Skip to main content

Tahajjud Kasih

Bismillah..

Alhamdulillah for the wonderful day today. Haha. Tak habis senyum. Normal bagi manusia la kan. Bila kita dapat apa yang kita nak, kemain bahagia macam nak bagitau satu dunia. Apapun yang datang, syukur selalu. Biar la ujian ke apa, perkara utama syukur dulu. Sebab kadang2, dlm ujian kita tu tersimpan seribu hikmah yang kita tak tahu. Hamdalah sentiasa.

Okay, act nak cerita. Beberapa hari lepas, aku decide untuk melangkah ke step seterusnya. Step apa, melagkah apa, jangan tanya. Tak penting pun masa nie. Hehe. Sebenarnya hati antara dua, fikir nak ke tak. Sebab jauh disudut hati, ada rasa takut, berdebar. Tapi, kuatkan jugak hati nie. Dengan bismillah, aku 'mendaki'.

Dalam beberapa hari jugak tunggu keputusan. Tiap hari tak keruan. Tapi still buat buat cool. Macam takde apa2 yang jadi. Tiap hari jugak baca jampi serapah. Haha. Tapi takde la jampi pelik2 pun. Orang baca selawat je lah.

Masuk hari keempat, serious dah mengalah. Time tu rasa, takpe lah. Belum tiba masa kot. Just follow the flow. Dah kata kan, beriman pada qada' dan qadar. So, just harap semua berjalan dengan baik. Biar la susah diawal, moga2 nanti senang diakhirnya. Ameen.

Dalam nak mengalah tu, tetiba terjumpa kata2 dari salah seorang ulama muktabar, ayat dia macam nie " TAHAJJUD adalah senjata/doa yang tepat untuk betul2 kena pada sasaran." not very sure either kata2 tu dari imam syafie atau imam ghazali, terjumpa time scroll instagram. Nak scroll balik dah tak jumpa. Waktu baca tu, dalam hati cakap "Okay. Aku kena start balik tahajjud aku yg dah lama aku tinggal." Malunya Tuhan. Sebab bila nak sesuatu je baru mengada nak tahajjud.

Aku nie bukan baik sangat. So that aku fikir, better aku buat dulu tahajjud nie bersebab moga nanti boleh jadi asbab untuk aku istiqomah n ikhlas.

So, malam first aku tak mampu meneruskan jihad. Tersyahid lama atas katil. Maka, tersia sia lah malam tu tanpa tahajjud dari aku yang kekononnya mula2 gaya macam nak tahajjud lepas Asar sebab tak sabar sangat, excited nak guna senjata paling tepat. Hahaha.

Second night, aku hampir2 syahid sekali lagi. Tapi berbekalkan azam dan semangat yang tinggi, aku cuba usahakan tak syahid. Even malasnya YaRobbi, macam ada syaitonirrojim pangkat ketua PDRM. Dalam hati sebut, 2rakaat je. 2rakaat je. Lepas tu nak tidur ke, main game ke apa, buat lah. And it is about 4a.m actually. Dekat sangat dah nak Subuh.

Lepas berlaku perang dingin dengan segala macam gangguan dan hasutan nafsu, akhirnya berjaya buat 2rakaat. Yeay.!! I'm proud of me. Haha.

Masa solat tu, rasa kosong. Just fikir, nie permulaan after time bulan ramadhan hari tu. Harap2 aku still rajin dan dapat buat tahajjud sentiasa. Lepas solat, doa. Minta sungguh2 Allah lembutkan hati. Permudahkan urusan dan segala hajat yg dihajati. Lepas solat, sambung baring. Hahaha. Takpe lah fiqah. Esok kita improve k.

So, berjalanlah masa dan hampir kepada petang. Tiba2 nak bukak phone dan Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Masyallah. Tabarakallah. Rasa sebak, bahagia, seronok. Allah makbul terus doa hamba DIA yang Maha degil subhanallah. Malu sangat. Malu. Waktu tu tak solat Zohor lagi, bila dah dpt berita tu, cepat2 letak phone kat tepi. Malu dengan Allah. Lepas solat, sujud syukur. ;')

Mungkin terlalu awal untuk aku terlalu bahagia dan suka, tapi atleast aku sedar banyak perkara. Tuhan tak pernah tinggalkan aku sendiri. Ya. tak pernah. Walaupun aku pernah persoalkan keberadaanNYA dengan aku suatu masa dulu. Astagfirullah. Walaupun aku pernah hampir2 berputus asa dengan rahmat dan kasih sayangNYA. Astaghfirullah. Walaupun, penah aku nak "merajuk" dengan Tuhan. Astaghfirullah. Tapi Allah ArRahman ArRahim pada aku dan kepada semua makhluqNYA.

Tak ada sebab untuk aku berpaling dan jauh dari Tuhan. Semua tu hanya akan merugikan aku. Sedangkan Allah takkan pernah rugi apa2 pun. Kerugian yang besar untuk diri aku andai langkah menjauh yang aku pilih.

Harapan aku, permulaan ini permulaan yang betul2 jadikan aku hamba Tuhan yang sentiasa bersyukur. Istiqomah dgn ibadah. Bukan hanya ketika diberi nikmat tapi ketika dihadiahkan ujian. Dan satu benda, bukan lah niat aku nak heboh kat semua org aku solat tahajjud, aku hanya nak share kelebihan tahajjud dan hikmah segala apa yg Allah berikan pd kita. Aku nak org lain rasa apa yg aku rasa bahawa Allah tu sangat dekat. Dan kita sama2 berebut nak kejar redha Allah. Mohon doakan ya.!

Have to go. Bye.!

#AfiqahRozalie






Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be