Skip to main content

Belajar Menjadi Matang

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي

'Kakak dah ada calon?' 
'Bila nak ikut jejak kakak2 dan abang2 sepupu yang lain?' 
'Belajar jauh2 nie mudah bertemu jodoh. Cepat2 la ye.' 
'Fiqah, bila nak makan nasi minyak nie? Jadilah orang first yang memecah rekod dalam kalangan kita.' 

Gambar Hiasan
Tiada sebarang maksud tersirat mahupun tersurat :)


Semenjak usia meningkat remaja, soalan2 diatas memang tak pernah sunyi ditanya dan terus ditanya. Sehingga saya rasa lemas dan rimas. Akhirnya, saya hanya mampu cakap, 'Doakan yang terbaik.' Tak nak mengiyakan dan tak nak menafikan tentang keberadaan insan yang saya sendiri tak pasti akan kewujudan dan keberadaan dia dimana.

Bukan tak nak memikirkan soal jodoh dan pertemuan. Bukan tak peduli atau tak kesah. Cuma, saya rasa belum tiba masanya untuk saya memikirkan secara serius. Memandangkan keadaan kesihatan yang tak menentu ditambah dengan beban pelajaran yang masih tersisa beberapa sem lagi. Dan yang penting, pengislahan fardhu muslim masih lompong. 

Mungkin pada mereka, perkahwinan itu suatu yang simple. Sekadar mencari kemudian bertemu, berbincang dan akhirnya setuju. Langsungkan majlis selesai aqad, maka selesailah segala-galanya. Mungkin. 

Tapi, pada saya tidak !!!

Semua itu baru muqaddimah. Permulaan kehidupan menuju redha Allah. Perkahwinan bukan penyatuan dua hati semata, tetapi penyatuan hati kedua pihak. Kita kena membuka hati menerima si 'dia' bersama ahli keluarganya dan begitu juga sebaliknya. 

Perkahwinan, bukan proses mencari bos atau orang gaji. Tetapi, perkahwinan adalah proses mencari pasangan hidup yang saling memberi dan menerima seadanya. Proses mencari peneman dan pelengkap hidup untuk memenuhi fitrah yang telah dicipta oleh Allah. Dan yang paling utama, untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama kita.

Sebelum menempuh alam kematangan (sekarang matang sikit berbanding dulu. he2), saya pernah ditanya, lelaki yang macam mana menjadi idaman hati (erk, geli tekak). Tanpa was wi sufi, saya menjawab, 1. Al-Hafiz 2. Soleh 3. Hensem dan bla bla bla. (kalau senarai semua takut panjang lebar). Punyalah demand permintaan tu. Tak sempat ukur kain pada badan sendiri. Laju je lidah membuat senarai. Astagfirullah. 

Tapi, itu semua dulu. Masa kanak2. Mungkin faktor abi selalu bawa ke Darul Quran. Seronok melihat biah abang2 dan kakak2 yang berada disitu. Soleh dan solehah semuanya, membuatkan saya jatuh hati pada akhlaq dan sikap mereka. Sekarang nie semua tu berubah bila pelbagai rasa pahit manis kehidupan sudah mula dapat dirasa. Allah bantu bukakan minda dan fikiran dengan lebih luas. Alhamdulillah

Ya, memang tak dapat dinafikan. Kita pasti mengharap yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi sila check diri balik. Sepadan tak dengan awak nak yang hebat2 cik Afiqah ????? (dah kena batang hidung sendiri -_- )

Nak berharap yang baik-baik tak salah, asal jangan hanya berangan tanpa berusaha menjadi yang terbaik. Semoga dengan berharap yang baik-baik, semakin bertambah usaha dan semangat untuk membaiki diri kearah yang lebih baik. Insyallah =)



Proses mengislahkan diri bukanlah suatu proses yang sekejap bahkan sepanjang kehidupan. Oleh itu, jangan pernah berhenti untuk mentarbiyah diri melakukan perkara ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Soal cepat atau lambat, itu bukan urusan kita. Istikharah sentiasa, mohon Allah berikan yang terbaik serta bantu kita dalam membuat sebarang keputusan. Agar tidak menyesal dikemudian hari. 

~ Usah dicipta cinta GEDIK. Islahkan diri , bentuk peribadi ~








Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...