Skip to main content

JORDAN

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Sollu A'lan Nabiy..

ALHAMDULILLAH.. Tiada lafaz yg lebih baik untuk diungkapkan..

Semenjak menjejakkan kaki ke bumi Urdun ni, baru hari ini diberi kesempatan olehNYA untuk mencoret sedikit coretan untuk tatapan sendiri dan jga shbat-shbat..

Tarikh 13 september 2011 mnjadi satu tarikh yag begitu berharga bg kami. Setelah sekian lama berperang dgn pelbagai ujian dan rintangan,akhirnya kami sampai juga kebumi penuh barakah ini.. ALHAMDULILLAH...

Saat kaki melangkah masuk ke balai berlepas KLIA, hati tak henti bermain lagu.. Segala rasa cuba dipendam sendiri. Bukan ego, bukan keras hati, bukan berlagak, hanya ingin mnjadi tabah dan kuat untuk ujian perpisahan ini. Walaupun sukar,cuba ditelan. Tiada anak yang sanggup pergi jauh dari ibu bapa, tiada kakak yang sanggup meninggalkan adik-adik, tiada shabat yang sanggup berpisah dgn teman-teman seperjuangan. Dikuatkan hati demi meraih REDHANYA..

Berkali-kali diri memberi peringatan pada hati agar sentiasa tajdid niat, ikhlas dan redha dgn segala ketetapanNYA. Bimbang pada sebarang kemungkinan yang kurang baik bertandang sekaligus menggugat hati dan iman.

Pesan ummi abi, sanak saudara, shbat handai cuba dihadam dgn baik agar pulang nnti tiada yang kecewa dgn diri ini.

untukmu ummi dan abi,
jazakumullah atas pengorbanan kalian, susah payah kalian, penat lelah kalian, jerih perit kalian.. akhirnya anakndamu ini berjaya bertandang ke ardul kinanah ini untuk mengutip mutiara-mutiara indah unntuk dibawa pulang kelak. Dan sesungguhnya, perjalanan anakndamu ini masih jauh dan merupakan aset akhirat buat kalian. Doakan anakndamu ini berjaya dunia akhirat dalam redha kalian.

Sebagai pengakhir kata, mari kita hayati pesanan kekasih kita, Muhammad, juga penguat semangat sya yang berbunyi:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”. (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...