Skip to main content

I'm UIAMs student

Bismillah..

Hai.!! Assalamualaikum.. I'm so excited because everything was settle. Alhamdulillah. I'm officially as student UIA, Gombak now. Not 'penganggur' anymore. Yeah.! It's sound great yet.?! Hahaha.

25 Ogos 2015, 9.30 a.m

Aku sampai UIA. Mula agak gelabah sebab macam tak tahu C.A.C tu kat mana which is tempat pendaftaran. Nasib tak pusing jauh sempat mata melilau tengok nama bangunan. Sebelum turun, time dalam kereta tetiba aku menggigil. Perasaan dia kalah time nak terbang ke Jordan dulu. Cakap dekat umi, "Umi, kakak rasa nak menggigil. Semua perasaan ada. ( Habis semua istilah nak buang air keluar) Heee." Respon umi, "Jangan nak mengada. Turun cepat." Haha. Nak taknak terpaksa turun. Tapi memang kena turun kan. Takkan nak duduk je dalam kereta. Heh.

Then masa nak daftar tu, yang sambut aku sorang senior nie. And of course la foreigner. Part nie ramai yang tanya, kenapa join foreigner. Okay, let me explain. Disebabkan aku apply hari tu guna application international student, so, doc submit dlm prog international. Because of that, i have to join 2WEEKS of Taaruf weeks. I know it's like crazy, tapi aku rasa okay je. Atleast dpt kenal-kenal dengan foreigner.

Okay. Back to our topic. After dah disambut and fill up the borang yang dieorg bagi, then aku kena queue pulak. Tunggu punya tunggu, no aku tak dipanggil-panggil. Orang lain yang lambat pun dah settle. Tetiba rasa tak sedap hati. Aku pun pergi tanya akak tu, no aku dah terlepas ke apa kan. Pastu akak tu mcm terkejut. Maybe dia pun tak perasan kot yang no aku termiss. Habis la kalut dieorg semua sebab no aku takde. Padahal aku yakin n nampak sorang lagi akak hantar kupon nama aku tu kat dieorg. Aku tak rasa nak marah pun. Sebab berdebar tu lagi kuat dari nak marah. Hahaha. Doa je masa tu. Semoga urusan dipermudahkan. Allah. Tak terbayang lah perasaan.

Mana tak cuak. Act, ada sorang student yang sama-sama nak daftar jugak no before aku, dia tak boleh teruskan register sebab doc dia tak lengkap. Pastu macam perasan je dia menangis tapi tak confirm. Then dengar pegawai yang jaga kat itu cakap, " Kita tak boleh lepaskan awak mendaftar selagi tak ada doc tu. Sebab nanti orang pertikaikan kenapa awak lepas and kenapa dia tak lepas." It's sound very fair right.? But, if aku yang ada kat tempat akak tu, confirm aku melutut kot. Dah step yang terakhir kot untuk bergelar student uia. Astaghfirullah. Aku masa tu, doa je mampu. Moga2 urusan aku dipermudahkan sampai akhir. Dan alhamdulillah. Allah kabulkan. Semua smooth je. Sepanjang tempoh register hingga la dpt kunci bilik. Aku senyum puas. Walaupun jauh disudut hati, aku rindu. Rindu pada bumi coklat sana. :')

Terima kasih yang tak tertinggal untuk umi dan abi yang sentiasa doakan yang terbaik. Terima kasih buat Mr. F yang sentiasa support kita dari zaman kejatuhan hingga saat ini. Terima kasih kepada kawa-kawan yang selalu bagi kata-kata semangat untuk aku bangkit balik. Masyallah. Rasa tak terbalas jasa kalian semua. الله يجزكم الخير :)

25 Ogos 2015, tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila. Sebab tarikh nie, hampir sepanjang hari aku rasa nak menitikkan airmata. Airmata kesyukuran sebab Allah masih bagi peluang kepada aku si pendosa tegar untuk rasa nikmat Allah yang Maha Luas. Sepanjang hari apa yang aku rasa adalah bersyukur. الحمد الله. الحمد الله. الحمد الله.

Dari malam sebelum aku mendaftar, ramai yang whatsapp ucap selamat. Dekat fb, ramai yang wish and i know they love me as much i love them. Wallahi, aku bersyukur. اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسنى عبادتك.

Moga permulaan langkah ini dapat memberi seribu satu makna dalam hidup aku. Aku tahu, senyuman takkan selamanya terukir dibibir, adat belajar. Akan rasa susah dan senang. Akan down n up. Tapi, aku sangat harap, aku kuat untuk tempuh ujian nie. Moga Allah tak aku abaikan dari hati dan setiap saat hidup aku. Ameen.

Kalau ada rezeki beranak pinak kat uia pun, akan aku usahakan sijil ijazah tu ada dalam tangan. Please doakan ya.!

Okay. I have to go. EPT & APT are waiting for me and  feel like want to jump into tasik. hahaha. Wish me luck guys.! Thanks. Muah.



Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...