Skip to main content

Aku Bukan Contoh yang Terbaik


بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي


4 hari lepas, keputusan PMR diumumkan. Semua calon PMR berdebar menantikan hari tersebut termasuk adinda saya. Adinda yang keberapa? Rahsia, teka sendiri.

6 tahun yang lepas, adinda saya ni masih digelar 'adik' kerana dialah adik bongsu diantara kami. Dia adik yang paling saya sayang. Teringat peristiwa 15tahun lepas, pernah suatu ketika masa abi excident, ketika itu saya baru berusia 5 tahun dan dia masih kecil (setahun lebih). Umi sibuk berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga abi dan kami ditinggalkan di rumah atuk. Sepanjang disana, adik langsung tak nak berenggang dengan saya. Kemana saya pergi, dia akan ikut. Saya yang terpaksa pujuk dia untuk makan dan minum. Adik takut dengan semua orang termasuk kakak dia yang sorang lagi (adik bawah saya). Rindu kemesraan kita saat tu. Mungkin adik tak pernah ingat tapi kakak tak pernah lupa. :)

Dari kecil, dia sememangnya menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sehingga saya sendiri cemburu dan bernekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan tunjukkan contoh yang terbaik. Malu, andai saya tak mampu berikan teladan yang baik.

Tapi selepas 9tahun dia digelar adik, Allah berikan kami 'adik' lagi. Bermula saat itu, semua mula berubah. Tumpuan lebih diberikan pada si kecil. Bukan niat membuang tapi mungkin terlalu teruja menyambut 'orang' baru dalam keluarga. Semoga keakraban dan kemesraan seperti dulu kembali menghampiri dan mengelilingi kita.

Ok stop. Tak nak cerita lebih.

Sambung cerita tentang keputusan peperiksaan adinda saya ini. Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan dan dugaan kita. Allah berikan keputusan yang terbaik buat dia walaupun itu bukanlah seperti yang diimpikannya. Saya tahu dia menangis, saya tahu dia kecewa tapi saya tak buat apa-apa. Saya tak mampu nak buat apa-apa. Egokan saya?

Saya pernah alami apa yang dia rasa. Saya pernah menangis kerana keputusan PMR. Saya pernah rasa betapa hancur hati bila apa yang saya dapat, tak seperti apa yang saya harapkan. Sedih. Teramat sedih. Dia pun sedih. Saya tahu. Naluri seorang kakak.

Saya tak mampu keluarkan sepatah kata buat dia. Walaupun saya tahu dia amat memerlukannya. Saya ego lagi !!!

Betapa kesian kalian punya kekanda yang ego. Tak mampu menzahirkan sayang dengan kata-kata. Tak mampu memberikan tauladan dengan tindakan. Hanya diam dan terus berdiam diri.

Adik, kakak minta maaf, sayang. Kakak tahu kakak salah. Kakak tak patut diamkan diri. Sepatutnya kakak  kena jadi diantara orang yang menguatkan semangatmu. Membakar kembali semangat yang telah kau bina untuk sekian lama. Bukan menjadi kaku seperti patung yang tidak bernyawa.

Dik, maafkan kakak kerana masih tak mampu menjadi contoh buat kalian. Pasti kalian kecewa punya kekanda yang tak mampu dijadikan taulan. Tak ada apa yang dapat kalian banggakan punya kekanda seperti kakak. Maafkan kakak dik.

Sejujurnya, kakak amat menyayangi kalian. Andai boleh, biar 'sakit' yang kalian rasa, hanya kakak yang tanggung. Pindahkan kesakitan itu untuk kakak. Kakak rela dik.

Dik, walau terlambat, kakak tetap nak pesanan, walaupun kakak tahu, adik mesti tak baca tulisan kakak ni. Kakak nak pesan, walau apa yang Allah berikan pada adik percayalah, itulah yang terbaik buatmu. Allah mendugamu setelah begitu banyak nikmat yang telah adik terima sepanjang kehidupan ini. Banyak 'A' tetap tak menjadi panduan ke mana arahmu, dik. Yang penting, jangan sia2kan harapan umi dan abi untuk lihat kita berjaya dunia dan akhirat. Bergembira dan berlapang dadalah dengan ketentuan Tuhan. Sambutlah dengan syukur. Moga Allah berikan kekuatan buatmu untuk terus berusaha dan istiqomah menuntut ilmu.

Salam sayang dari kekanda mu.
-Kakak-

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...