Skip to main content

Masa lapang yang membunuh

Bismillah..

Betullah. Masa lapang itu membunuh. Lebih tajam dari sebilah pisau yang baru diasah. Semenjak duduk rumah nie, bukan tak ada perkara yang boleh dibuat. Tapi atas kelemahan sendiri, aku tak mampu nak manage masa dengan baik. Rugi sangat. Aku pulak bukan jenis yang rajin nak susun list what to do. Lemah sangat bab nie. Bila ntah nak berubah. Harap2 nanti time dah masuk belajar, pandai dan rajin lah nak susun masa dengan elok.

Bila free macam nie, otak banyak serabut dengan benda lain yang tak sepatutnya diserabutkan. (Tapi sebenarnya, memang kena fikir pun. Benda penting kan. Hmm.) Allahu. Sedih dengan diri sendiri. menyesal pun ada jugak. Haha. Dah jadi baru nak menyesal kan. Haih.

Dan sebenarnya, aku rasa aku dah terlajak melakukan dosa. Allahu. Bila Allah tegur macam nie baru rasa kena muhasabah balik. Nasib dikurniakan insan yang nak jugak muhasabah bersama. Moga pilihan ini yang terbaik. Ameen.

Muhasabah atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan. Muhasabah untuk baiki diri kearah yang lebih baik. Muhasabah untuk kembali kepada berharap dan bergantung kepada Allah.

Nak nangis pulak rasa... T.T

Banyak sangat tak syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Mudah nak rasa puas dan berpuas hati. Sampai saat Allah uji macam nie, baru rasa "Okay, kau tinggal Allah saat Allah dah bagi pinjam sesuatu kat kau." Too bad Afiqah. Too bad.

Dalam nikmat yang Allah bagi tu, ada ujian tersendiri. Bila dah banyak sangat masa lapang, tak sibuk dengan kelas, exam, homework dsb mcm sebelum2 nie, terasa jugak kosong. Tiap hari akan fikirkan benda yang sama, sampai terlupa apa yang Allah bagi bersifat sementara.

Hari2 yang berlalu aku rasa macam cepat sangat sampaikan terasa macam tak cukup masa. Padahal tak buat apa pun. Haih. Lemah betul bila jadi mcm nie.

Rindu zaman kalut dengan kelas sampai nak makan pun tak sempat. Rindu time khusyuk dekat maktabah sampai lupa tengok jam. Rindu zaman sibuk dengan meeting dan usrah yang tak pernah reti erti rehat. Rindu sangattttt.

Dulu ada je org nasihatkan untuk manfaatkan betul2 masa kosong/free nie. Tapi, entah lah. Salah sendiri la kan. Tak boleh nak buat apa. Hahaha. Act, boleh je ubah. Janji nak.

Okay. Tanya diri. Nak ke taknak.??

Dan harap sangat nanti bila dah start belajar, aku boleh slow2 fokus untuk pelajaran dan sesekali takkan lupakan perkara yang satu tu. Asalkan, tak ganggu fokus. Yang lain, aku serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Allah berfirman, mafhumnya, "jika kau dah berazam untuk melakukan sesuatu dengan nekad, maka bertawakkallah kepada Allah."

Dengan ayat yang sama aku pegang, bila dah decide untuk sesuatu benda, makan bertawakkallah. Dan aku, sesekali tak pernah menyesal dengan keputusan ni walaupun aku tak tahu apa yang Allah sediakan untuk aku nanti. Sehabis daya aku juga akan mempertahankan apa yang dah aku pilih.

Tanda istikharah juga selain petanda mimpi adalah ketenangan hati. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi ketenangan hati. Yang kedua, adalah dipermudahkan urusan. Sukar untuk aku mencongak apa yang bakal terjadi, apa yang terjadi hanya ujian atau betul2 bukan jalan, tapi, aku masih tak berputus asa untuk doakan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya. Ameen. Ameen.

Tengokkkk....!!!!!!!!

Janji post nie tadi taknak dah sebut pasal nie, tapi tak boleh rupanya. Hahahaha. Teruknya Afiqah. All the time kau akan fikir dan ingat kan. And the same answer yang kau akan bagi, "Mesti akan fikir sebab melibatkan orang terpenting dan perkara penting." Huh. Hati, kuatlah. Kuatlah sayang macam dulu dulu. Please sayang. Please..

Dah. Sebelum panjang lagi aku membebel benda nie. Better aku stopkan. Doakan lah aku kuat. Kuat untuk mengharungi hari2 mendatang. Allah tak pernah menzalimi aku. Allah tak pernah menzalimi kita. Allahu akbar.

Have to go. Bye.!

#AfiqahRozalie
#GombakMalaysia
#9Mei





Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be