Mencintaimu,
Satu kebahagiaan buatku
Mecintaimu,
Satu ketenangan bagiku,
Mencintaimu,
Satu kehidupan untukku.
Dan kerana itu,
Aku terlalu takut untuk kehilanganmu.
Meski dalam ketakutan yang teramat ini,
Aku tak pernah lupa bahawa engkau hanya pinjaman,
Ku tuntun rasa yang berlegar diruang hati,
Dengan satu lafaz janji dari Tuhan
Bahawa, semua milikNYA tanpa kecuali.
Aku tenang,
Menyusuri kehidupan tanpa gentar,
Andai Tuhan mengambil pinjaman ini,
Kan ku redhai,
Walau pasti hatiku tersakiti,
Kerana pasti aku punya takdir yang jauh lebih baik dari ini,
Juga ku yakini Tuhan sesekali tidak pernah mensiakan aku.
Kan.?
*Tuhan, andai ini lah yang terbaik. Maka KAU permudahkan semuanya. Kau berkati dan redhailah kami menuju JannahMU. Ikatkan hati kami dalam apa jua keadaan. Ameen.
Comments