Wednesday, July 15, 2015

TAQWA

Bismillah..

Pernah tak rasa macam dalam dunia nie takda sapa pun yang faham kita.? Even mak ayah. Aku selalu je rasa macam tu. Kadang2 rasa umi abi terlalu memahami, tapi kadang2 tak. Biasa la manusia. Bila tak kena dengan jiwa, dia cakap lah 'tak'. kalau kena dengan selera, laju je 'ya' tu. Normal.

Sebenarnya hari tu macam terasa hati sangat sangat dengan abi. Dah hampir 4bulan aku kat Malaysia, back for good, abi still sebut benda yang sama. "Orang lain dah grad, kakak baru nak start belajar." "orang lain dah habis, kakak tak masuk daftar pun lagi." "Tak menyesal ke tinggalkan Jordan.?" "Ada orang tu belajar tak habis."

Wallahi. It's hurting me. Really hurt. Pedih sangat rasanya. Macam tersiat-siat hati nie. Sedih. Ahh, bercampur. Tak tahu nak cerita macam mana.

Tiap kali scene nie berlaku, aku akan berpura-pura senyum atau aku cubit abi. Haha. Sebab dah tak tahu nak buat apa. Ikut hati, memang nak menangis lah kan. Sebab benda tu sakit untuk aku terima. Keputusan yang aku fikir hampir setahun, keputusan yang tak mudah untuk aku buat, keputusan yang paling mencabar dalam hidup aku. Sebab, once aku dah decide to back for good, it's mean aku TAKKAN berpatah balik ke bumi coklat tu as student. Never ever.

I try very hard to move on with it. Aku cuba pinjam kekuatan from others. Aku cuba baca kisah2 inspirasi. Aku cuba cari kekuatan dari kawan2 untuk aku rasa kuat. And most important, aku sentiasa doa Allah pinjamkan kekuatan untuk aku. Tak pernah lupa untuk doa.

Almost 4months, i admit that it's very hard. Susah nak move on. Tapi tak nafikan jugak lah, aku dah slow slow cuba terima hakikat nie. Tapi, tu lah. Bila abi start cakap benda yang sama, aku rasa macam kekuatan yang aku bina untuk hadapi kehidupan aku nie makin goyah. Ibarat kena tukul sepanjang masa. Makin aku bina, makin ditukul. Lemah.

Tiap kali tu jugak, aku menangis. Aku menangis sepuas hati. Dalam hati, aku doa banyak banyak, aku diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah sebab aku takkan mampu untuk kuat tanpa pertolongan tu.

One day, disebabkan aku tak tahan sangat, aku minta Sayyidah bagi tazkirah. Salah satu sebab jugak aku lemah sangat sekarang, aku dah lama tak berusrah. Lain perasaan dia. Back to our topic, Sayyidah sebut pasal TAQWA. Kenapa selalu kita denar orang cakap, puasa nie menguatkan.? Sedangkan, pada sudut fizikalnya kita lemah. Kita tak makan, tak minum. Tapi, orang tetap cakap, menguatkan.? Kenapa.?

Dan rujuk Surah AlBaqarah ayat 185, يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر . Mafhum ayat nie, Allah sentiasa nakkan kemudahan kepada kita bukan kesusahan. Tapi, puasa memenatkan. Bukan mengenyangkan. Nampak macam ada percanggahan kan. Allah taknak kita susah, tapi Allah suruh kita puasa yang boleh menyebabkan kita penat, leti, lesu.

Hakikatnya, dengan berpuasa kita kuat jiwa sebab diisi dengan iman dan taqwa. Taqwa itu sendiri maksudnya perlindungan.

Then, when i asked Sayyidah "macam mana kalau rasa macam tak terisi.?" Sayyidah was told that, "Ini lah masa untuk kita mujahadah latih diri. Kalau sebelum Ramadhan, kita usaha untuk bersihkan hati sekali ganda, bulan Ramadhan nie usaha kena 10kali ganda."

And i keep asking, "How.?"

"Latih diri. Never give up. Never stop. Jangan penat. Kalau Fiq dah cuba istighfar, dah cuba husnuzhon jaga hati, tetap sama, gandakan lagi. Tak makan saman jugak,gandakan."

Sayyidah still pujuk even aku dah buat muka sedih dengan kenyataan, "Susahnya nak jadi baik." :( Memang susah sebab tiket nak ke Syurga tu MAHAL. Jangan give up sebab orang yang berusaha, Allah akan bagi pahala. Tapi kalau give up, kita tak dapat apa."

Sayyidah dah buat orang nangis. :'(

Aku tetap tanya dan tanya mcm orang tak pernah tahu dan belajar.

"Tuhan nak ke terima hamba DIA yang tak reti bersyukur nie.?"

Sebab DIA Tuhan. Dia tahu hamba DIA penat, ditimpa perlbagai ujian. Allah faham apa yang hamba DIA rasa. Tuhan tak minta apa2 pun. Cuma, jangan berhenti berlari menuju DIA. Kalau penat, rehat. dah okay, lari lagi. Once kita dah niat nak jadi baik, minta Allah mudahkan urusan kita. Permudahkan jalan untuk kita berubah.

Dalam Hadith arba3in, hadith yang ke18, dalam hadith tu ada sebut, "Amal kebajikan akan MEMADAMKAN kejahatan. So, incase kita susah nak mulakan dengan hati, kita cuba ubah dengan amal. Dari situ, kita minta Allah hapuskan apa2 yang mengotorkan hati. Then, slow slow didik hati jadi baik.

Cerita jugak bab kecik hati aku, Sayyidah cakap, fitrah perasaan seorang ayah. Selama nie dia berbangga ada anak study luar negara dalam jurusan agama, tiba2 bila aku decide nak balik, abi was shocked sikit kot. So, benda macam susah untuk abi terima. Sayyidah pesan lagi, kena banyak sabar. Tak banyak masa pun yang Allah beri untuk kita berbakti pada mak ayah. Sabar sekarang. Nanti bila dah start belajar, buktikan pada abi, even aku belajar kat mana2 pun, aku still boleh berjaya. Sayyidah suruh score 4flat. Haha. i will try.

Bila dah kena syarah panjang dengan sayyidah, aku mula sedar. Dalam hal nie, takde sapa yang bersalah. Bukan salah aku, bukan salah abi, jauh sekali salah Tuhan yang mentakdirkan semua nie untuk aku. Ini lah pilihan hidup. Mungkin saat ini, aku terpaksa telan segala pahit untuk kemanisan yang aku sendiri tak tahu nanti. Moga2 sesuatu tu masih menanti aku.

Dan aku sebagai anak, kena faham perasaan abi yang sebenarnya kecewa dengan aku. Aku tak nafikan, memang patut dikecewakan. So, i'll try to redha n tahan telinga for a while. Hahah. Moga2 tahan lah. Ameen.

I just terfikir, how if one day Allah uji aku, bakal husband n anak2 benda yang sama.? Apa yang aku akan buat dan rasa saat tu.? Macam mana sikap suami aku kat anak2 nanti.? So, from now aku start belajar untuk semua benda. Belajar untuk terima takdir. Belajar untuk terima kelemahan setiap manusia walau siapa pun gelaran manusia yang terpaksa kita hadapi. Same like my dad nie lah. Takkan sebab abi cakap macam tu, aku nak benci dia seumur hidup. Nyampah kejap2 cukup. Just to 'raikan' fitrah sebagai manusia. Then, lepaskan melalui udara biar bertiup jauh meninggalkan aku segala yg tak baik tu.

As makayah, even dia makayah, dia tetap manusia. Ada salah, ada silap. Tak sempurna. Dan sebagai anak, aku patut taat dan hormat. Just a simple word yang susah untuk aku praktikkan dalam hidup. So, behave semua orang. Sebut nak jadi anak soleh solehah tu bukan hanya sebut, tapi amal. Nampak mudah, tapi masyallah tabarakallah. Moga Allah pinjamkan kekuatan dan kesabaran dan keteguhan hati untuk terus bergantung dengan taliNYA.

So, entry kali nie berjela2 kan. Sorry. Just share apa yang patut. Moga bermanfaat.

Gtg sebab baju raya tak habis jahit lagi. hahah. Owh, btw, lupa nak wish "Selamat hari raya". but sebelum tu, Selamat memanfaatkan sisa2 Ramadhan, moga berlalunya Ramadhan membawa seribu kemampunan untuk kita. Ameen.

Daa.!!!

#AfiqahRozalie



No comments: