Skip to main content

keyakinan

Bismillah

Keyakinan.

Suatu yang tak boleh dibuat-buat. Hadir dengan hati. Tanpa keyakinan, kita mungkin tak mampu untuk meneruskan sesuatu.

Bercakap soal jodoh. Berapa banyak keyakinan kita bahawa kita sempat untuk merasai nikmat dipertemukan dengan insan yang mampu melengkapkan kita.? Berkahwin. Mempunyai keluarga sendiri. Berkongsi susah dan senang dalam mengharungi kehidupan. Tak yakin bukan.

Tapi, bila kita beriman kepada Allah, mempercayai qada' dan qadar Allah, keyakinan itu akan hadir. Andai tidak berjodoh didunia kita pasti berjodoh diakhirat.

Keyakinan ini juga bergantung pada naik turun iman kita.

Saat iman sedang melonjak naik, kita yakin dengan terlalu yakin, apa yang Allah beri dan tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. Sehinggakan, kita mampu tersenyum walau diuji dengan sesuatu yang berat. Yang terlafaz dilidah, hanya Alhamdulillah. Seyuman. Indah bukan.?

Namun, disaat iman sedang jatuh merudum, kita akan berteka-teki. Situasinya, kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai rasa dan fikiran mula memikirkan perkara yang entah apa-apa. Ia mula berlegar diotak fikiran. Tindakan dan keputusan juga hampir tidak waras jadinya. Ingin tersenyum, terasa pahit. Ingin menangis bimbang dikata gila. Dan akhirnya, kita memendam rasa sehingga mengganggu kesihatan dan emosi.

Bahagiakah begitu.?

Aku mungkin bukan orang yang terbaik untuk menasihati tentang sabar, redha dan bertawakkal. Kerana, terkadang aku juga berada disituasi yang sama. Cuma, mungkin disaat itu, aku nasihatkan untuk manjakan diri. Bagi masa dan ruang untuk kita kembali bermuhasabah.

Tuhan telah menjanjikan hanya akan memberi apa yang terbaik untuk kita. Tak kira samada kita suka mahupun tidak. Kerana yang terbaik itu tidak hanya berbentuk bahagia dan kesenangan, malah mungkn ujian dan kepenatan.

Aku pernah merasai saat Tuhan menguji sehingga serasa tiada lagi masa depan yang indah untuk aku. Aku hanyut dalam kesedihan yang berpanjangan sehingga aku hampir berputus asa dari rahmat Tuhan. Aku lemah sehingga aku merasakan Tuhan tidak penah berlaku adil kepada aku. Membiarkan aku sendiri tanpa sedikit kasih dan sayang.

Sehingga, aku disedarkan melalui wasilah seseorang. Allah hadirkan dia untuk aku kembali bangkit meneruskan hidup. Melalui dia, Allah ajarkan aku tentang keyakinan dan memberitahu akan kasih sayangNYA terlalu agung dan luas. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Aku lena dalam dakapan kasih sayang itu. Tenang. Hanya DIA yang tahu akan perasaan aku saat itu.

Kini, setelah DIA memberi itu dan ini untuk beberapa tempoh, DIA sekali lagi menguji iman aku. Bukan mengambil pemberian yang telah diberi, hanya diberi sedikit cubitan untuk aku kembali ingat. Tidak terlalu lena dalam nikmat yang diberi.

Saat tangan aku menitipkan tulisan ini, hati aku tidak berhenti menangis. Menangis memohon keampunan Tuhan. Adakah apa yang sedang dilalui ini hanya teguran kerana leka aku pada nikmat yang diberi.? Atau aku terlalu hanyut dengan nikmat ini.?

Tuhan, tunjukkan jalan. Permudahkanlah ya Allah.

********************************************************************************

Tidak sesekali aku meragui ketulusan hatimu
Bukan juga tidak mempercayai setiap lafaz katamu
Tapi aku terlalu takut kepada kehilangan yang tak diduga

Mungkin kerana hati terlalu sayang
Sayangku kerana Tuhanku
Sayangku kerana Rasulku
Sayangku kerana agamaku
Moga cinta yang berputik tak layu dek jarak yang terpisah
Moga cinta yang subur ini juga tak mati dek masa yang berlalu
Moga cinta yang lahir tidak terhapus dek perkara2 lain..

Hanya pintaku,
Setialah padaku sesetia Sarah menanti Ibrahim
Cintailah aku sebesar cinta Muhammad terhadap Khadijah
Jujurlah padaku sejujur Sulaiman kepada Ratu Balqis
Agungkan cinta ini seperti Fatimah dan Ali yang saling mencintai kerana Tuhan


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be