Skip to main content

Counting Days

Bismillah...

Act, banyakkk sangattt cerita nak tulis. Almost tiap hari kot nak post entry baru, tapi kan disebabkan mak jemah nie pelupa, maka selalu idea hilang begitu saja sebab tak sempat nak tulis. Yela, takkan nak bawak laptop dlm LRT. Nak upload by phone, kenapa ntah tak boleh install bloggger.com dlm tu. Okay. Sapa nak hadiahkan IPad.? Sila pm. Hehe

Btw, dah seminggu raya. Dah seminggu Ramadhan tinggalkan kita. How your day.? How about iman.? Simple question buat there something hard feeling right. Bagi aku lah.

Muqaddimah Syawal aku tak sebahagia selalu. Pepagi dah sakit kepala. Memang tak lah nak join orang beraya sakan even hati nak sangatt jalan jalan. Second day pun sama. Duduk rumah wan, terperap macam ayam. Tapi aku takde la meroyan sangat. Okay je still raya best sebab banyak spend time dgn pakcik makcik. Duduk dapur, kemas rumah. Dapat la korek rahsia sepupu sepapat. Bukan selalu kan. Dah besar2 nie tak fikir mana nak collect duit raya, cukup dpt duduk dgn sedara mara, tu pun dah bahagia. Lagi bahagia kalau awak ada dgn saya. Cehhh. Awak mana nie.? Ahh. Awak mana mana lah. Janji awak. haha.

Bila aku jumpa dengan orang orang yang ujian dia lebih besar, aku mula rasa untuk hargai hidup aku. Even mood aku still belum stabil, tapi aku fight untuk jadi stabil. Bak kata FL (Fatin Liyana), menulislah ketika kita happy. Avoid diri writing time tgh marah. Aku pulak, jarang menulis time marah cuma selalu nak menulis time sedih. Act, benda tu sgt tak baik sebab secara automatiknya aku dah bawa aura negatif kat org lain. Maybe bila aku dah menulis, tekanan yang aku hadapi tu akan berkurang tapi still tak baik untuk org lain. Rasulullah pesan, خير الناس انفعهم للناس .. Sebaik baik orang, adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Aku pilih untuk jadi manusia yg berguna untuk org lain. Tapi usaha aku still seciput. Aku still usaha even sikit.

Yang penting nak jadi yg bermanfaat untuk keluarga dan yang tersayang dulu. Yeah.!! I can do it. Please say 'Ameen' :')

Betul lah apa yang cousin aku cakap, she told me that we deserve to be happy. KakDe Ain pesan lagi, orang lain takkan mampu pujuk diri kita melainkan kita sendiri. Sebab apa.? Sebab kita je yang tahu how hard kita struggle untuk teruskan hidup. Kita je yang tahu laluan takdir hidup kita macam mana. Orang lain hanya pandang, tengok dan lihat without rasa apa yang kita rasa. Dieorang boleh suruh kita sabar, tabah. Tapi kalau kita yang taknak usaha bangkitkan balik semangat hidup kita, kita takkan dapat teruskan hidup. All the time kita akan sedih dan meratap apa yang tak patut pun  kita ratap. Sebab, Tuhan dah janjikan sesuatu. Dengan syarat, jangan give up.

Memang sekarang nie kita rasa sakit sebab kita tengah lalui, by the time, kita akan tersenyum sebab ujian nie seciput. Tak besar mana pun sebenarnya. Pandang mereka yang lebih teruk ujian dia, and kita akan sedar untuk terus bersyukur.

Sekarang, makin aku sedar, dalam aku rasa down bila bertubi tubi soalan tentang pelajaran aku ditanya, sebenarnya masih ramai yang sayangkan aku. Sentiasa support dan tolong aku untuk bina balik kekuatan. Aku bersyukur dengan nikmat tu. Alhamdulillah. Jazakumullah khairan jaza' untuk mereka2 yang tak jemu layan aku. Aku terinspirasi. Moga aku makin kuat dan tabah. Ameen.

Tadi, time aku mengadu dekat Munie (kawan since darjah 1) pasal study aku, tetiba dia cakap, atleast kau dah nak sambung belajar, aku nie tak sambung2 lagi. Aku terdiam. Rasa jahat sangat sebab aku sentiasa tak bersyukur dengan segala nikmat Tuhan kepada aku.

Why not aku cuba simpan kemas kemas segala kenangan 3tahun setengah yang lepas dan terus melangkah ke hadapan untuk masa depan yang belum tercalit apa2 lakaran dari aku sendiri. Akan ada sinar kebahagiaan untuk kakak, pesan KakDe Ain. Cuma, belum tiba masa. Banyakkan berkongsi. Itu pesan dia.

Aku cuba.!! Walaupun tak senang, tapi aku akan cuba, Untuk sesuatu yang sedang menanti suatu hari nanti. Tuhan Maha Adil. Aku tahu, kalau ujian nie tak ditimpa atas aku, aku akan makin lagha. Lagha dengan dunia aku. Tak fikir untuk bangun malam, tak fikir untuk ada amalan khusus, tak fikir untuk banyakkan doa n istighfar pada Allah. Banyakkan hikmah. Nak dengan tak je untuk aku korek.

Tidur takkan menyelesaikan masalah. Lain lah kalau lepas tidur tu, semua masalah selesai. Hahaha. Kalau macam tu, aku rasa, aku paling banyak tidur n orang lain pun mesti buat benda sama. Last sekali, penuh bumi dengan manusia2 yang bergelimpangan tidur. Bila tanya. "Hoi, kenapa tidur.?" Automatik jawab, "Ada masalah. Tidur sat. Nak buat hilang masalah." Hahaha.

Sebab Allah dah tahu ragam manusia, fitrah manusia. Maka solat dan Quran dijadikan jalan keluar. Terpulang pada kita nak pilih yang mana.

So, still dalam fatrah counting days. About a month je lagi nak jejak kaki as student UIA. Berdebar, takut, excited, happy, semua bercampur. Dah macam pisang goreng cheese dah perassaan dia. Hehehe. Moga baik2 aja ya wahai UIA. ;)

Okay. Thanks sbb sudi baca. *bajet sangattt* Gtg. Bye.!!

#AfiqahRozalie

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be