Skip to main content

Cinta Rasul. Menyusuri sirah, melazimi sunnah.

بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبى

Sudah lebih 1434H, Baginda Rasulullah meninggalkan kita. Baginda pergi bertemu dengan Kekasih Agung walaupun hati sarat merindui ummatnya. Ketabahan baginda memperjuangkan agama sehingga, hingga kini kita masih mampu merasai nikmat iman dan islam. Subhanallah.



Baginda, manusia sempurna yang tiada tolok banding. 

AlQuran menjadi cerminan akhlaqnya. Umpama bicara Ummul Mukminin, Aisyah r.a, "Akhlaq Rasulullah adalah AlQuran."

Nah, kini Rasulullah tinggalkan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan. Atas alasan apa lagi kita bermalas-malasan untuk membaca, menghayati dan mentadabbur 'harta peninggalan' Rasulullah ini ? Kalau cinta, buktikan. Kalau sayang, laksanakan. Kalau kasih, amalkan. 

Hati berkobar ingin mendapatkan syafaat baginda, jiwa membara ingin bersama baginda di syurga nanti, naluri merintih ingin bertemu baginda. 

Tapi, andai sunnah ditinggal, maksiat dibuat. Jangan merintih andai Rasulullah tidak mengaku ummat. 

Diceritakan oleh satu riwayat yang masyhur, disaat-saat akhir kehidupan Rasulullah sebelum dijemput rohnya untuk bersama bidadari dan para malaikat. Datang Malaikat Izrail berupa manusia mengetuk pintu rumah baginda, Fatimah anak baginda menyambut tetamu tersebut setelah Rasulullah mengizinkan tetamu tersebut masuk bertemu baginda. 

Setelah mendapat izin Nabi, Malaikat Izrail mencabut roh baginda dengan cara yang paling lembut sekali, namun kesakitan sakaratul maut tetap menguasai Rasulullah sehingga Jibrail memalingkan wajah, manakala Aisyah dan Ali menundukkan kepala. Lantaran melihat keadaan itu, maka Rasulullah bertanya kepada Jibrail "Wahai Jibrail, mengapakah kau memalingkan wajahmu?" Jawab Jibrail, " Siapa yang sanggup melihat Rasulullah sakit menanggung sakit sakaratul maut."

Disaat getir itu juga, Rasulullah masih terkenangkan ummatnya sehingga baginda berkata, "Jika beginilah derita sakit yang terpaksa dirasai oleh ummatku, aku rela menggantikan sakit sakaratul maut ini sebagai tebusan ummatku." Subhanallah. Betapa suci hati seorang nabi bernama MUHAMMAD. 

Cinta baginda, tiada tara. Cinta baginda, cinta suci. Cinta baginda, cinta tulus. 

Wahai Rasulullah, andai kau bersama kami disaat ini. 
Adakah kau akan meredhai kami sebagai ummatmu ?

Wahai Rasulullah, andai kau bersama kami disaat ini. 
Adakah kau akan gembira melihat kami sebagai ummatmu ?

Wahai Rasulullah, andai kau bersama disaat ini. 
Adakah kau akan tenang melihat kami sebagai ummatmu ?

Duhai Kekasih yang dirindui.
Kami terkadang tersasar jauh dari ajaranmu.
Lalai hati dan jiwa kami dalam pesona dunia yang sementara.
Hingga sunnah dan amalanmu kami tinggalkan bagai barang yang tiada nilai.

Duhai Kekasih yang dirindui.
Kami terkadang lemas dalam dunia yang dihuni.
Merempat mencari sinar yang telah kau beri.
Kami angkuh dengan kehidupan yang sementara ini.

Duhai Kekasih yang dirindu.
Kami tersasar jauh dari apa yang telah kau ingatkan.
Leka dengan segala nikmat tuhan yang dikurniakan.
Sehingga kau bukan lagi menjadi tauladan.

Ya Rasulullah.
Meski kami terlupa, leka dan lalai. 
Kami masih merindui mu.

Ya Rasulullah,
Walau kami tersasar dan tersalah.
Kami masih mengharap hadirnya dirimu dalam diri ini.

Ya Rasulullah,.
Kelemasan yang menghuni hati ini.
Seringkali membuatkan kami ingin sekali dekat denganmu.

Ya Rasulullah,
Sudilah kiranya menerima kami sebagai ummatmu,
Sudilah kiranya mengaku kami sebagai ummatmu, 
Sudilah kiranya memberi syafaat buat kami ummatmu.



Ya Allah, 
Penuhilah ruang hati ini dengan kecintaan yang mendalam buat insan mulia ini, Muhammad Rasulullah, meski kami tidak pernah sirna dari dosa dan noda. 
Izinkan kami mengikut setiap sunnah dan amalan baginda agar kami dikenali baginda diakhirat nanti. 
Rezekikan kami untuk sentiasa mengingati dan berselawat kepada baginda agar kami sentiasa merasa dekat dengan baginda. 
Berikan kami kekuatan untuk menghindari dosa dan noda sehingga baginda sudi memberi syafaat kepada kami disaat tiada pertolongan lain yang boleh kami pohon selain pertolongan dari insan bernama MUHAMMAD.
Selawat dan salam buat junjungan baginda serta seluruh kaum kerabat serta para sahabat baginda.
Ameen. 






Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...