cliffort, penghalang besar kepada usahanya untuk menangkap pahlawan pahlawan itu ialah Tukku Paloh sendiri.

MENENTANG PERTAPAKAN BRITISH (sekarang UMNO)
 DI TERENGGANU Percubaan British untuk menjajah Terengganu bermula sejak awal abad ke 20. Gabenor Negeri negeri selat, Frank Swettenham, tanpa terlebih dulu berunding, datang ke Terengganu pada tahun 1902 dan mengadap Sultan untuk mendapat persetujuan Sultan mengenai rangka perjanjian yang di sediakan di London antara kerajaan British dan Siam. Tetapi perjanjian yang kononnya memberi pengiktirafan yang lebih jelas terhadap naungan Kerajaan Siam ke atas Terengganu secara rasmi di tolak oleh kerajaan Terengganu. Sultan Zainal Abidin III dan penasihat penasihat baginda menyedari kesan daripada perjanjian itu dan nampak perancangan jauh kerajaan British yang beria ia benar mempelopori perjanjian itu supaya di tandatangani. Sedangkan Kerajaan Siam sentiasa menghormati pemerintahan Terengganu yang berdaulat. Perkiraan itu ternyata berlaku pada 10 mac 1909 bertempat di Bangkok di mana Kerajaan British secara senyap menandatangani satu perjanjian baru dengan Kerajaan Siam. Entah ganjaran apa yang diperolehi oleh Kerajaan Siam, melalui perjanjian itu Kerajaan Siam memindahkan ( menyerahkan ) segala hak naungan, perlindungan, pentadbiran, kawalan dan apa saja kepunyaan ke atas negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu serta pulau pulau berhampiran. Dengan perjanjian baru itu bermakna Terengganu bulat bulat duduk di bawah naungan kekuasaan British. Sekali lagi Kerajaan Terengganu tidak mengiktiraf dan menentang perjanjian tersebut. Malah pihak istana dan pembesar pembesar negeri sangat marah dengan taktik halus British.

Tukku Paloh, yang sangat berpengaruh terhadap dasar luar Terengganu, memberi pandangannya mengenai cita cita British yang berkehendakkan Terengganu dengan pertolongan Siam itu dengan katanya antara lain :- " Dimaklumkan bahawa perkara ehwal treaty ( perjanjian ) yang dikehendaki oleh inggeris dengan kebenaran Siam itu sangat besarlah pada paham paduka ayahanda ( maksudnya beliau ) waqiahnya dan sangatlah fuad ( hati ) Seri Paduka anakanda Sultan Zainal Abidin akan akhllahu al dafihi ( telah menolong akan engkau oleh Allah SWT atas penolakannya ) kerana sudah bersatu kira antara Siam dan Inggeris tetapi insya Allah tiada sekali kali Allah SWT tasalitkan (beri kekuasaNya kuffar atas muslimin melainkan sebab tadyik ( menghilangkan ) mereka itu akan huquk ( hak ) syariat dan tiada bersungguh sungguh mereka itu berpegang atas syariat yang mutahharah ( undang undang suci islam ) dan pemasukan ke dalam agama Islam akan barang yang dibenci oleh Rasulullah SAW . Maka wajiblah pada sekarang ini Seri Paduka Anakanda ( Sultan ) berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan mungkarat ( kejahatan ), jangan sekali tidak hirau...."

Walaupun usaha itu gagal, British terus menjalankan diplomasinya dalam berbagai bentuk rundingan. Antara pegawai yang mewakili British ialah W.L Conlay. Dalam beberapa kali rundingan diadakan dengan pihak istana ( tidak kurang 2 kali ), Sultan Zainal Abidin mengarahkan pihak British supaya berunding secara langsung dengan Tukku Paloh.
Sultan berkata kepada wakil British, "TERENGGANU INI ADA TUANNYA, SILA BERUNDING DENGAN TUANNYA (yang dimaksudkan ialah Tukku Paloh )

ringkasan saya : betapa pemerintah dulu sangat menghormati seorang ULAMAK.

BERUNDING DENGAN BRITISH
 Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung di atas armada British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil wakil British yang menganggap kejadian itu sihir sedangkan yang sebenarnya adalah karammah kurniaan ALLAH kepada Tukku Paloh. Ekoran itu, rundingan di adakan juga pada waktu lain dan kali ini dirumah Tukku Paloh. Untuk itu, Tukku Paloh meminjam beberapa buah kerusi bagi meraikkan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. Dengan duduk di atas kerusi itu, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan Terengganu. Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah olah British hendak memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu penduduknya sekitar 10,000 orang, kebanyakkanya bekerja sebagai tukang dan nelayan. Mereka diakui oleh Cliffort sebagai        "orang melayu yang paling pandai dan rajin di Semenanjung Tanah Melayu". Tukku Paloh mempunyai pandangan jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikitpun terpengaruh dengan gula gula yang diumpankan oleh orang putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil wakil British melekat seketika di punggung mereka. Wakil wakil British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk mengusai Terengganu menerusi diplomasi.

Tidak beberapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarahkan ke udara. Serangan itu bertujuan untuk menggertak telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran. Orang ramai menjadi gempar dan cemas dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh bersama orang orangnya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi meronda itu berjalan siang dan malam. Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau dan semua armadanya berundur.

Mengikut laporan, angkatan perang British itu nampak "beribu ribu" pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari. Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh mempunyai karammah menentang British berhabis habisan. beliau berpegang kepada firman Allah bermaksud :-
"sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba hamba KU yang soleh. " (al anbia ayat 105).

 Beliau juga berpegang pada falsafah : Perjuangan tidak kenal hidup atau mati.

Dengan benteng iman dan takwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1917 dan di ikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun berikutnya.

PERGINYA ULAMAK DAN UMARA' YANG BERGANDING BAHU DALAM PEMERINTAHAN BERLANDASKAN SYIAR DAN SYARIAT ISLAM.

MEMERINTAH PALOH DENGAN HUKUM ISLAM
Dalam kesibukannya membantu pihak istana memerintah Terengganu, Tukku Paloh di amanah pula mentadbir kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin. Dan dalam masa yang sama beliau di minta menjadi ri'ayah ( pengawas ) daerah Hulu Terengganu termasuk Kuala Berang hingga ke Kampung Chabang Tiga dari hujung kehujung iaitu 50km. Ada juga pihak mengatakan pihak istana meminta Tukku Paloh mengawasi Kuala Nerus. Dipaloh, beliau mempunyai kuasa penuh sehingga kerana itu mendapat gelaran istimewa 'Tukku Paloh'. Beliau menyusun struktur pentadbiran yang sesuai dengan keperluan semasa bagi memimpin pengikut dan rakyatnya kepada satu cita cita murni iaitu ISLAM.

 Untuk itu beliau menggunakan kaedah tarbiah, ta'lim serta bimbingan rohani dan kuatkuasa undang undang yang melibatkan pembantu pembantu yang amanah. Tukku Paloh juga sangat menekankan ilmu dan amalan tasawuff dikalangan pengikutnya. Malah Tukku Paloh juga mengarang kitab Maarijulah fan ( tangga orang orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat hakikat pengenalan ). Kitab ini membicarakan persoalan hati bagi mereka yang bermujahadah sehingga menjadi seorang yang bertakkarub ilallah.

 Diantara muridnya dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah HAJI BADUL RAHMAN LIMBONG, HAJI MAT SYAFEI LOSONG,TUK KELAM,TUK JANGGUT, DATUK BAHAMAN, MAT KILAU, TUK GAJAH, HAJI WAN EMBONG PALOH, HAJI ABDULLAH CHIK FATANI DAN SULTAN ZAINAL ABIDIN III SENDIRI.

 Baginda Sultan sering berulang alik dari istana ke Paloh untuk belajar ilmu dan berbincang mengenai berbagai perkara dengan Tukku Paloh. Baginda Sultan Terengganu mempunyai minat dan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ilmu pengetahuan. Selain Tukku Paloh sebagai gurunya, guru guru baginda yang lain termasuklah HAJI WAN ABDULLAH MOHD AMIN ( Tuk Syeikh Duyung ), HAJI WAN ABDUL LATIF BIN ABDULLAH LOSONG dan lain lain. Baginda juga boleh berbahasa arab hasil tunjuk ajar seorang guru khas, HABIB UMAR.

Berkat dari kesungguhan dan menuntut ilmu dan sikap MEMULIAKAN ULAMAK,Sultan Zainal Abidin III diakui oleh rakyat sebagai raja yang ALIM dan KUAT BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM.

 HINGGA DIKATAKAN, SEMASA PEMERINTAHAN BAGINDA, SUSAH UNTUK CARI SESEORANG YANG SUDAH SAMPAI UMUR YANG BELUM KHATAM QURAN DI TERENGGANU.

Selain itu Tukku Paloh juga menjadi guru kepada anak anaknya sendiri seperti Sayid Abu Bakar ( Tukku Tuan Embong ), Sayid Akil ( Engku Sri Wijaya) dan sayid Sagof ( Engku kelana). Kesemuanya di akui ulamak. Dari hari ke hari, anak anak murid dan pengikut Tukku Paloh semakin ramai dan mereka datang dari merata tempat dan negeri.

PALING RAMAI IALAH PAHLAWAN PAHLAWAN PAHANG YANG MENENTANG BRITISH. DI PALOH, MEREKA DILINDUNGI DI BAWAH PENTADBIRAN YANG ADIL, MAKMUR, TEGAS BERDASARKAN HUKUM ALLAH DAN TIDAK BERTOLAK ANSUR DENGAN PIHAK BRITISH. HILANGNYA SEORANG ULAMAK YANG TERKENAL DAN SEORANG SULTAN YANG KUAT BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM.

* Terengganu telah dapat di jajah oleh British selepas Tukku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III ke rahmatullah. Kemudian perjuangan menentang penjajahan british di sambung oleh anak murid Tukku Paloh dan pengikutnya terutama sekali HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG.

p/s : KISAH TUKKU PALOH INI DI AMBIL DARI BUKU BERTAJUK " 7 WALI MELAYU" KARANGAN ABDUL GHANI SAID.

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be