بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا علي النبي
" Pengorbanan hari ini tidak semudah semalam "
Tim. Bendahari MPPMJ 2011/1012 .
Dalam setiap bait kehidupan kita itu juga, kita peroleh pelbagai nikmat, pujukan dan usikan dari ALLAH. Hanya kita yang sering memejamkan mata, tak mengendah akan semua yang berlaku. Umpama mayat hidup, masih bernyawa tapi tak mampu untuk menikmati alam.
Saya cuba menghadam bait kata diatas. Cuba untuk merelitkan dengan kehidupan saya seharian.
Sering terungkap dibibir, kalimah PENGORBANAN.
Entah faham atau tidak, saya pun tidak pasti. Hanya pandai menutur ayat, " Hidup kita perlukan pengorbanan untuk merasai nikmat kehidupan. "
Dan saya rasa berminat untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang pengorbanan, yang mana saya lihat ia sangat-sangat mempengaruhi kita.
Bila ditanya kepada sesiapa pun tentang pengorbanan, pasti ramai yang berkata, mereka telah melakukan banyak pengorbanan dalam kehidupan. Ikhlas atau tidak, itu lain cerita . The key work's is PENGORBANAN.
Ada orang, dia rasa dia telah melakukan pengorbanan yang besar, bila apa yang dia sayang atau suka terpaksa ditinggalkan. Ada orang, merasakan dia cukup berkorban dengan terkorbannya buku kesayangannya dan pelbagai lagi. Mungkin , it's up to ourself.
Pada saya, pengorbanan adalah suatu amalan yang susah untuk dilakukan, suatu rasa yang amat perit untuk ditelan dan suatu keadaan yang sukar untuk dilupakan.
Hidup hampir tiada erti tanpa PENGORBANAN.
Kerana apa ?
Kerana, untuk meraih redha ILAHI, kita juga perlu melakukan pengorbanan. Berkorban jiwa, berkorban nafsu, berkorban harta dan berkorban tenaga untuk dimanfaatkan pada jalan yang benar.
Namun, disebalik keperitan rasa pengorbanan itu terselit satu perasaan nikmat dan tenang dalam hati setiap insan yang ikhlas melakukan pengorbanan. Suatu fakta yang tidak mungkin saya sembunyikan.
Dan disaat itulah, hakikat pengorbanan mula terserlah. Menampakkan betapa kehidupan amat memerlukan pengorbanan dari insan-insan yang ikhlas menjalani kehidupan untuk merebut belas kasih sayang Sang Pencipta.
Inilah kehidupan seorang da'ie berjaya. Berjuang selagi diberi kudrat, berkorban selagi terikat.
Perjuangan + Pengorbanan = Redha ALLAH .
Dan dengan pengorbanan juga, ia melatih kita untuk lebih menghargai detik-detik kehidupan yang tersisa sebelum saat kembali kepadaNYA.
~ Bila ia selamat dikorbankan, aku tersenyum sendiri .. Mengharap akan datangnya hikmah yang mampu memujuk jiwa dan hati .. Melatih aku menjadi seorang yang ikhlas dan bersabar serta redha pada setiap qada dan qadarNYA .. ~
Comments
kadang sayap terkulai keras
Ada yang perlu dikorbankan
ada yang perlu dilepaskan
Kehidupan hari ini tidak semudah semalam,
mungkin lebihnya pengorbanan pada hari ini,
sebagai insan bergelar hamba
Ilahi..
Teruskan..
selagi prinsip hidup teguh atas jalan kebenaran
setiap kesusahan pasti ada kesenangan
Moga hingga ke syurga kita dipertemukan..
~ Bi iznillah ~
Salam Mujahadah buat adik Afiqah ;)
tak sangka akak boleh jmpa blog nie .. kantoi suda .. ^^