Skip to main content

Kisah semalam

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي 

Menatap kembali post2 lepas, terasa blog nie kian mati. Mati dari menyebarkan cinta, kasih sayang dan bahagia buat seisi manusia.

Maaf. Mungkin kerana terlalu melayan kerenah diri yang entah bila akan jadi budak baik. Banyak nau kerenah sampai tuan badan pun penat nak melayan. T.T

Nak kata sibuk, bukan pimpinan tertinggi kat Jordan pun. Setakat bantu sikit2 je kerja2 persatuan. Tu pun ikut mood. Tapi still tak dapat memenuhi 'kehendak' diri nak menulis dengan kerapnya.

Manusia nie selalu lupa, tak beringat. Bila dah sampai saat, "kesempitan datang setelah kelapangan" baru rasa macam "menyesalnya dulu tak buat nie.. nie.. dan nie.. bla bla bla". Masa tu, nak menyesal pun rasa tak patut. Padan muka. Siapa suruh tak manfaatkan masa dengan sebaiknya. Heh

Ok. Semalam dapat berita yang menggoncang hati dari Malaysia. Start dari mula2 dapat berita, hati dah tak keruan. Kalau ada pintu Doraemon tu, memang dah lama sujud syukur. Dapat balik Malaysia sekelip mata. Tapi, tahu je. Mustahil. Again. Mustahil!!!

Dalam resah2 tu, hati tak henti berdoa. Moga adanya ketenangan menyapa. Risau jugak. Bila dah risau2 nie biasenya badan pun start meragam. Mula la nak lemah2 segala bagai. Hai la badan, cuba jadi budak yang kuat sikit. Tahan. Macam mana nak jadi daie kalau asyik sakit je. -_-

Nak call umi, tapi faham je, Umi confirm takkan jawab. Sebab umi taknak anaknda dia risau. But, i'am still your daughter mummy. I boleh merasai apa yang mummy tengah rasa right now.

Twitter jadi bahan meluah lepas sebaldi dah menangis sensorang dalam bilik. Nak story mory dengan ahlibayt (housemate) rasa macam kenot go. Sebab taknak susahkan dieorg. So, menyanyi lagu sendu sensorang jela depan laptop sambil menanti my BFF on9.

Penat tunggu cik Farzana Atikah on9. Even dah agak, harapan untuk dia on9 amat tipis sebab internet dia macam siput.

And the end, my boyfriend (kawan lelaki, not pakwe) sibuk2 tanya kat twitter sampai tahap rasa tak tahan dah. Last2 cerita kat dia. A-Z. Serious kesian kat dia. Terpaksa jadi pembaca setia. Tapi dia setia je. So, ok lah kot. ^_^

Just nak share something yang saya rasa perlu kita sedar, "Kadang2 Allah berikan kita rasa kesempitan (samada harta, masa, kebahagiaan dll) kerana Allah nak ajar kepada kita bahawa rahmatNYA Maha Luas."

Hari ini, Allah buat hati saya terasa sempit sangat. Lemas. Rimas. Semua ada. Hakikatnya, sempit dan luasnya perasaan tu semua datang dari Allah. Why not, kita berdoa je. Mohon Allah kuatkan kita untuk hadapi masalah tu. Jangan biar kita terus lagha. Lupa yang semua tu datang dari Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Just, don't stop praying. Keep praying.

Saya mengadu kat my BFF (lepas dia on9) and apa yang dia cakap, 'Tak salah rasa penat, yang penting jangan putus asa. Allah sentiasa ada.' Huh. Mengayat memang senang kan. But nak aplikasi tu, Allahu. Apa pun, thanks to she sebab ingatkan. Dan yang penting, I try to REDHA dengan semua nie.

Owh, dah panjang sangat mengayat kat sini. Moga tak jemu membaca barang sepohsen dari diri yang serba kekurangan nie. Just niat nak share. :)

Ingatlah, walau apa pun yang kita hadapi, Allah takkan sesekali tinggalkan kita. Selagi kita tak melanggari syara' dan hak2 kemanusiaan, percayalah, akan ada harapan untuk kita. Enjoy your masalah. Insyallah, kheir.

Ya Allah, Kau berikan keluasan rezeki MU yang meliputi seluruh isi bumi dan langit kepada kami sekeluarga. Berikan ketenangan dan kedamaian kedalam hati-hati kami. Ikat hati kami dengan tali-MU. Moga kami tak tersasar jauh. Jagakan kedua ibubapa ku dengan sebaik baik penjagaan. Ameen

p/s: Mohon sahabat2 ameenkan. Moga doa kembali keatas kalian. :)
Salam mahabbah sedingin salju.

(Irbid, 10:58malam)

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be