Skip to main content

Konsert Malam Demi Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي

Malam yang tidak diduga. Alhamdulillah, Allah izinkan saya melangkahkan kaki ke konsert Malam Demi Palestine. Pergi dengan hati yang kosong sebab semuanya berlaku diluar perancangan. Rezeki.

Tak berniat untuk cerita panjang tentang perjalanan konsert tadi. Saya cuma ingin berkongsi input-input penting yang saya dapat sepanjang berada disana.

Diakhir konsert Malam Demi Palestine


Mungkin sebelum ini kita hanya menyebut tentang perjuangan membebaskan Palestin tanpa penghayatan. Melaungkan perkataan jihad. Menjaja nama Palestine, Gaza dan Syiria sedangkan kita tak bawa hati untuk betul-betul menghayati perjuangan itu. Kita hanya mampu berlakon. Kononnya kita saudara yang prihatin terhadap mereka.

Kita lupa. Lupa bahawa perjuangan itu bukan hanya dengan sekali kita berdoa untuk mereka. Tetapi, perjuangan itu bersifat berterusan. Berusaha membantu mereka dengan berkempen, memboikot barangan zionis, berdoa dan banyak lagi.

2jam berada dalam dewan benar-benar telah membuka pintu hati dan mata saya dengan seluas-luasnya. Sekiranya artis pun boleh berubah hati dengan melihat kebesaran dan kehebatan tentera Allah di Gaza berjuang tanpa mengenal erti penat dan letih, kenapa tidak saya? Pelajar jurusan syariah, lulusan agama. Ya, hidayah dan taufiq itu milik Allah, tapi sekira kita menafikan kehadirannya dan menolak dengan angkuh, maka ia akan berlalu pergi.

Kalau prihatin terhadap mereka, buktikan !!!
Kalau sayang mereka, buktikan !!!
Kalau cintakan mereka, buktikan !!!

Pernah seorang sahabat menyatakan kepada nabi bahawa dia menyayangi sahabatnya, maka balas nabi, "Apakah dia mengetahui bahawa kamu menyayanginya?" Jawab sahabat tersebut, "Tidak." Lalu nabi menyeruh sahabat tersebut pergi berjumpa dengan sahabatnya dan menyatakan sayang tersebut. (Maaf, saya lupa periwayat hadis ini. Yang pasti, shahih)

Dari situ, jelas Rasulullah menyuruh kita menzahirkan dengan perbuatan sekiranya kita menyayangi sahabat atau saudara kita. Sama seperti keadaan saudara mara kita di Palestin, Syiria, Rohingya, dan seluruh dunia. Jika sayang, buktikan dengan tindakan.

Puisi yang disampaikan bro Aflin Shauki betul-betul telah menyentuh hati setiap insan yang mendengarnya. Kata itu tulus. Tulisan itu ikhlas. Hasilnya, banyak hati yang terusik. Dan, tidak terkecuali, hati saya juga. Alhamdulillah.



Pada saya, sajak ini cukup menjelaskan segala apa yang sedang saudara mara kita hadapi disana. Ikutkan hati, saya nak kongsi segala apa yang saya rasakan sekarang buat tatapan kalian. Tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Maaf.

Akhir kalam, bangkitlah aiyuhaSyabab !!!

Kita perlukan Islam. Kita perlukan semangat jihad itu. Biar kita tak mampu menjejak kaki ke bumi Palestin. Biar kita tak mampu mengangkat senjata melawan musuh. Biar kita tak mampu menyumbang ribuan ringgit untuk diberikan kepada mereka. Cukuplah kita disini buat masa ini, memperjuangkan nasib mereka dan berjuang melawan nafsu yang menguasai diri. Semoga Allah tetap menghitung amalan dan menilai setiap lintasan hati untuk membantu mereka.

Buat kalian saudara maraku disana, 
Nantikan kahadiran kami,
Jika kita tidak ditakdirkan bertemu didunia, 
Nantikan kami di syurga nanti. 
Semoga kalian terus tabah dan kuat dalam dakapan iman,
Semoga semangat kalian dapat kami jadikan tauladan,
Untuk bersama-sama kalian membebaskan Aqsa, 
Tanah suci kita bersama.
Insyallah. 

~ Aku mengimpikan kematian yang mulia atau mati syahid di jalan perjuangan menuju redhaNYA ~

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...