Skip to main content

Husna Khadijah -The End-

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبى 


"Awak, saya tak pernah luahkan apa-apa pasal awak sebelum ini. Untuk kali ni, saya rasa saya terpaksa luahkan. Walaupun saya tahu awak tak akan baca pun coretan saya ini. Saya yakin dengan sepenuh hati.


Awak, setiap pertemuan dan perpisahan itu semua dalam rencana Allah. Begitu juga dengan kisah kita. Saya yakin, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Awak, saya dah berusaha menolak awak supaya pergi jauh dari hati. Supaya hati kita sama-sama terjaga. Saya sentiasa mohon kita dijauhkan agar tiada noda yang tercalit hasil dari kebodohan kita. Saya tak nak mencemarkan hati awak yang disaluti dengan kalam-kalam Ilahi. Saya juga tak nak hati saya yang memang sudah hitam dengan dosa makin membusuk dan bernanah. Saya tak nak !!!


Awak, walaupun kita tak pernah melafazkan sebarang kalam cinta atau sebarang ayat romantik malah tak pernah kita berhubung untuk keperluan pribadi, tapi semua tindakan awak jelas membawa maksud dihati saya. Atau semua ini hanya khayalan saya? Tolong jawab.


Awak, disebabkan ego saya. Saya selalu menolak awak. Tapi, setiap kali saya cuba membuka pintu hati untuk menerima seadanya, setiap kali itu juga hati saya diduga. Saya diduga dengan keikhlasan dan kesetiaan awak. Saya rimas. Saya rimas bila semua mula memandang awak insan istimewa dihati saya. Sedangkan perjalanan kita masih jauhkan. Tambahan, awak tak pernah berjanji apa-apa pun untuk saya.


Awak, saya mohon. Andai awak menanti takdir mempertemukan kita dengan cinta. Muliakan saya melalui wali saya. Jangan awak biarkan hati kita derita dengan suatu yang tidak pasti.


Awak, sekiranya saya hanya menjadi masa silam awak. Izinkan saya membuang diri awak dari setiap sudut kehidupan saya. Izinkan saya yer awak. Saya tak sanggup untuk bergelumang dengan dosa. Dan saya mohon dengan sangat, jangan awak muncul lagi dalam hidup saya walaupun hanya sebagai kawan.


Ikhlas dari saya."


Dengan linangan airmata, dia menulis kalam hati buat insan yang sentiasa mencuri hatinya. Ini pertama kali dia tewas. Dia tidak mampu lagi menahan derita hati yang bersarang. Angin syita' yang bertiup, mendinginkan lagi hatinya. Sayu. Hatinya kini dilanda sebak yang teramat.


3 tahun lepas, dia masih ingat, disaat dia dilamar oleh insan yang cukup sempurna pada pandanganya. Walaupun dia sendiri, sama sekali tidak mengenali siapa gerangan insan yang bertandang dengan baik itu, tetapi akhlaq dan sikapnya cukup membuat hatinya tersentuh.


Mereka tidak sempat menyambung ikatan bila mana Husna menyatakan hasrat hatinya untuk menyambung pengajian ke Timur Tengah. Si 'dia' tidak dapat menerima keputusan tersebut, maka, perhubungan itu terhenti disitu.


Walaupun agak sedih, namun Husna tetap menerima keputusan itu untuk kebaikan bersama. Tiada jodoh mungkin. Husna redha dan dia mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Hati mana yang tidak terduga, tapi Husna tidak mudah mengalah.


Sebagai seorang muslimah yang berusaha menjadi solehah, Husna tetap berdiri teguh diatas prinsipnya. No couple until akad. Biar sebaik dan seindah mana akhlaq mereka yang bertandang, Husna masih tetap dengan prinsipnya.


Cuma, untuk kali ini. Husna tak mampu bertahan lagi. Jiwanya tersepit dek bebanan hati yang tidak sudah menyeksa setiap denyutan jantungnya. Coretan yang terlakar, hanyalah satu bingkisan pribadinya yang tak mungkin ada sesiapa yang tahu. Biarlah semua ini, menjadi rahsia diri bersama penciptanya. Husna yakin,  BAHAGIA itu sudah tersedia buat dirinya bersama kunci keSABARan dibawa bersama. Malam itu, Husna hanyut dalam tangisan, mengadu segala-galanya kepada Ilahi.



Jika sudah takdir tidak hadir cinta .
Maka tiada guna paksa .

~ THE END ~

* Husna Khadijah hanya seorang watak muslimah yang ingin berusaha menjadi solehah yang masih mempertahankan prinsipnya. Walau hatinya kian terluka dan berdarah dek terpaksa menelan kepahitan hidup sebagai seorang muslimah. Husna Khadijah yakin pada setiap janji Allah. Dan dia tetap tidak mampu lari dari membuat salah dan silap. 

Buat sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah bahawa berusaha menjadi SOLEH/SOLEHAH  dan berDOA itu juga adalah usaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik. Berdoa bukanlah penutup segala usaha, tetapi berDOA adalah USAHA AWAL yang perlu dititikberatkan untuk setiap keputusan kehidupan kita. 

Percaya dan yakinlah dengan kuasa doa. Pasti tiada kecewa yang bertamu. *

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be