Friday, June 15, 2012

Malam ini

Malam ini, 
Serasa seperti seluruh alam menangisi,
Perginya seorang insan bergelar Sang Murobbi.

Hati diruntun sayu dan sendu,
Walau jarak ini pemisah antara aku dan kamu,
Kan ku iringi sekuntum Al-Fatihah hadiah buatmu.

Air mata mengalir deras tak terhenti,
Bukan menangisi ketentuan Illahi,
Hanya sebak menyelubungi hati.

Semoga ruhnya mendapat redha Ilahi,
Kerana beliau insan yang sukar diganti,
Pergi meninggalkan dunia dan seisinya bersama hati yang penuh cinta,
Cinta kepada Islam dan mata-mata penyambung perjuangan kekasihNYA.. 

Semoga tenang disana, duhai Sang Murobbi yang ku cinta .. 
Al-Fatihah .. 



No comments: