Skip to main content

Cerita sebelum sahur

Bismillah. 

Berzaman tak boleh log in blog. Tak tahu lah kenapa. Rasa dah isi passord yang betul, dia kata salah. Kita redha. Maybe nak suruh 'rehat' menulis kejap. Tapi melampau sangat rehatnya. Karat otak kita sebab lama tak menulis. (Kaitan sangat..)

Sebenarnya, banyak sangat benda yang aku nak share. Nak semua cerita tu terpahat dalam blog nie, biar satu hari nanti aku boleh baca balik. Tapi, aku tak mampu. 

Hari nie, aku rasa rindu sangat dekat Jordan. Bukan sebab si dia ada kat sana. Bukan. Bukan. Tapi memang sebab rindu. Rindu dengan segala-galanya. Sampai sanggup kutip balik gambar2 sepanjang aku berprogram as timb pengarah and buat caption panjang-panjang kat insta. OMG. Miss so much lah. Pastu berangan nak pergi sana dalam akhir bulan nie atau awal tahun depan. Bajet-bajet nak menabung lah bagai. Haha. Harap menjadi. Kot ada nak sponsor, lagi bagus. Ameen. Ameen

For those yang tak tahu kenapa aku balik, mesti tertanya-tanya kenapa caption pelik mcm tu. Memang selalu pun dpt pm dari kawan-kawan yang sangat prihatin. Tanya kaba. Thank korang. Tapi, biasanya aku tak cerita panjang pun. Just bgtau tak berapa sihat and terpaksa balik. Setakat nie semua faham. Takde lagi la yang paksa-paksa suruh bagitau detail.

About 2 weeks act, aku mcm tak berapa stabil. Memang tak dinafikan, time tu bermula bila sedih sangat. And i forget about segala pantang larang untuk elak diri dari didatangi penyakit tu. Same like masa kat Jordan dulu lah yang sampai akhirnya, keputusan balik malaysia terpaksa dibuat. Aku tak perasan pun mula2, tapi bila ngadu dekat kak soli, sayyidah dgn zana, semua cakap mcm nie, 'Kau perasan tak, kalau kau sedih sangat, penyakit kau mesti datang balik.? kau mesti tak boleh kawal.' Lepas berfikir sejenak, yes i admit it. Betul lah. Aku tak boleh sedih sangat. Rasa bersalah dekat badan sendiri. Menzalimi dia dengan sesuka hati.

So, after that, i try to be okay. Seminggu jugak lah take time for it. Sakit kepala, Tuhan je tahu mcm mana rasa dia. Rasa nak pecahkan je kepala nie. Sakittt. T.T

Bila keadaan dah makin reda, so, kesihatan aku pun makin baik. Jelas kan.? Punca dia, TAK BOLEH terlalu sedih and jangan banyak sangat fikir benda-benda diluar otak. It's not good. Aku cuba lah walaupun hakikatnya, aku nie memang seorang yang sangattttt sukaaaa fikir yang sampai dinding pun boleh tembus ronda satu dunia. Haih. Perangai. 

I hope it can be okay soon. Sebab dah nak start belajar. So, taknak kesihatan nie mengganggu. Sangat taknak. Doakan lah for the best. 

Okay. Disebabkan long time no see this blog, jadi macam nak gabung segala cerita dalam satu post biar jadi panjang berjela. hahaha. 

Tapi, mcm keling sangat nnti kan. Rojak habis segala cerita. So, satu. Satu. 

Last but not least, dengan keberkatan ramadhan nie, aku sentiasa doa, aku diberikan kekuatan dan keteguhan iman. Sebab dari hari ke sehari, aku rasa iman makin goyah nak2, bila Allah bagi test. Terus rasa down. Macam dialog Nabi Ibrahim, "Ya Allah, Kau tunjukkan zat Mu kepada aku". Then, bila Allah tanya kenapa kau nak lihat zat aku.? kau tak beriman ke.? Nabi, bukan. Bahkan aku beriman. Cuma aku perlukan sesuatu untuk kuatkan hati aku. 

Cerita nie ada dalam Quran, tapi serious lupa ayat mana dan surah mana. Mohon maaf dipinta. 

So, sekarang nie macam kembara menacari diri. Nak suruh jadi lebih baik, makin solehah, tak nakal2 dah. Nakal sangat pun tak best, kesian kat orang sekeliling nak kena layan. Tapi, masing2 sabar je layan. I loike. hahaha. Terima kasih atas kesabaran. 

Okay, last. Mood merajuk. Sekian. 

hahaha. Gtg. bye.!!

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...