Skip to main content

Kak Soli dah kawennn.!

Bismillah..


Aku baru sampai dari Terengganu pagi tadi. Dalam pukul 5.20, aku sampai dekat TBS. Serious TBS cantik.. Dah macam KLIA. Siap ada boarding pass lagi. Class gituw. Tapi pening jugak lah. Haha

20 Sept 2015.

Tarikh yang memang aku dah deserve for someone's big day. Dari mula-mula kak soli bagitau tarikh tu lagi, aku dah get ready nak save the date. Mula-mula sepatutnya 26hb, tapi dieorg awal kan.

Aku bertolak ke Terengganu hari Jumaat malam. Even hari Jumaat lepas aku takde kelas, tapi still kena settlekan beberapa doc yang tak lengkap. Sungguh. UIA amat memeningkan :3 Nyampah i. *buatmukasikit*

Disebabkan aku nie jenis tak suka nak complicatedkan keadaan, so, aku decide nak minta tolong umi hantar je aku kat stesen KTM Batu Caves (gua yang ada raksasa besar tu). Then aku gerak ke KL Sentral sendiri, sampai kat KL Sentral just tukar stesen sebelah nak ke TBS. Excited jugak jalan sorang2. Even selalu je ada orang marah sebab bahaya katanya. Tapi nak buat macam mana kan.. Heee.

Sampai TBS, waktu aku tunggu nak boarding, aku duduk sebelah sorang akak nie. Tetiba terdengar suara macam orang ngaji. Tengok keliling, memang takde orang lain dah, akak kat sebelah aku nie yang mengaji. Orangnya simple je. Tak bertudung labuh, tak berjubah pun, tapi iman. Masyallah. Aku yang tengah bukak buku "Bogel Menuju Tuhan, Zahiril Adzim" rasa macam nak tutup buku tu sekarang and bukak app Quran dalam phone. Tapi aku tak buat pun :3 Maybe iman tak kuat kot. Tapi telinga terpasang je dengar akak tu ngaji.

Dalam pukul 10lebih, bas gerak. Cerita dalam bas nie mcm touching sikit lah. Sebabnya, aku penat sangat hari jumaat tu. Tawaf UIA untuk settle sub dengan finance, settle semua dalam pukul 1lebih. Pastu balik mahallah, kemas2, umi sampai dalam pukul 2lebih. Pastu teman umi pergi settlekan kerja umi pulak. Sampai rumah dalam pukul 3lebih jugak dah. Then umi cakap, before maghrib aku dah kena gerak, takut termiss bas. Okay Mi. Okay.

Sambung cerita dalam bas tadi, niat mula2 tu memang nak tidur terus, tapi sakit kepala pulak menyinggah. YaAllah. Punyalah sakit sampai tak tahu nak cakap macam mana. Nak nangis act. Tapi malulah. Aku pun cuak takut aku demam time kak soli nak nikah. Tapi, doa je lah. Itu je yang mampu. Lemah jugak sebenarnya bila bas sejuk macam dalam salji. Aku pulak lupa nak bawak sweaters. Hahaha.

Sampai KT, sakit kepala makin kuat. Heh. Kat rumah, kak soli suruh tidur dulu kejap. Biar hilang sakit2 pinggang. Aku tak cerita pun aku sakit kepala, tapi gaya kak soli macam dah faham. Apa lagi, lepas touch up inai kak soli, aku terus tidur. Kalau lambat2, nnt banyak kerja tergendala. So, aku tidur dalam 2jam. Start pukul 9lebih, kiteorg semua dah sibuk buat itu ini.

Suka tengok makcik pakcik bergotong royong nak buat kenduri tu. Nilai ukhuwah dan semangat kejiranan tu yang mahal sebenarnya. Susah dah nak cari zaman sekarang nie. Memang tak nafi la kan penat dia tu lain macam, macam aku, kira dan kak pa (kakak kak soli) duduk kat dapur sampai pukul 12 malam, malam nak kenduri tu. Siap jumpa CikTi lagi, kecoh kejap dapur dengan aku menjerit. Hahahaha. Sapa suruh muncul tetiba. :3 Tapi dalam penat tu, ada kepuasan. :)

Pengapit tidur lambat. Apa lagi, eyebag sebeban lah pagi tu. Aku pulak tak lena sangat nak tidur. Nampak tak.??? Nie sapa yang nak kawen sebenarnya.. Haih. Perasaan dia, lain macam. Maybe aku tahu dah hakikat yang aku dan sayyidah terpaksa terima bila kak soli dan kawen nie. Kiteorg bakal hilang kakak yang banyak peluk kiteorang dengan cinta, yang banyak nasihat kiteorang dengan sayang, yang marah kiteorang dengan kasih. Hmm. Sedih sangat....

Act, kak soli mintak aku jadi pengapit dia. Mula2 dulu kata nak suruh tangkapkan gambar, tetiba suruh jadi pengapit pulak. Memang heh la kan.. Pengapit gemok macam aku nie. Tak cantiknya lah. Kesian kak soli. Pengapit huduh. Nasib la kak.. Hahaha. Kalau tahu nak suruh jadi pengapit, boleh jugak i diet seminggu dua. Nie esok nak nikah baru bagitau. Maka, terimalah seadanya. Hehe

Around pukul 11.30 pagi, 20 sept kak soli selamat jadi suri hati Ustaz Hafiz a.k.a abang ipar kita. Aku yang duduk kat sebelah dia yang over rasa sedih. Tengok muka kak soli, relax je. Entah2 dah practise jadi isteri tak.? Hehehe.

Akak, serious fiqah rasa bahagia sangat tengok akak dengan ustaz. Akhirnya Allah makbulkan doa akak kan. Dalam ramai2 orang, Allah pilih Ustaz Hafiz untuk jadi pembimbing akak, imam akak. Even mula2 dulu, akak confius nak terima ke tak. Akak cakap, akak tak pasti dengan perasaan akak. Akak cakap, akak tak tahu dia sesuai ke tak dengan akak. Macam2 lagi akak cakap. Tapi fiqah tak pernah negatifkan fikiran akak kan. Selalu hasut akak suruh suka kat ustaz. Hahaha. Sampai akak pening dengar apa fiqah cakap, even time tu fiqah pun takde 'orang' lagi kan. Heee.

Kak, Allah dah jawab doa akak. Fiqah, as adik akak, bahagia sangat. Nak2 bila tengok akak senyum. :)

Semua selesai dengan selamat dan lancar. Jumpa ramai kawan2 jordan. Terubat rindu sikit.

Malam lepas majlis, aku akan bertolak balik terus ke uia sebab esok tu aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Semua terkejut bila tahu aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Heee. Takpe, demi kak soli, aku sanggupkan diri.

Malam tu, semua pakat nak hantar. Kak soli dengan ust nak hantar tapi kena singgah kat chalet family ustaz dulu. Kak Pija, adik kak soli pun nak hantar. Haih. Segan i. Semua nak hantar. Haha. Mula2, memang aku decide nak kak pijah je yang hantar sebab taknak susahkan ust dan kak soli. Walaupun ust dan kak soli berkali2 ajak aku naik dengan depa. Act, segan aih nak naik kereta dengan pengantin baru. Kak soli pun dah siap bagi nasihat sekali dgn 'hadiah'. Tak pasal2 nangis depan ust, depan anak2 sedara kak soli, depan kak pijah, depan abang ipar n kakak kak soli. Malu je. Tapi nak buat macam mana. Masa ust cakap terima kasih pun, aku angguk je. Tak pandang muka ust, sebab mata tengah merah lagi. Haha.

Makcik (mak kak soli), masa aku nak salam balik tu, makcik beriya pesan, nnt kalau kenduri aku, jangan lupa bagitau makcik pacik. Insyallah.. :) And yang paling menyentuh hati, makcik usap kepala aku sambil doa, "Moga2 Allah berikan jodoh yang soleh untuk fiqah." Ameennnn. *tahan airmata*

Tapi, nak dijadikan cerita, mcm mana entah, kak soli suruh naik dengan dia juga. Kak soli nak ust hantar aku. Maka, akhirnya naik dengan pengantin. Dalam kereta, aku diam je. Tak banyak cakap. Segan..

Sampai dekat stesen bas, kak soli bertegas nak hantar aku sampai settle pasal tiket and dia nak nampak tempat bas aku akan sampai. Nak tunggu sampai bas sampai tak sempat sebab family ust tengah tunggu. Act, kalau boleh aku nak settlekan sendiri. Taknak susahkan kak soli. Tapi, kak soli kan, Memang dah perangai dia. Kalau dia cakap tu, tu lah. Jangan cakap pape. Aku ikut je lah.

Dah settle semua, kak soli pesan macam2 masa sampai kat laluan 1 tu which is tempat bas aku nak sampai.

"Fiqah, dengar akak nak pesan nie. Walauapa pun yang jadi, fiqah kena pertahankan hubungan fiqah. Gaduh, marah, geram, sakit hati tu benda biasa. Akak pun lalui benda yang sama. Sebab dia tak kenal kita luar dalam dan kita pun tak kenal dia luar dalam."

"Dah la akak. Pergi.." Hahaha. Ayat paling kejam padahal masa tu airmata mengalir non stop.
"Akak, nak peluk.." Dan airmata makin laju dalam pelukan kak soli. :') Aku rindu sebenarnyaa.

Dah puas peluk, aku tanya lagi apa yang kak soli nak pesan.

Kak soli cakap, aku kena kuat. Sambil tu kak soli cium pipi aku 2 3 kali. Aku tahu, kak soli berkongsi rasa yang sama. Aku iring langkah kak soli dengan airmata. Dan aku janji pada diri sendiri, aku kena kuat. Walauapapun yang jadi. Aku akan sentiasa kuat. :')

Dan atas alasan apa untuk aku tak sebut nama kak soli dalam doa aku.?

Kak soli terlalu baik untuk aku. Kak soli kakak yang selama nie ada dalam susah senang aku. Ingat lagi, masa aku sakit waktu dekat Jordan dulu. Malam tu aku terpaksa berubat, dan esoknya kak soli ada exam. Kak soli sanggup teman aku berubat yg memakan masa lebih sejam dan sanggup korbankan diri untuk berada dalam keadaan bahaya. Bila aku berubat, kdg2 ahli rumah pun akan tereffect. Waktu tu, tanpa mengeluh, kak soli sanggup.

Dan atas alasan apa aku akan lupakan segala kebaikan dia.?

Mungkin atas sebab kebaikan2 kak soli nie, Allah mudahkan urusan kak soli. And now, kak soli dah selamat jadi isteri orang. Alhamdulillah.

Akak, hanya Allah yang tahu betapa fiqah bersyukur Allah temukan kita. Allah jadikan fiqah antara org terpenting dalam hidup akak. Dan akak pilh fiqah untuk teman akak saat akak bakal bergelar isteri orang. Fiqah terlalu hargai semua tu kak.

Kalam2 yang mengalir dari jari jemari fiqah nie takkan sesekali mampu menghuraikan rasa hati fiqah terhadap akak. Kak, moga kita dihimpunkan disyurga sebagai saudara yer. For the last, i love you sooo much. Nah hadiah untuk korang.!



p/s: act, post nie dah diperam 2minggu sebab tak sempat nak post. Hehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be