Skip to main content

HKR 112 Dalam Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبى

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya Allah izinkan saya merasai suasana Malaysia dibanjiri dengan lautan manusia. Alhamdulillah.

Keinginan ini bukan atas dorongan 'keseronokan' dan 'kegembiraan' berhimpun dan berarak beramai-ramai. Tetapi keinginan diri ini terdorong atas semangat ingin melihat dan merasai sendiri 'perjuangan' yang ingin diperjuangkan ditanah air tercinta.

Satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan, apabila semua orang bersatu hati membantah dan menuntut keadilan. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Yang penting matlamat kita sama.

Bertambah teruja apabila saudara seagama, saling melaungkan takbir membesarkan Allah, membaca doa wehdah dan solat berjemaah bersama walaupun dalam kesesakan manusia yang tak putus-putus hadir memberi sokongan kepada usaha ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 (HKR 112) selamat dilangsungkan dengan aman dan damai. Sedikit pun tidak tercetus huru hara. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa unit AMAL Malaysia yang bekerja keras dan bertungkus lumus demi memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Sejujurnya, keberadaan saya disitu tidak memberi impak yang besar kerana saya bukanlah sesiapa, tetapi kehadiran itu dirasakan sangat penting kerana itu tanda saya masih pedulikan Malaysia dan agama, terutamanya.

Apa kaitannya dengan agama ?!

Tepuk dada dan tanya iman kita. Semoga iman kita masih boleh memberi jawapan.

Ketika saya dan seorang sahabat sedang duduk mendengar kata-kata dari wakil NGO yang terlibat, tiba-tiba datang seorang kakak yang memperkenalkan diri sebagai reporter (tapi ada seorang kawan bagitahu, kakak tu polis, sebab dia pakai tag nama polis. Kami tak perasan pun). Dia cuba 'menyoal siasat' kami. Sebaik mendapatkan tempat duduk diatas padang stadium berhampiran dengan tempat duduk kami, kakak tersebut terus mengajukan soalan kepada sahabat saya.

Kakak : Adik dari mana ?
Kawan : Dari uia.
Kakak : Owh. (diam seketika) Akak nak tanya sikit boleh ?
Kawan : Ye ?!
Kakak : Sebenarnya adik datang sini, adik datang saja-saja ke atau adik memang tahu erti perjuangan tu ?
Kawan : Errmm, saja. (Sambil tangan mencuit saya agar saya yang menjawab)
Saya : (Sambil berpaling dan cuba mendekatkan diri kepada dia) Sebenarnya akak, kitaorang datang nie atas kesedaran sendiri. As remaja dan golongan mahasiswa, kitaorang kena cakna dan tahu tentang perjuangan ni. Kalau tak, baik tak payah jadi anak Malaysia. <-- Jawapan spontan, tak sangka pula berani menjawab. =.=
Kakak : Owh, ok. Thanks. Tempat ni crowded sangat la. (Dia terus berlalu pergi dan meninggalkan kami)

Ini antara kenangan dan pengalaman sepanjang berada di tempat kejadian. Banyak lagi yang berlaku, tetapi biarlah ia menjadi kenangan saya dan mereka yang bersama.

Saya malas nak mengulas suasana penuh di stadium, saya sertakan beberapa keping gambar yang ORIGINAL dari hp murah saya ni. Terpulang kepada kalian untuk menilai. Kita biarkan gambar terus berbicara.

Husam Musa memberikan sedikit taujihat dan pesanan. 

Mula berarak seperti rombongan pengantin =)

Laungan takbir dan sorakan 'Royalti hak kami"

Stadium sudah mula penuh

Semangat mendengar kata-kata Wakil Pimpinan Parti

=)

Kewajipan tidak diabaikan. Mereka solat ditengah-tengah padang

TGNA ada disitu <3

Saat-saat akhir HKR 112

Tak kira apa sekalipun pandangan dan kritikan kalian. Apa yang penting, KEBENARAN mesti ditegakkan. Sebagai renungan, mari kita tonton video ini. Semoga bermanfaat. ^_^ Wallahua'lam.


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be