Skip to main content

Monolog diri seorang hamba

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبى 

Setahun yang lalu, aku pernah ter'jatuh'. Jatuh yang menjadi penyebab aku terluka. Luka yang sangat dalam. Hampir sahaja sukar untuk kembali pulih. Walau hakikat, aku tahu itu hanyalah 'teguran' dari DIA. Tapi, aku tetap tak mampu untuk bangun. 

Dari hari ke hari, aku cuba ubati luka yang berdarah dan kian bernanah. Pahit, tapi aku cuba. Sakit, tapi aku usaha. Letih untuk terus ter'lantar'. 

Bulan berganti bulan, aku kembali gagah. Mungkin kerana hadirnya 'mereka' sebagai teman. Dan yang utama, kerana Tuhan itu Maha Penyayang. 

Aku kembali mengatur langkah, bertatih, berjalan kemudian berlari. Walau kesannya masih tersisa. Untuk apa aku kembali meratap luka yang kian sembuh. Perjalanan disusun rapi. Pencarian disambung teliti. Moga-moga tidak terjatuh lagi. Bimbang jatuh dilubang yang sama dan luka berdarah kembali. 

Kini, setelah penat membina kekuatan. Setelah kekuatan kembali menjenguk. Setelah semua keperitan berlalu pergi. Sekali lagi aku terjatuh. Kembali ia berdarah. Parah. Dunia terasa gelap. Bumi serasa tiada mentari. 

Kata teman, "Menangislah,, kerana itu tanda kau hanya hamba." Dan aku terus menangis .. Dan menangis .. Dan menangis ..

Bukan menyesali. Cuma hampa terhadap diri. 

Senyuman, sapaan, gurauan.. Semua hanya lukisan untuk menghiburkan diri dan buat insan-insan disekeliling. 

Untuk kesekian kalinya, aku tak mampu lagi untuk berdiri. Apatah lagi berjalan dan berlari. Tidak sekukuh dahulu. Rapuh.

Puncak itu hanya mampu ditatap sayu. Menghitung diri. Mampukah aku menggapai puncak tertinggi itu andai jatuh aku bersulam duka dan rebah aku berlagu sendu.

Terasa diri terlalu lemah. Sangat lemah. 



Wahai diri .. 
Kenapa kau terlalu lemah ? 
Kenapa kau terlalu cepat mengalah ? 
Bukankah Tuhan mu Maha Pemurah. 
Pintalah!!! 
Pasti akan dipermudah.

Wahai diri ..
Kekuatan itu milik siapa ?
Ketabahan itu punya siapa ?
Bukankah Tuhan mu pemilik segala.
Berdoalah!!!
Pasti akan diberikanNYA.






Comments

Elegant Daisy said…
Tadabburlah ayat cintaNya, seolah Dia sedang bicara sama kita. Dia mendengar sedetik degup di jantung, aliran darah yang menebar dalam kitarannya, Dia memahami nurani insani.

Sesungguhnya Allah itu dekat, maka jadilah kita hamba2 yang taat :)

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...