Skip to main content

Waiting

Bismillah..

Makin besar makin rasa menulis nie dunia aku. Nak luahkan peasaan semua thru menulis. Even nak marah pun, kadang2 aku lebih suka menulis. Tulis lah apa yang aku suka. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku lebih selesa menulis. Pada aku, dengan menulis nie, aku oleh tengok tahap kewarasan aku dan kecerdikan yang kadang2 nampak cerdik. Tapi kadang2 tak berapa cerdik jugak. Haha.

Just nak share, sekarang nie aku masih tak dpt panggilan untuk interview uia tu. Penat jugak la tunggu sebenarnya, tapi tak prepare sangat pun. Bajet confident je dengan interview tu nanti. Hehe. Entah la. Sekarang nie aku hanya fikir nak sambung belajar je. Transfer ke tak, tu cerita kedua. Janji dapat sambung belajar. Bukan nak kejar sangat master phd semua tu. Tapi, aku nak jadi manusia yang berpendidikan. Atleast, nanti bila dah ada anak cucu, aku boleh jadi contoh kat dieorg. Aku belajar sampai ke menara gading. Even aku pernah kecundang kat Jordan. Haha. Kenangan lah kan. Banyak sangat dah nie simpan cerita untuk anak2 nanti. Get ready yer bakal anak2. Hahaha. Lol.

Pada aku, pelajaran tu sangat penting. Kalau aku mudah nak mengalah untuk teruskan pengajian, mcm mana anak2 aku nanti nak semangat belajar dengan cemerlang kan. Mak malas, nak suruh anak rajin. Memang jadi bahan la nanti "Ibu dulu malas belajar. Kiteorg nak contohi ibu je.." Tak ke pening kau kalau anak jawab macam tu.? Hahaha. Dialog rekaan semata k. Tak fikir pun nak suruh anak2 panggil apa. Saja random.

Okay. Rasa mcm jauh sangat aku fikir nie. Tapi, masa depan. Kena la fikir. Kan.?

Aku tak cakap, belajar tak sampai menara gading tu tak bijak atau takde class ke apa. Ramai je org yang takde sijil, jadi bijak pandai dan mungkin lebih alim dari yang berkelulusan universiti nie. Tapi, atleast ada bukti. Tu je kot. Yang penting pada aku, cara kita grab peluang yang Allah bagi tu. Allah dah pernah tarik nikmat belajar kat aku hampir 3tahun. Belajar macam tak belajar. Aku menyesal sangat. Peluang tu aku tak mampu nak isi dengan sebaiknya. Kalau boleh diputar masa, aku nak grab betul2 peluang selama 3tahun setengah kat Jordan tu. Kutip segala ilmu yang ada. Tapi, benda mustahil kan. So, aku doa Allah beri aku peluang kedua untuk aku baiki semua tu. Untuk aku tebus masa yang dah aku sia-siakan selama nie.

Jujurnya, aku tak pernah menyesal Allah hantar aku ke Jordan. Sebab aku rasa banyak sngat benda yang aku belajar sepanjang berada kat sana. Betul lah. Tiada penyesalan dalam keputusan yang diiringi istikharah kan.? Tapi, tu la. Semua atas aku. Dah sampai sana, aku yang banyak bazirkan masa dengan benda tak berfaedah. Allahu. Moga Allah ampunkan dosa membazir yang dah aku buat selama nie.

So, sekarang masih menanti dan menunggu. Harap luluslah interview tu nanti. Tak sabar dah nak sambung belajar. Rindu sangat sangat nak masuk kuliyah balik. Mengadap muka pensyarah. Cuma nanti, suasana berbeza. Masuk kelas takde dah muka arabians. Dalam kelas, maybe takde la kot dahi berkerut2 fikir pensyarah cakap apa. Bila jumpa Dr, tak payah dah fikir nak cari vocab apa yang sesuai nak suruh pensyarah faham apa aku cakap. Mungkin akan sibuk dengan assigment dengan aku tak pernah terfikir pun. Takde dah nak gaduh2 dengan arab segala bagai. Haha. Moga2 aku cepat dapat adapt semua tu. Ameen. Ameen. Doakan tau.

Bye.!!


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...