Friday, August 7, 2015

Terinspirasi dengan Fatin Liyana

Bismillah..

Hai ciksakuraaa.. After watching youtube of Fatin Liyana, aku terinspirasi nak terus menulis. I mean, lebih kerap menulis. Actually, aku dah menulis since form3 kot. Tak ingat. Tapi, lama dah. Berapa banyak link bloh dah yang aku tukar. Masalah utama adalah bila hilang confident diri, maka aku taknak orang kenal aku. Bila ada je orang tahu blog aku, nak2 orang2 yang rapat, aku pun mula la tukar link. Taknak orang jumpa. Pada aku, biar lah aku menulis dengan bebas.

Fatin Liyana pesan, avoid diri menulis dalam keadaan marah. Benda nie memang aku sangat jaga. Kalau dekat blog lah, dekat twitter selalu je mengarut. Hehe. Tapi still keterbatasan tu aku jaga. Mengarut, then delete. Sebab bila kita menulis dalam keadaan marah, kita sebolehnya nak zahirkan kemarahan, bimbang time menulis tu kita menulis dengan emo yang level mencecah langit, memang segala macam lah boleh terkeluar. Right.? So, keep calm. Cool down. Banyakkan menulis time gembira, nie pesan FL. Aku pulak, time sedih nak tulis, time gembira nak tulis, time sakit nak tulis. Semua nak tulis. Entah. Rasa puas.

Zaman tak reti mana nak menulis blog dulu, aku akan kumpul dairi. Cerita pasal kena marah dengan umi, cerita gaduh dengan adik, cerita gaduh dengan kawan, cerita dapat hadiah, cerita ada abang senior minat pun aku tulis. Haha. Sangat tak matured. Yela, zaman kecik2 semua benda nak tulis.

Dah besar2 nie, makin aku rasa apa yang berlaku dalam hidup aku perlukan catatan. Supaya nanti aku tak lupa tentang jerih perit aku bangun untuk kenal dunia. It's not just about love, but its more then that. Tentang erti kehidupan, erti putus asa, erti menjadi hamba. I was very thankful to Allah because of His love and blast.

Satu benda yang aku suka adalah, berjalan2. Once aku berjalan2 nie, aku boleh tengok dunia. Tengok susah pakcik sapu sampah tepi jalan, tengok pakcik makcik yang buta terpaksa jual tisu demi anak2, tengok ragam mak ayah marah anak2 dekat supermarket. Banyak sangat.. Tapi,,,, since aku balik Malaysia, aku kerap terperap dekat rumah. Jarang2 dapat keluar. No. Bukan dapat, tapi NAK. Ada beza tu. So that, aku kurang dapat peluang menulis sebab pada aku rutin aku sama dan takde benda menarik untuk aku share. Sometimes to maybe la kot. Bukan salah sesiapa pun. Salah aku. Tak reti nak guna peluang yang ada untuk bahagia sendiri. My bad. Tooo bad for me. Ahh.!!

Start tu, aku mula fikir and cari jalan macam mana aku nak biarkan otak berfikir tanpa perlu main game 24hours just to let my time go far far away. Kalau dulu, selain aku menulis, aku membaca. And guess what, aku hampir terlupa tentang hobi aku yang satu nie. MEMBACA. Patut rasa bengap semacam. Rasa otak kurang exercise sikit. Bila membaca, aku akan berfikir. If and only if. Semua benda aku fikir. Fikir kali nie, bukan fikir negatif tapi positif. Muhasabah diri. Korek2 hikmah. Semua aku dapat buat hanya dengan membaca. Heaven

For me, biar lah orang nak cakap aku anti sosial ke apa. Untuk masa sekarang nie i really need some times for me untuk aku kembali jadi macam manusia normal yang lain. Tapi, bukan lah bermakna aku tak normal sekarang. Normal je. Tapi emosi dan fikiran aku, masih diparas dalam kawalan. Kawalan sapa.? Eh, kawalan diri sendiri lah. Sapa lagi nak kawal.? *jeling*

Entah, susah nak tafsir apa yang aku lalui sekarang. Biarlah insan2 terdekat je yang tahu kot. Takkan semua nak tulis kat sini kan. Haha. Malu lah ana.

Apa yang penting sekarang nie, aku sendiri kena ubat diri dan hati. Nak bahagia kan.? Cari sendiri. :p

Bak kata Sayyidah, "Tiap hari, bisik pada diri sendiri perkataan perkataan positif. Senyum pada diri sendiri." Okay sekarang aku tengah senyum. Tapi tak boleh nak lebar sangat, sebab my sis ada kat katil bawah. Nanti dia nampak. Hehehe.

i would like to say thank you very much to all my beloved, Sayyidah, Kak soli and my Mr Fiancee sebab always be by my side whenever i very need them. *tutup muka.malu*

Kalau Mr pulak, dia pesan, "Jangan stress stress. Jangan fikir pasal apa2. Pasal dia pun jangan fikir. Fikir dia, takpe."

Haha. I truly appreciate it. Sebolehnya awak taknak saya sakit kepala fikir benda bukan2 kan. Insyallah, saya cuba. :)

So, i think i have to go. To collect many more spirit, inspiration from the others, maybe. Please pray for me. :)

p/s: Admin baru nak berjinak buat essay. Maklum lah tak lama lagi nak jadi warga uia pulak, takde dah zaman ana/enta/enti. syabab/akhowat nie. Sis/bro pulak. Tunggu lah sis jadi sis yer. Bye.

1 comment:

Siti Halimah said...

Setuju. Saya sangat terinspirasi dengan Kak FL. And now, saya rasa saya terinspirasi dgn entry Cik Sakura pulak.. Hehe..

-Kalo free jom lah visit blog saya. Boleh lah kita kenal-kenal-