Skip to main content

Cerpen : Husna Khadijah ( Part 3 )


بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبى 

Malam itu, Husna tidak dapat melelapkan mata. Dia teringat berbualannya dengan Syafiq dan Zahra’ petang tadi. Fikirannya sedikit terganggu.  Dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk menyambut berita itu, sedih, suka, risau atau bimbang. 

Tambahan, dia sendiri memilih untuk tidak lagi mengenali siapa gerangan insan yang ingin mentaqdimnya itu. Baginya, biarlah ia menjadi rahsia dahulu sehingga dia yakin dengan jawapan hati hasil musyawarah dan istikharahnya nanti.

Dua rakaat pada malam itu, betul-betul mengusik jiwanya. Husna leka dalam zikir munajatnya kepada Pencipta. Ada titisan yang mengalir, dia meminta dengan sepenuh hati. Moga-moga keputusan yang bakal dilakukan nanti memberi kebaikan kepada agama, keluarga, si dia dan dirinya sendiri. Di hujungnya, dia titipkan doa kepada Yang Esa.

Ya Allah, andai dia yang terbaik. Maka permudahkanlah.
Tenangkan jiwa dan lapang dadaku ini.
Andai kini bukan masanya lagi, maka redhakan hati kami untuk menerimanya.
Jaga dan peliharalah jiwa dan hati kami sebaiknya.
Hanya penjagaan Mu penjagaan yang terbaik.

Sayu. Semakin deras titisan yang mengalir. Biarlah malam itu menjadi antara bukti penghambaannya pada Sang Pencipta.

Sebenarya, ini kali pertama Husna menerima lamaran yang begitu terhormat ini. Sebelum ini, ada sahaja insan yang ingin mendekatinya tetapi jalan yang mereka gunakan sedikit pun tidak mampu mencuri hatinya. Kebanyakannnya hanya pandai bermadah dan berpura-pura menjadi malaikat dihadapannya. Husna rimas.

Tetapi, untuk kali ini. Husna tewas. Penghormatan ini sangat dihargainya. Meski, dia masih belum mengenali siapa empunya diri.

Seminggu berlalu. Husna masih belum membuat sebarang keputusan. Baginya, tidak adil andai keputusan itu dilakukan tanpa pengetahuan umi dan abi dikampung. Pagi itu, Husna menghubungi umi dan abi. Mendahulukan dan memuliakan wali sudah menjadi kebiasaan Husna. Padanya apa yang penting, redha ibu bapa.

Husna : “ Assalamualaikum umi. Husna ni. Umi sihat? Abi apa khabar ? 
Umi : “ Walaikumsalam. Alhamdulillah, Husna. Umi dan abi sihat. Kamu apa khabar ? Pelajaran macam mana? 
Husna : “ Alhamdulillah, Husna sihat. Pelajaran pun ok buat masa ni. Umi, Husna ada hal nak cakap dengan umi ni. Sepatutnya Husna kena balik jumpa umi dan abi tapi Husna tak cuti lagi. 
Umi : “ Ya, ada apa sayang? Tak apa, umi abi faham. ”
Husna : “ Macam ni umi, miggu lepas Ustaz Syafiq minta Husna pergi jumpa ustaz dan Kak Zahra’ di rumah. Lepas tu …” Belum sempat Husna menghabiskan kalam, umi terus menyampuk.
Umi : “ Ada orang masuk meminang kamu? ”
Husna : “ Eh, mana umi tahu ni? Siapa bagitahu ? ”
Umi : “ Umi ni umi kamu la Husna. Mestila tahu apa yang berlaku pada kamu. ” Husna terdengar ketawa kecil umi.
Husna : “ Umi ni.. ” Husna malu.
Umi : “ Hari tu Zahra’ ada telifon umi. Sebelum dia tanya kamu, dia dah tanya umi dulu. Tanya kebenaran umi dan abi. Kami bincang, lebih baik hal ini Husna sendiri yang buat keputusan. Umi dan abi tak kesah. Asalkan agama dan akhlaqnya baik, umi dan abi setuju kalau kamu setuju dan rasa sesuai. Kamu dah besar panjang dan dah boleh buat keputusan terbaik. Umi yakin dengan kamu. Insyallah.

Husna terharu mendengar kata-kata uminya itu. Begitu tinggi kepercayaan mereka terhadap dirinya. Tanpa disedari, ada titisan jernih mengalir. Husna rasa sangat bersyukur. Bersyukur dikurniakan ibubapa yang sangat mempercayai dan mengasihinya. Dalam hati, dia tidak berhenti-henti mendoakan kedua ibubapanya. Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada mereka sehingga ke syurga nanti.

Husna : “ Umi, terima kasih sebab percayakan Husna.
Umi : “ Mestilah umi percayakan Husna, Husna anak umi. Apapun keputusan Husna, umi dan abi terima. Kami yakin itulah yang terbaik untuk Husna.
Husna : “ Umi, Husna sayang umi dan abi. Jazakumullah.”
Umi : “ Umi dan abi sayang Husna juga.
Husna : “ Sampaikan salam Husna pada abi ye umi. Assalamualaikum.
Umi : “ Insyallah. Waalaikumsalam. ”

Husna semakin tenang untuk membuat keputusan. Cuma hanya tinggal satu perkara lagi yang menghalangnya untuk memberi jawapan kepada Ustaz Syafiq dan Kak Zahra’.  Namun, segala-galanya diserahkan dalam pengawasan Ilahi. Husna yakin, Allah pasti memberikan jalan terbaik buatnya.

**************************************************************************

~ Bersambung ~


*p/s : Salam Eidulfitri .. Mohon maaf zahir batin .. :) 
Semoga selamat dunia akhirat .. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...