Wednesday, March 14, 2012

Jangan Merajuk Wahai Daie

بسم الله الرحمن الرحيم 


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
 Sembahlah Allah Yang Maha Esa
 Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
 Jauhi perbuatan yang sia-sia

 Seruan Nabi tidak diterima
 Nabi diejek dan Nabi dihina
 Baginda tidak berputus asa
 Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah Baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran:139

-Copy from Akademi Tarbiyah DPPM

*dedicate to all my "siblings" in ISLAM who called MUJAHID and MUJAHIDAH ISLAM ..

No comments: