Skip to main content

Rohingya, isu kita ..


بسم الله الرحمن الرحيم
~ اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد ~


Sekarang di Jordan jam menunjukkan tepat pukul 6.25 pagi. Langit ditatap. Kelihatan awan memutih. Seakan bakal memuntahkan isi, namun mungkin hanya 'harapan' kerana tidak mungkin hujan disaat bumi ini sedang hangat dimamah bahang panas mentari. Tapi semua itu tidak mustahil kerana Allah bisa melakukan apa sahaja menurut kehendaknya. " كن فيكن " .

Setelah puas menghirup udara dingin dinihari, si gadis mula membelek "muka buku". Sambil membelek, mata mula terpanah pada isu yang sedang hangat dihebahkan. Isu Rohingya. Sebak melihat gambar-gambar umat Islam dibunuh, didera dan diratah dengan sangat gelojoh oleh mereka-mereka yang tidak bertuhankan Allah.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang berpendapat, isu ini tidaklah sehebat isu Palestin dan Syiria yang telah berpuluh-puluh tahun menanggung derita yang lebih derita. Ya, mungkin ada benarnya. Kerana apa yang dihadapi saudara Rohingya kita BARU 17 tahun kan.

Jika di Malaysia, bayi yang lahir 17 tahun yang lalu itu, kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Bakal mencorak kehidupan negara. Bahkan, mungkin bayi itu bakal menjadi perubah nasib kehidupan dan menjadi kebanggaan keluarganya.

Namun, di Myanmar, mereka masih terbelenggu dek nasib yang tidak pasti. Mereka tidak bebas menentukan kehidupan mereka sendiri. Sana sini dikepung oleh tentera yang berjiwa binatang. Umpama seekor burung yang terperangkap didalam sangkar menghitung hari untuk disembelih.

Rohingya, mereka juga adalah saudara seAQIDAH kita. Mereka memerlukan doa dari kita. Walaupun hanya untaian kalimah doa, andai ia lahir dari hati, maka itu sudah cukup menjadi penawar bagi mereka.

Kenapa jika isu umat Islam di Palestin dan Syiria dihebahkan, satu dunia ibarat terkena renjatan elektrik. Kemarahan membuak didada, untaian doa dikirim tanpa mengira waktu dan ketika bahkan program-program boikot dan "Cakna Palestin dan Syiria" giat dilancarkan.

Sedangkan, bila masalah umat Islam di Myanmar mula terhidang di dada akhbar, hanya dalam beberapa hari sahaja isu ini hangat menjadi bualan dan selepas itu sepi. Ibarat kekejaman itu sudah terhenti.

Adilkan kita melayan saudara seagama kita ?

Wahai teman, isu umat Islam bukan terletak pada bangsa dan sempadan. Tetapi isu umat Islam merangkumi seluruhnya. Usah dipersoalkan apa bangsa mereka, usah dipedulikan dari mana datangnya mereka dan jangan dihiraukan bahasa apa yang menjadi pertuturan mereka.

Ayuh teman, utuskan doa buat mereka. Cakna apa yang berlaku terhadap mereka. Lakukan usaha untuk membantu mereka walau hanya dengan menyampaikan berita perihal mereka terhadap teman-teman yang lain. Kita cakna bukan kerana nama atau kedudukan, tetapi kita cakna kerana mereka juga umat Nabi Muhammad yang bakal bersama di negeri abadi nanti.

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, 
Rasulullah SAW bersabda : 
" Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka." 
(HR At-Tabrani).


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disabdakan oleh Baginda. Insyallah. 


*******************************************************************************

Berita Terkini dari Burma;

1) 52 ribu umat Islam disembelih dalam mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannya dibakar bersama dengan jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) Wanita dirogol sampai mati
5) Jenazah umat Islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereka akan dihumban dalam laut atau dibiarkan hingga di baham anjing-anjing
6) Kedai-kedai makan tidak dibenarkan menjual makanan kepada umat Islam
7) Sesiapa yang didapati betulkan kembali masjid yang dibakar tadi akan dihumban ke dalam penjara.



Untuk info lain, boleh rujuk laman sejarah Rohingya

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...