Skip to main content

Rumah


بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي 


Dalam sebuah kampung yang indah, ada sebuah rumah yang cantik. Rumah ini bertuan. Rumah ini dijaga dengan baik, dimana nampak kecacatannya pasti dibaiki. Setiap hari, rumah ini dibersihkan. Cantik, indah. Sesiapa yang melihat pasti akan tertarik untuk menghuninya. Kawasan dan laman yang indah makin menambat hati sesiapa yang melihatnya. Tenang.

Suatu hari, tuan rumah merasakan bahawa sudah sampai masa rumah ini disewa agar rumah yang cantik ini menjadi lebih sempurna dengan kehadiran penghuni. Walaupun, dia agak ragu untuk menyewakan rumahnya itu, namun, dia tetap menyewakan juga. Akhirnya, ia disewa oleh seseorang  bernama si  A.

Setelah kunci rumah beralih tangan, si A terus meluru masuk. Kecantikan rumah diamati dengan sepuas-puasnya. Beberapa bulan kemudian, rumah yang mendamaikan itu tidak lagi nampak seperti sebuah rumah. 

Si A sedikit pun tidak mempedulikan keadaan rumah tersebut. Rumah tidak dikemas, kerosakan tidak dibaiki, barang-barang digunakan dengan tidak cermat. Rumah yang indah itu dahulu, keadaannya kini tidak lagi seperti dalam jagaan tuannya.

Rumah itu tidak lagi membawa rasa rahmah dan mawaddah. Segala ketenangan yang pernah dimilikinya dulu, hilang dalam sekelip mata.

Tuan rumah sedih melihat miliknya dirosakkan dengan sesuka hati, apatah lagi si A langsung tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan. Akhirnya, si A dihalau keluar.

Dengan hati yang sayu, tuan rumah kembali membersihkan rumah tersebut. Dia nekad untuk tidak lagi membenarkan sesiapa menghuni rumah kepunyaannya itu. Dengan penuh kesabaran, dia membaiki kerosakan, membersihkan halaman dan kawasan rumah agar sesiapa yang melihat kembali mendapatkan ketenangan.

Tuan rumah tersebut mempunyai sahabat baik. Walaubagaimanapun, sahabat baiknya itu tidak pernah dibenarkan untuk menghuni rumah tersebut. Betapa sayangnya dia pada rumah tersebut.

Akhirnya tuan rumah itu jatuh sakit. Dia tidak dapat lagi menguruskan rumah dengan baik. Ramai yang menawar diri untuk menghuni dan menyewa rumah tersebut, namun, dia tetap tidak membenarkan. Dia bimbang, kalau-kalau perkara lepas berulang kembali.

Semakin hari, keadaannya semakin teruk. Namun, dia tetap tidak membenarkan sesiapa menghuni rumah tersebut walaupun sahabat baiknya. Sehinggalah, dia meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu, sahabat baiknya cuba untuk membuka pintu rumah milik sahabatnya itu. Rumah kesayangan sahabatnya. Dilihat kunci yang berada dalam genggamannya itu, sudah berkarat. Dia tidak berjaya membuka pintu rumah tersebut. Dia berasa sedikit hampa.

Rumah itu menjadi kian sunyi dan suram. Serinya hilang dan indahnya melayang . Menanti, mungkin akan hadir insan yang benar-benar mampu dan sesuai untuk menghuninya. Meski sukar, namun dia pasti, akan hadir insan ini yang bakal mewarnai lagi keindahan rumah yang kian malap sinar serinya .. 

p/s : post yang tak diperlu difahami , cukup untuk betul2 dihayati .. :) 

~ Cinta Allah itu sangat luarbiasa ~ 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...