Thursday, March 10, 2011

detik-detik cemas dlm hidupku ... =)

BismillahirRahmanirRahim...

Satu pagi bertarikh 2 Mac 2010 bersamaan hari Selasa, macam biasa fiqah bangun pagi untuk solat subuh berjemaah kat masjid aspuri. Tapi pagi ni fiqah rs lain sangat. Tiba-tiba je sakit perut. Sakit yang teramat plak tu. Tapi fiqah tahan je. Siap ambil wudhu,fiqah terus msuk bilik tp masa tu,sakit die bertambh. Fiqah dh rs mcm tak boleh jalan. Disebabkan sakit tu,fiqah batalkan niat untuk solat berjemaah kat masjid. Fiqah solat subuh dlm keadaan duduk pagi tu. Tak pernah rs sakit smpai mcm ni.

Lepas solat,sakit tu still tak tahan bahkan bertambh sakit. Kawan-kawan semua belum blk masjid lagi,so menahan sakit sorang-sorang kat dalam bilik tu. Kira-kira pukul 7,baru ade sorang kawan ni prasan fiqah tgh sakit berguling kat lantai. Masa tu semua dh kelam kabut sebab tiba-tiba je fiqah sakit tanpa sebarang tanda-tanda awal.

Fiqah mmg dah tak larat nk bgn,terbaring je kat lantai sambil nangis sebab tak tahan sangat. Sarah,kwn baik fiqah pun dtg dan cuba riba fiqah. Fiqah genggam tangan dia kuat-kuat untuk lepaskan rs sakit. Sian Sarah.
Sarah nangis tengok fiqah,maybe sebab kitaorg terlalu rapat. Lebih kurang setengah jam kemudian fiqah dibawa ke hospital oleh warden aspuri,ust Khairul.

Sampai je kat hospital,terus nurse sambut dgn kerusi roda dan bawa fiqah ke bilik kecemasan. Hati berdebar-debar tapi sakit mengatasi segalanya. Sarah dan Ain yang teman fiqah kat hospital pagi tu. Masuk je kat bilik kecemasan tu,terus doktor dtg nk amik darah. Bab ni mmg fiqah tak tahan,takut. Agak kelakar jugak la bila igt blk saat nk amik darah ni,Sarah denga Ain senyum je. Mula-mula tu,doktor pelatih yang datang untuk amik darah dan isi air.Yang menjdi masalahnya,jarum tu tak masuk kat urat. So hampir 10 kali tangan fiqah kena cocok dengan jarum tu untuk amik darah. ALLAH je yang tau perasaan fiqah masa tu.Fiqah dah berdebar sangat sebab ramai doktor dan nurse yg berkumpul kat situ semata-mata nk tolong cocokkan jarum.Dari sekecik-kecik pangkat doktor,hingga setinggi-tinggi pegawai dtg nak tolong.Alhamdulillah akhirnya,selamat jugak.

Lama jugak fiqah dibiarkan tidur dan rehat kat bilik tu, setiap sejam akan datang sorang doktor untuk check keadaan fiqah. Sampaila pukul 2 lebih,doktor datang sekali lagi dan maklum fiqah kena masuk wad. ALLAH RABBI, nak nangis je ms tu. Fiqah tanya doktor tentang penyakit fiqah tapi doktor tak cakap apa-apa. Redha je la. So,sekali lagi Sarah n Ain temankan fiqah masuk wad. Sebaik smpai kat bilik wad tu,terus fiqah ckp kat nurse nak solat sbb mase tu dh pkl 3 lebih. Mujur nurse kat situ baik. Ain dan Sarah dah  balik masa tu. Lepas solat, Ana pulak tiba-tiba sampai dan dia ckp nk temankan fiqah kat situ. Baik betul kawan-kawan ni. Fiqah senyum je. Tapi senyuman tu tak lama sbb dlm 5 minit kemudian,3 orang doktor datang kat tempat fiqah dan check keadaan fiqah.

Yup,hanya mampu senyum untuk doktor-doktor tu. Then,sorang daripada doktor tu (doktor perempuan) tekan perut fiqah, ya ALLAH, nk menjerit je rs mse tu sbb sakit sangat. Muka dia dah lain bila fiqah bg reaksi sakit mcm tu. Then,dia cakap,"awak suspek Appendix.." Masyallah,mmg sangat-sangat takut. Tapi doktor tu ada pesan,dia cakap,kita akan tgg dlu,bila dh confirm baru kita buat tindakan seterusnya. Selang sejam,doktor-doktor tu dtg lagi dan kehdiran mereka kali ini untuk pengesahan,dan keputusannya YA!!!

Doktor mintA fiqah hubungi umi dan abi untuk kadar segara sebab operation akan dijalankan malam tu jugak. Memang darah naik turun masa tu sebab takut. Tnpa melengahkan masa,fiqah call umi dan abi kat KL untuk maklum fiqah kena bedah mlm tu jugak. Dengan suara yang turun naik,fiqah cuba bagitau umi dengan tenang biar umi tak terlalu terkejut. Kebetulan warden aspuri,ust Lokman datang ke hospital dan doktor ada juga pesan klu umi n abi nk wakilkan ust untuk proses ni pon takpe,yang penting fiqah kene bedah dgn cepat. Abi setuju wakilkan ust sbb abi tak sempat blk mlm tu,tiket flight semua dah hbs.

Lepas solat maghrib fiqah doa byk-byk kat ALLAH,minta ALLAH permudahkan segalanya dan yang penting selamatkan fiqah. Umi dengan abi tak berenti-henti telifon. Fiqah just minta doa dari umi dan abi,minta maaf. Hati berdebar sgt. Pembedahan sebenarnya dijagka pkl 9 tapi mlm tu nurse ckp fiqah dh kene msuk bilik pembedahan lepas maghrib. Terpaksa call ust lokman minta hadir ke hospital sekarang.Kesian kat ust.Hati fiqah agak resah juga sebab waktu isyak tak masuk lagi,klu boleh biar fiqah solat isyak dlu bru dijalnkn pembedahan tersebut tp doktor ckp tak boleh tgg lagi. So,fiqah akur.

Waktu nk masuk operation room tu,umi telifon sekali lagi memberi kekuatan dan nasihat untuk puterinya ini.Umi pesan suruh selawat,igt kat ALLAH,jangan takut. Dengan hati yang amat berdebar,fiqah ditolak masuk ke operation room. Tapi sebelum msuk tu tiba-tiba katil kene tahan, fiqah jd fed up sebab mcm suspen sgt. Rupenya ada sorang kwn yg nk jmp sblm masuk bilik tu. Tin,tq atas kucupan di dahi itu.huhu

Mase nk msuk tu,fiqah kene tahan lagi sbb doktor bius akan bckan etika dan syarat2 bius. Memang byk prosedure dia,agak letih jugak la. Dalam hati,terlintas nk solat isyak dlu tp mcm mn?Fiqah tak fikir bende lain dah,terbyg nak mati je. Menangis jugak la sebelm masuk bilik tu,tp ust Lokman amat-amat memahami. Ust sempat cakap "Afiqah,jage takut deh..Ust tgg sapa awk tubik..",terubatla skit keresahan.

Lebih kurang 20 minit tgg,brula doktor untuk misi operate perut ni dtg. Detik,ketika dan saat ni la yang amat-amat fiqah takut dan jadi satu bahan trauma buat diri fiqah. Bukan sekejap traumanya,smpai ke saat     2 Mac 2011 bru nie pun,terbyg-byg lagi keadaan tu. Memang tak tergambar dek kata-kata la detik yang mencemaskan ni.

Alhamdulillah,semua berjln lancar walaupun agak lmbt siap sebab jika diikutkan,operation hny mngmbil ms sejam lebih je..tp  disebabkan ada mslh skit jdi operation bertmbh mnjd 3 jam (actually,fiqah ade pendarhan kat bhgian ovary dn disebabkan hal ni,operation memakan masa yang agak lama). Apa pun fiqah bersyukur sebab selamat semuanya. Hanya tggal detik dan mse menghadapi kesan operation ni.

Ujian ni betul2 mengajar fiqah erti syukur. Syukur dgn nikmat sihat yang ALLAH bg selama ni. Ramai orang alpa untuk bersyukur dgn nikmat yg amat besar kurniaan ALLAH ni. Nikmat sihat ni,kita akan sedar bila ALLAH ambil sekejap dr kita. Masa tu bru sedar diri. Macam fiqah la..=)

Hari-hari yang dilalui amat2 susah. Sampaila satu hari,mak saudara dtg dgn anak dia yang bru blk dr Morocco ziarah fiqah. Mak Ngah tny,"sakit tak kakak?". Fiqah jwbla dgn bersungguh-sungguh,"sakit Mak Ngah,kakak tak nk dah kena operate...sakittt sangat". Tiba-tiba sepupu fiqah tu senyum dan cakap,"Haaa,tu la tanda kena banyak sabar. Sebab SABAR TU NIKMAT !!!". Fiqah tak faham dan buat muka jugak la. Then dia ckp, "Bila kita sabar menghadapi ujian ALLAH, lama-lama kita akan merasai kenikmatan dlm kesabaran kita tu sbb suatu hari ALLAH akan berikan pada kita hikmah sakit yg DIA bagi ni untuk kita".
Fiqah angguk tanda setuju dan faham begitu juga dgn Mak Ngah.

Kini,setelah setahun semua itu berlalu,Fiqah sedar bhw apa yang ALLAH beri tu adalah yg terbaik. Betul kata-kata sepupu fiqah tu, SABAR ITU NIKMAT sebab kesabaran ni sesuatu yang amat payah dan susah untuk diamalkan walaupun hakikat tulisannya hanya 5 huruf shj. 


Dan benarlah kata-kata ALLAH dlm Surah Yusuf ayat 18 :
"FASOBRUN JAMIL" 
 ~sabar itulah yang terbaik bagiku~  


jom sama-sama amal !!!

p/s : Terima kasih,syukran,jazakumullah kepada semua sahabat yang jaga dan melawat fiqah sepanjang tempoh fiqah ditahan diwad..Fiqah sayang semua!!!!!

No comments: