Thursday, March 22, 2012

Sakura

بسم الله الرحمن الرحيم 


Rimbunan sakura lebat memayungi bumi,
Mekar menguntum senyuman indah,
Lembut bertiup mengikut angin yang menghembus,
Memikat hati insan-insan yang melihat.

Dalam menikmati keindahan sakura ,
Satu susuk sedang merintih sayu,
Menangisi nasib yang menimpa diri,
Kehilangan insan yang amat dicintai.

Digagahi diri untuk meneruskan kehidupan,
Walau terpaksa menelan pahitnya kehidupan,
Susuk itu kini lemah selemah hati jua seruntun jiwanya,
Tak siapa yang memahami, hanya dia ..

Disaat itu,
Hadir teman-teman memberi kekuatan,
Meski hanya mampu menyapu butiran yang mengalir,
Itu sudah cukup untuk membuat dirinya tenang,
Walau lidah kelu tanpa bicara.

Rimbunan sakura ditenung dalam,
Mengharap pada ketenangan menyapa,
Menanti moga jiwanya kembali merimbun lebat,
Demi menjalani kehidupan sebagai hamba ILAHI.

Dan pohon sakura itu masih berdiri teguh,
Menjadi saksi kisah syahdu hidupnya,
Walau tidak seindah dulu, 
Namun, dia yakin pada janji TUHANnya.

Bagai sang sakura, 
Indah dikala hadir musim bunga,
Suram dikala musim luruh bertamu,
Petanda kehidupan semua dalam genggamanMU.

ALLAH sentiasa bersama mu, sahabat .. 

*credit to sahabat fillah, Akh Syazli yang kehilangan ibunda tercinta, 15 Mac 2011. Moga Allah kuatkan hati , tabahkan jiwa dan semakin bertambah keimanan dihati. Ujian tanda sayang dan cintaNYA. Beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan menunda pembelajaran untuk sesi ini. Mohon didoakan. Hari ni genap seminggu pemergian Arwah. Al-Fatihah.


2 comments:

Izyan Syuhada (",) said...

mashAllah cik piqa nih. sedapnye sajak dia. boleh buat satu utk saye?? ;DD

Afiqah Rozalie.. said...

nnt sya buat yer cik syada syg .. :P