Skip to main content

Keyakinan yang menghilang


بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي


Semenjak dua ni, mood nak mengepost dekat wall FB makin berkurang. Punca masalah masih belum dikenal pasti. Walaubagaimanapun, dari hari ke sehari, akaun FB tetap dibuka untuk menatap berita dan mengupdate keadaan sahabat-sahabat di Jordan terutamanya.

Hari ni, rutin harian itu terus berjalan dengan istiqomahnya. =D

Tiba-tiba, saya terbaca status dia. Saya jadi tersentuh. Bukan sakit hati tapi saya terfikir, betapa matangnya dia mengharungi kehidupan ini. Berbanding saya, masih bertatih memanjat tangga kehidupan yang entah bila bisa berjalan dan berlari.

Buntu !!! Masih tercari-cari bagaimana cara untuk hidup penuh berkeyakinan seperti dia dan mereka. Kadang-kadang saya rasa terasing. Terasing dalam dunia saya sendiri. Adakah saya dihantui oleh bayang-bayang sendiri atau memang benar saya dijauhi dan diasingkan?

Pernah juga terlintas, adanya aku sedikit  pun tidak menjejaskan kehidupan dia dan mereka. Jadi untuk apa aku terus hidup sebagai aku disini ?

Lantas saya ditegur,


“Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka”.
(Ali Imran : 191)

Bukan mudah untuk membangkitkan kembali semangat yang dah lama terkubur. Hanya untaian doa dan kata-kata semangat dari keluarga dan teman dijadikan penguat untuk saya kembali bangun. 

Afiqah, wahai bakal bidadari syurga Ilahi.
Atas alasan apa lagi untuk kau terus terbaring dan berdiam diri ???
Tuhanmu sudah berjanji, Rasulmu sedang menanti dan keluargamu masih disisi .
Bangkitlah !!! yakinkan dirimu .
Kau juga mampu sebaris bersama mereka .
Mencorak kehidupan dengan warna warni pilihan hati .

Yakin pada Tuhanmu dengan sepenuh hati . 
Insyallah, tiada kecewa yang menanti . 


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...