Skip to main content

"Allah yang beri dan Allah jugalah penyembuhnya"

بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبى


Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Allah beri. 

Insyallah, dalam 2hari lagi saya bakal kembali ke bumi ardul kinanah, Jordan untuk meneruskan jihad menuntut ilmu. Perasaan bercampur baur hanya Allah yang tahu. 

Cuti kali ini banyak mengajar saya erti hidup. Membawa saya menyusuri erti sebuah kehidupan. Ya. Kehidupan sebagai muslim terutamanya. Apa itu erti redha? Apa itu erti syukur? Dan apa itu erti tawakkal?

Sejujurnya, hari ini, saya rasa dunia bagaikan langit yang dilindung awan hitam. Terasa amat pedih untuk menerima kenyataan bahawa saya mengidap satu penyakit yang agak serious dan agak peribadi untuk saya abadikan di entry ini. Allahu

4 tahun menanggung sakit dan akhirnya keputusan diperolehi. 

Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan ketentuan Allah ini. Siapalah saya untuk berkata, "Kenapa aku?". Kerana saya hanya insan biasa yang sering alpa. Lupa tentang kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Lupa bahawa Allah hanya meremberi kepada hambaNYA yang mampu. Walaupun terasa berat ujian ini. 

Impian dan cita-cita terpaksa saya corak kembali bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan diri. Moga itulah yang terbaik. :) " Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maka, Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu."

Insyallah, selagi iman berdiri tegak didalam hati, selagi itu saya berdoa semoga saya tak akan menyerah dan moga hati kuat serta redha dengan ketentuan Allah ini.

"Allah yang beri dan Allah jugalah penyembuhnya" Tenang umi melafaz kata walau saya tahu ada perasaan resah jauh disudut hati beliau. 

Mungkin Allah berikan ujian ini untuk saya 'kembali' kepadaNYA setelah selama ini saya sering menjauh. Ditimpa dengan pelbagai ujian sebelum ini, tapi saya masih 'degil' hingga kini Allah berikan ujian ini untuk 'mengetuk' diri ini untuk kembali menjadi hambaNYA. Allah. 

Apapun, mohon doa dari kalian untuk mendoakan saya. Moga sempat menyelesaikan hutang sebagai seorang penjuang di medan ilmu dan sebagai anak. Andai Tuhan menentukan kematian itu lebih baik, moga2 perginya roh ini juga dalam keadaan baik, beriman dan solehah. Moga-moga. :)

Salam mujahadah untuk kalian. Siru a'la barakatillah. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...