Sunday, December 27, 2015

Overthinking membawa stress

Bismillah...

Sebenarnyakan, dah berapa malam dah mata nie susah nak lelap. Pukul 3 4 pagi baru boleh lena. Tak tahu penyakit apa. Tetiba je jadi macam tu. Hmm

Nak cakap risau exam, mungkin kot. Tapi studynya tak struggle mana pun. Asyik risau risau. Tak tahu lah. Mohon doakan je yang terbaik yer.

Mungkin jugak sebab aku overthinking sgt kot. Semenjak dua nie asyik fikir bukan-bukan. Sampai terbawa dalam mimpi 😭 Bangun tidur mesti rasa nak menangis. Entah. Harap2 benda tu hanya sekarang mimpi. Bukan kenyataan. Hmm. Tapi kalau akan jadi kenyataan pun, still aku takde kudrat apa-apa untuk ubah atau sebagainya. Redha je lah. Tapiii.. Hmm.. Takpe lah..

Dah. Aku nekad, esok taknak online sebab nk fokus exam. Doakan yer. Moga aku tabah dah kuat and paling penting, aku tak overthinking macam nie. Tension tau tak.. 😔

Dah la. Byee. Assalamualaikum.

No comments: