Skip to main content

Imtihan Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي

Sejujurnya, kehidupan ini memang memenatkan. Bertambah penat, jika redha Allah yang diraih. Ujian yang menimpa sama sekali bukan untuk membebankan, bahkan untuk mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan.

Hampir sebulan berada di Malaysia, bermacam-macam perkara yang Allah dah tunjukkan. Terkadang rasa lemah kaki untuk terus berdiri, terkadang rasa dunia indah penuh warna warni. Semua itu, asam garam kehidupan. Air mata dicipta untuk kita mengenal Tuhan dan tahu, bahawa dunia tak seindah syurga. Senyuman dicipta untuk manusia tahu, bahawa dunia tak seburuk neraka dan kita sentiasa ada Allah yang Maha Penyayang.

Semenjak balik ke Malaysia, inbox selalu dihujani dengan soalan dan tegur sapa sahabat2 seJordan (dan tak kurang Malaysia juga). Masing2 terkejut. Mana tak nya, balik disaat sahabat lain sedang sibuk dengan imtihan Thani (secondexam), tiba2 saya balik tanpa sebarang petanda dan berita (saya dah maklum sebenarnya, tapi ramai yg tak perasan). Bukan niat untuk menyembunyikan sebab musabab kepulangan dari sesiapa. Hanya itu jalan terbaik. Maaf.

Bak kata sahabat, "Hanya orang yang sakit tahu betapa besar nikmat sihat." Sakit yang dialami, bukan sakit biasa2. Sakit yang memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk melawan. Tapi, saya hanya manusia biasa yang lemah. Saya tak mampu untuk terus bermujahadah melawan sakit yang dirasa. Terkadang rebah jua.

Bukan mudah merentasi imtihan akhirat ini. Mudah terasa lesu kerana ganjarannya masih tidak mampu dilihat dengan pancaindera kita yang sememangnya lemah. Kerap mengeluh diawal perjalanan, kemudian berputus asa dipertengahan permusafiran dan akhirnya lupa pada janji Allah disaat-saat hampir ke garisan penamat.  

Apa pun, saya tetap berdoa, Allah masih melihat saya dengan limpahan kasih dan sayangNYA. Mohon didoakan kesihatan dan kekuatan untuk kembali berjuang di Bumi Syam. 

*Sedang merindui aroma pepohon zaitun*

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be