Skip to main content

Titipan buat kalian

Bismillah ..

Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi diteratak ini. Semoga bermanfaat.

Kehidupan ini ibarat roda. Terkadang diatas, terkadang dibawah. Terkadang sakit, terkadang sihat. Apapun, semua dalam ketentuan dan ketetapan Allah.

Saya bukanlah manusia hebat dan sempurna. Iman terkadang lemah dan terkadang naik. Sering juga mengeluh dipertengahan jalan. Terasa berat untuk meneruskan kehidupan.

Semenjak datang ke Jordan selepas pulang dari Malaysia hampir 3bulan yang lepas, kesihatan saya hampir 100% sembuh. Alhamdulillah. Pelajaran mula menjadi tempat no1 dihati. Peperiksaan awal juga mula menunjukkan prestasi yang meningkat. Sujud syukur atas nikmat ini. Tiada lafaz yang layak untuk saya hadiahkan buat Pemberi Hadiah yang Utama, Allah, selain lafaz Alhamdulillah.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kesihatan saya mula menampakkan tanda-tanda buruk. Simptom-simptom penyakit mula menyerang. Dan semangat saya mula kembali menurun. Allah uji lagi.

Saya akui, ujian ini tidaklah seberat ujian hamba-hambaNYA yang lain. Tetapi, sebagai seorang hamba yang serba lemah, iman dan kekuatan hati saya terusik.

Mujur, umi dan abi sering memberi kata semangat. Juga sahabat-sahabat yang sering menguat. Berbekalkan kekuatan itu, saya cuba bangkit. Mencipta sejarah hidup dengan sendiri. Walau hakikat, saya perlu nekad bahawa pergantungan kepada Allah itu, perlu lebih Maha Hebat. Tapi, apakan daya, aku masih hamba yang hajatkan insan lain.

Buat teman-teman, ingin saya pesankan, hargailah nikmat 'rasa' dan 'seronok' belajar itu dengan baik. Usah diabaikan. Gunakan peluang itu sebaiknya. Jangan menyesal dikemudian hari, disaat Tuhan mengambil nikmat itu berlalu pergi.

Tak niat untuk menulis panjang, mohon didoakan moga saya mampu menghabiskan pengajian yang berbaki dengan jayanya sebagai Mahasiswa Yarmouk University. Dan yang utama, doakan semoga iman tetap terpasak dihati.

Semoga ujian ini, menjadikan saya lebih dekat denganNYA.

Salam mujahadah buat kalian, sahabat-sahabat yang sedang berjuang dimedan kalian.

Comments

Time Traveller said…
Insyallah.. doa selalu di iring.. moga kesihatan sentiasa menyebelahi anda dalam mencari ilmu agama.. amin..

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...