بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا علي النبى
Petang itu, Marisa Amirah sampai seperti yang dijanjikan.
Marisa memandu sendiri kereta kancil berwarna keemasan pemberian ibunya. Mereka
memang serumah, cuma petang itu Marisa habis kelas agak lewat. Oleh kerana
tidak mahu membazir masa, Marisa mengambil keputusan untuk terus bergerak ke rumah
murobbi mereka, mereka menggelarnya dengan gelaran Ustaz Syafiq.
“Ustaz dan akak sihat ?” Sapa Husna sejurus mereka memberi salam dan dipersilakan masuk ke rumah.
“Alhamdulillah, kami sihat. Kamu berdua sihat ?” balas
Zahra’ Humaira, isteri Ustaz Syafiq. Ustaz Syafiq hanya tersenyum mesra.
"Alhamdulillah." Jawap mereka hampir serentak.
Mereka cukup kagum melihat pasangan itu. Masing-masing sibuk
membantu masyarakat dengan pelbagai program dakwah dan tarbiah dalam kawasan mereka. Kebiasaannya,
semua program tersebut akan dikelolakan mereka sendiri. Dalam kesibukan membantu ummat, mereka tetap
tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri juga ibu dan
ayah buat anak-anak mereka. Kebahagiaan mereka jelas terpancar di wajah
masing-masing. Benarlah, kebahagiaan itu milik Allah untuk hati mereka-mereka
yang dekat padaNYA.
Setelah beberapa lama mereka saling bertukar cerita,
akhirnya mereka masuk ke tajuk utama. Ada sedikit debaran dihati Husan
Khadijah. Dia sendiri tidak tahu mengapa.
“Husna, sebenarnya kami panggil awak ni sebab kami nak
sampaikan hajat orang. Amanah orang.” Ustaz Syafiq memulakan bicara. Penuh
tertib dan sopan. Sememangnya dia begitu. Itulah akhlaknya.
“Amanah apa ustaz? Saya tak faham.” Balas Husna ringkas sambil mata menjeling ke arah Marisa yang setia disisi. Marisa tersenyum. Mungkin Marisa sudah memahami.
Terasa ada getaran dihatinya. Dia pantas berselawat. Pesan umi, “Kalau
kita takut, berdebar atau resah, banyak selawat kepada Rasulullah, insyallah
tenang.” Alhamdulillah, dia tidak pernah lupa. Malah selawat sudah menjadi
amalan sehariannya.
“Begini, baru-baru ini, ada seorang sahabat kita datang
jumpa ustaz. Dia minta ustaz sampaikan hajat hati dia pada kamu. Kalau kamu
masih belum berpunya, dia minta ustaz untuk taqdim Husna. Bagaimana? ” Syafiq tersenyum namun dia tidak berniat apa-apa.
Jantung Husna tiba-tiba berdegup lebih kencang. Malu pada
raut wajahnya tidak dapat dibendung. Dia hanya tertunduk malu dan segan.
Pelbagai persoalan yang bermain difikirannya kini. Soalan utama yang ingin
sekali diketahuinya adalah, siapa tuan empunya diri.
“Orangnya sangat rapat dengan saya. Saya yakin pada agama
dan akhlaknya. Dia juga menerima tarbiyah yang sama dengan Husna. Insyallah,
dia calon yang baik. Husna nak tahu siapa dia ?” Tanya Ustaz Syafiq.
Sekali lagi dia tertunduk malu seketika. Hatinya tidak
berhenti berselawat. Meminta ketenangan. Dia perlu menghadapi detik ini
dengan keadaan yang stabil dan matang.
“Ustaz, saya rasa, buat masa ini tak perlu lagi saya kenal
siapa dia. Cukup dengan penerangan ustaz mengenai dia. Lagipun saya percaya
pada ustaz. Mungkin ustaz dan kak Zahra’ boleh bagi masa pada Husna untuk Husan
fikirkan balik tentang semua ini.” Balas Husna. Segannya ditahan, malunya ditapis.
“Ya, itulah yang sebaiknya, dik. Kami tak perlukan jawapan
segera. Husna balik, fikir dan bincangkan dengan keluarga. Kami berikan masa
untuk Husna fikirkan baik-baik.” Balas Zahra’.
“Apapun keputusannya nanti, kamu boleh maklum pada kak
Zahra’ kamu. Yang penting, istikharah dan musyawarahlah untuk sebarang
keputusan kamu nanti. Semoga Allah mudahkan urusan kamu. Kalau ada apa-apa,
Husna boleh datang jumpa kami. ” Tambah Ustaz Syafiq.
"Insyallah ustaz. Kalau dah ada keputusannya nanti, Husna bagitahu kak Zahra' ye." Balas Husna ringkas. Dia masih terkejut.
" Semoga Allah mudahkan semuanya. Insyallah." Doa kak Zahra' buat dirinya.
" Semoga Allah mudahkan semuanya. Insyallah." Doa kak Zahra' buat dirinya.
Perbincangan mereka terhenti disitu. Marisa dan Husna meminta diri sebaik semua urusan selesai. Dalam perjalanan pulang, Husna lebih selesa mendiamkan diri. Marisa memahami, dia juga membiarkan Husna sendiri. Husna perlukan masa.
*******************************************************************************
*******************************************************************************
~ Bersambung ~
Comments