Skip to main content

C.I.N.T.A

بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبي

C.I.N.T.A

Selalu kita dengar istilah nie kan?! Orang cakap, remaja dan cinta tak dapat dipisahkan. Hmm. Mungkin kot. Almaklum, fatrah 'jiwa remaja' sedang aktif. Owh, remaja.. 

Sebenarnya, cinta tak salah. Cinta dan remaja perlu sentiasa berdamping, agar nanti terlahirnya insan yang penuh dengan kasih sayang. Maka akan tersebarlah haruman cinta dan kasih sayang tersebut ke seluruh makhluk dunia. 

Tapi, cinta yang bagaimanakah?

Cinta yang meminta agar diri tunduk pada nafsu? 
Cinta yang mengharapkan hanya perkara2 yang indah bertandang? 
Cinta yang mendambakan segala perintah dituruti hatta melanggar syaria't agama?

Tidak teman teman. 

Cinta itu suci. Cinta itu mahal harganya. Cinta itu suatu yang lahirnya dari Syurga. Sangat suci. 

Cinta tak boleh dijual beli. Cinta itu datangnya dari hati. Andai baik keadaan hati, maka lahirlah cinta yang baik. Jika buruk keadaan hati, maka lahirlah cinta yang setanding dengan keadaan hati. 

Kenapa cinta dan remaja tak boleh dipisahkan?

Kerana dengan cinta, manusia akan terdidik menjadi hamba yang taat. Kerana cinta, akan lahir manusia yang saling berkasih sayang. Dengan cinta, keluarga yang dibina bisa kekal hingga ke Syurga. Dengan cinta, ukhuwah yang dibina akan terasa manisnya. Dengan cinta, seluruh makhluk akan merasa amannya dunia. 

Nah sahabat. Lihat. Hebat bukan panahan cinta. 

Kerana itu, kenapa biarkan cinta berlabuh pada yang tak sepatutnya. Islam itu indah. Seindah akhlak Nabinya. Cinta itu bukan hanya boleh dicipta antara adanya teruna dan dara. Cinta itu bukan bukan pada tunduknya seorang gadis pada perintah seorang jejaka. Cinta juga bukan bererti menyerahkan segala yang dimiliki hanya untuk kepuasan nafsu dikumbang durjana. 

Dunia butakan mata kita dengan memberi gambaran huduhnya cinta. Buruknya cinta. Pedihnya cinta. 

Hakikatnya, cinta jauh lebih indah. Kerana apa? Kerana cinta lahirnya dari Syurga. 

Tak salah cinta antara teruna dan dara. Tapi, biarlah berpandukan syari'at. Syaria't yang bagaimana? Rujuk kisah kekasih kita, Rasulullah. Mencintai Khadijah dengan sepenuh hati. Permulaan mereka bagaimana? Imbas, bagaimana Khadijah memelihara diri. Memilih Muhammad, yang miskin harta tapi kaya akhlak dan kebaikannya. Khadijah tidak menyerahkan diri dengan cara menggoda atau memikat. Cukup dia menghantar Maisarah, budak upahannya untuk menyelidik peribadi Muhammad. 

Dan akhirnya, Muhammad dan Khadijah disatukan dengan cara yang terhormat. Hingga ke hujung nyawa Rasulullah, cinta pada Khadijah sedikit pun tidak berkurang. 

Allah berikan rasa cinta untuk kita saling berkasih sayang. Oleh itu, untuk apa membinasakan matlamat cinta itu dengan perkara yang bukan syar'ie. 

Allah beri kita peluang untuk menjadi hambaNYA bukan sia-sia. DIA dah sediakan buku panduan (Quran) as direction untuk kita pandu kehidupan supaya tak tersasar. 

Sahabat2, yakinlah. Allah tu Maha Penyayang. Peliharalah maruah mu. Jagalah diri mu. Moga ia tak sia-sia. Bercintalah selagi kau mampu mencintai segala apa yang ada didunia nie, tapi awas !! Jangan sampai kau palingkan wajah dan diri dari panduan agama. Kerana mulia dirimu adalah dengan adanya agama Islam ini. :) 

Salam mahabbah dan kasih sayang. 

(Irbid, 2:56pagi)
 




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...