Skip to main content

Muroqib vs Sungai Nil


بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبي 

Sistem Muroqib. Suatu fenomena yang sangat sensitive dalam kalangan mahasiswa di Jordan. Sisitem ini merupakan suatu system yang dilaksanakan seluruh Jordan untuk menjamin keselamatan para siswi. Ala-ala bodyguard gitu. 

Jika di Irbid, situasinya sedikit berbeza. Perkhidmatan muroqib digunakan jika perlu, namun, rata-rata dari dalam kalangan siswi lebih selesa untuk tidak menggunakan perkhimatan ini jika keadaan tidak mendesak. Berbeza pula dengan keadaan di Mu’tah dan Mafraq. Disana, system ini lebih terkawal dan agak ketat. Seusai azan maghrib berkumandang, maka para Akhowat diwajibkan bermuroqib. Maunya pening syabab Irbid kalau di Irbid pun buat macam nie. - ramai sangat penduduk Irbid -

Ok, contengan saya kali ini hanya untuk meluah, bukan membawa maksud apa-apa. Sejujurnya, saya rasa amat berbangga dan dihormati bila kalian (para syabab) mengambil berat akan hal ehwal kami (para akhowat) (tapi kadang-kadang tak best jugak, korang asyik mengikut je. Tak bebas.. hehe..)  Walaupun bukan semua, tapi yang tergolong itu, saya ucapkan tahniah dan jazakumullah. Terima kasih kerana bersabar dengan sikap kami, terima kasih kerana sudi menjaga kami dan terima kasih kerana ambil peduli pada kami. 

Alkisah, bermula bila saya tiba-tiba merancang untuk ke Mesir bagi melunaskan beberapa perkara yang saya kira, perlu untuk saya lakukan sebelum masuknya fasal awwal tahun dua nanti. Keputusan dan perancangan dilakukan dalam keadaan yang terlalu cepat dan segera (dua hari sebelum imtihan akhir, madah Aqad Zawaj baru diplan). 

Memang pada awalnya, saya merancang untuk tidak ke mana-mana sepanjang cuti ini kerana memikirkan urusan SPB (sambutan pelajar baru) Irbid, tapi bila semua ahli bayt dan sahabat-sahabat kebanyakannya pulang ke Malaysia, jiwa TABAH saya terusik. Sedikit sebanyak ia tergugat. Mengganggu emosi, ditambah dengan insan-insan yang banyak membantu saya sepanjang keberadaan di Irbid ini juga bakal menjenguk Malaysia. Owh, tergugat !!!

Kenapa memilih Mesir ? Biarlah ia terus menjadi rahsia untuk detik dan masa ini. 

Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengejutkan beberapa pihak termasuk umi dan abi sendiri. Maaf, bukan ingin merisaukan sesiapa, tetapi ia hanya untuk memujuk hati. 

Alhamdulillah, abi dan umi bagi greenlight untuk lepaskan saya ke sana dengan syarat berteman. Ya, saya bertemankan seorang sahabat di Mu’tah untuk ke sana. Kemudian, kami merancang tarikh, masa dan flight yang dihajati. Sedikit pertembungan berlaku, sahabat saya terpaksa mendahului saya untuk ke Mesir. Dan memandangkan keputusan kami agak rushing, maka tiket yang bakal kami dapat pun agak mahal dari harga biasa. Nasib la. Sapa suruh plan last minit. 

Hal ini telah menyebabkan sahabat saya itu, terpaksa menaiki kapal bersama kumpulan akhowat lain yang dimuroqibkan oleh syabab. Bagaimana dengan saya ??? ok, terpaksa naik flight sorang-sorang. But it is just the simple thing, right ?? -broken, sekian-

Pada saya, ia bukanlah suatu perkara yang perlu dibesarkan. Berseorangan hanya didalam kapal terbang. Di Mesir, sahabat-sahabat menanti. 

Memandangkan ramai yang mengetahui hajat hati ini, maka ramai jugalah yang bertanya khabar. Soalan a’di (biasa) , siapa muroqib ? dan bila persoalan dijawab dengan senyuman, maka fahamlah mereka. Saya tidak mungkin akan menipu, tapi saya juga tidak berani untuk menjawab. Because, I know, it is wrong. :(

Bukan saya tak berusaha mencari muroqib, tapi dalam keadaan terdesak macam ni, memang susah nak jumpa. Lain la kalau memang dah ada muroqib tetap. -merapu disitu-

Owh, terlupa. Tiket masih belum cornfirm. So, petang tu, saya call syabab yang menguruskan tiket saya ini juga merupakan sahabat abi. –abi kat mana-mana ada kawan.- 

Jelas sangkaan saya amat meleset, bila dia juga turut bertanya hal muroqib. Huh. Seperti tidak dapat melaikan diri. Untuk kali ini soalan dijawab, namun dalam keadaan tergagap, so, its mean??? Still sama. Tak ada !!!

Maka bermulala dialog antara kami.

Syabab : Afiqah, awak pergi ni dengan siapa lagi?
Saya : Err, saya sorang je. Tapi jangan bagitahu abi lagi.
Syabab : Owh, abi awak tak tahu yer. Patutla saya hairan, macam mana ustaz (abi la tu) boleh benarkan anak dara dia pergi Mesir sorang-sorang. Rupanya, awak tak bagitahu abi awak yer. 
Saya : Eh, bukan macam tu. Sebenarnya, ada salah faham. Saya bukan tak nak bagitahu. Tapi, kalau saya bagitahu, abi mesti minta saya cancelkan plan ni. Abi mesti risau. Saya bukan tak ada teman, cuba teman sampai Mesir awal sikit. 
Syabab : Kalau macam tu, esok awak text abi awak dan bagitahu pasal ni. Selagi awak tak inform, selagi itu saya tak akan booking tiket untuk awak. Dah inform, bagitahu saya. Saya akan contact abi awak untuk dapatkan kepastian. Lepas tu, baru saya akan bookingkan. Bahaya Afiqah...
Saya : Tapi ustaz  (bla..bla..bla) (dan akhirnya…) baiklah. Nanti saya bagitahu abi. =,=
Syabab : Ok, apa-apa, inform saya balik. Assalamualaikum. 
Saya : Insyallah. Waalaikumsalam. 

Terasa dunia gelap seketika. Impian untuk beraya di tempat membesar saya itu, seperti perlu dikuburkan. 

Dan malam itu, belum sempat saya bagi salam di chatbox fb, abi sudah mendahului. Perbincangan kecil berlaku antara kami di alam maya. 

Abi : kakak macam mana dengan tiket?
Saya : Abi,tadi kakak dah call, dia cakap tiket ada 17hb petang. Tapi , kawan kakak tak boleh pergi Mesir dengan kakak, dia kena pergi awal dengan kapal. Jadi sekarang nie, kakak sorang-sorang. Insyallah, ok je kot. Sebab nanti ramai yang akan jemput kat airport Mesir tu. 
Abi : Sorang-sorang? Tak payah la kak. Bahaya la. Nanti abi risau je. 

Perbualan ini di‘cut’. Tak nak tambah sebak. Yang jelas, abi juga tak membenarkan pergi tanpa muroqib. 

Hai muroqib, hanya kerana masalah MUROQIB, saya terpaksa membatalkan hasrat yang dah lama bersarang dihati. Hanya untuk menjaga keselamatan dan maruah diri.

Betapa untungnya wanita, kemana sahaja dia pergi, Allah syaratkan berteman. Hatta ke tempat yang paling mulia sekalipun (Mekah & Madinah), wanita tetap perlu berteman. Tidak dibiarkan wanita keseorangan kerana hakikatnya wanita itu lemah. Lemah pada jasad dan jiwanya. Tidak boleh bersendiri. Dan, Allah lah sebaik-baik peneman. 

Disini, Allah berikan kami syabab-syabab yang amat menjaga kebajikan kami. Dilayan seperti kami adik dan kakak mereka. Sungguh terasa ukhuwah itu. Moga Allah balas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan dan berikan yang terbaik untuk kalian. 

Sedih, tapi saya akan bertambah sedih kalau umi dengan abi melepaskan dalam keadaan terpaksa. Maka, terpaksa ditanam dulu niat dihati. Sungai Nil, moga kita bertemu dilain waktu. Insyallah. 



Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be