Skip to main content

Jaulah Jordan 2012 ( first day )

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ‎ 




Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk meneroka alam ciptaanNYA. Cuti sem terisi dengan pengisian yang bermanfaat. Walaupun agak letih, tapi saya rasa ia cukup bermakna kerana impian untuk menjelajah sebahagian daripada bumi ALLAH akhirnya tercapai.


Bumi Jordan selamat dijelajah. :)



Hari pertama, kami dibawa berjalan mengenali Ma'rikah Yarmouk. Tempat ni, tempat dimana berlakunya peperangan Yarmouk. Dalam peperangan ini, pihak Islam (30 000 orang) telah menewaskan pihak Rom (100 000 oanrg). Subhanallah, janji ALLAH itu pasti. Untuk mengetahui sirah perang Yarmouk ini, sila ke web ini. Dekat sini mood saya tiba-tiba menghilang bila 'musibah' menimpa. ;)






Pemandangan yang luas. Berbukit bukau. Betapa hebat mereka, pejuang Islam yang terlibat dalam peperangan ini. Sepintas merendah hati. Terasa teralu sedikit pengorbanan untuk Islam.


Selesai breakfeast, kami bergerak ke maqam sahabat.  Untuk kisah ini, saya tak mampu untuk menceritakan sebab saya tak turun bas. Ke'peningan' menerjah minda. Mungkin sebab dah lama tak naik bas. (padahal tak tidur malam sebab ke'excited'an nak pegi jaulah) :)






Dah selesai ronda-ronda kota irbid, hari tu kami bermalam di Amman, ibu kota Jordan ( macam KL ). Nak tengok bilik first class yang kami dapat ..


Nie pemandangan luar BILIK .. 


tada !!!
nie la bilik kami .. comel kan.. =D

Mula-mula masing-masing terkejut bila tengok bilik. Pasrah+redha. Kemudahan serba dhaif. Agak tak selesa. Saya hanya mendiamkan diri (padahal memang slalu diam).  

" Ni baru namanya berMUSAFIR. " Sapaan dari seorang sahabat mengetuk jiwa-jiwa kami. Almaklum, ada antara kami yang merungut, bukan ingin menyindir sesiapa tapi itulah realiti. Tak mustahillah bila Rasulullah pernah berpesan, untuk mengenali seseorang, lakukanlah permusafiran bersamanya. 


Bila bermusafir, baru kita kenal perangai sahabat-sahabat kita. Ada yang penyabar, tenang dan rilek. Tapi ada juga yang mudah melenting, cepat marah dan selalu merungut. Itulah dinamakan manusia. Banyak ragam. Kurang bersyukur dengan nikmat yang diberikan. 

Ok, kita sambung kisah Jaulah. Malam tu, ramai yang tak boleh tidur lena sebab suhu yang terlalu rendah menyebabkan masing-masing tidur dalam keadaan menggigil. Ada jugak yang mengingau sambil menangis. Tahan sejuk agaknya. hihi. Bila kenang balik, peristiwa ni boleh jadi kenangan paliiiing manis. =)


Untuk jaulah hari kedua, kita sambung nanti k..
Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be