Skip to main content

Tension Sikit

Bismillah..

Okay. Tiap kali tulis blog, mesti cerita tak best kan. Asyik nak meluah rasa je kat sini. Tapi, biar lah. Dari aku buat benda yang tak patut.

Kenapa ntah, rasa tension. Punca dari mana pun aku tak tahu. Maybe sebab terlalu banyak bergantung pada manusia. Banyak sangat luang masa dengan manusia, sampai hati rasa kosong. Kosong sangat.

Macam2 perasaan tgh bercampur sekarang. Tension sangatttt. T.T

First, rasa tertekan bila ada orang tanya mcm nie, 'duduk rumah je.? Tak kerja.? Cari duit. Adik2 semua kerja.'

Jujurnya, aku memang nak sangat kerja. Sangat nak. Nak kumpul duit sendiri. Nak simpan banyak2 duit tu, biar dapat bantu masa mendatang nanti. Tapi, entah. Dari awal lagi, aku dah niat nak spend time lebih dengan umi. Sebab dalam semua anak, aku paling kurang masa dengan umi.

Since 13tahun dah duduk asrama kat kelantan. Dalam setahun, berapa kali je balik KL. Tu pun balik sekejap. Paling lama ada la dalam sebulan dua duduk rumah, time cuti akhir tahun tu.

Lepas spm, aku kerja kejap dengan abi. Ada la dalam 3bulan kerja. Memang la kerja dekat office abi, tapi, still takde masa dengan umi. Hari sabtu pun aku kena kerja, half day. Then, dapat panggilan ke kursus dekat DQ. Sebulan kat sana. Hari minggu, aku pilih nak stay je dekat DQ. Tak balik. Habis kursus, Terus dapat panggilan ke kursus bahasa arab under YIK (yayasan islam kelantan). Sekali lagi terpaksa stay Kelatan. Tak ingat berapa lama. Tak silap ada la jugak 2 3bulan. Lepas tu BTN. Last sekali, terbang Jordan.

Masa aku tak banyak aku habiskan untuk bersama umi.

Aku cuba positifkan minda sebelum aku balik Malaysia hari tu. Aku fikir, mungkin Allah bagi peluang kat aku untuk bersama dengan umi time nak tunggu panggilan kemasukan ke IPT jun nanti, insyallah. Aku fikir benda tu je. Pahala. Pahala.

Aku nampak pahala aku nak bersama dengan umi. Nak jalan2 dengan umi. Nak buat semua benda dengan umi.

Tapi, bila balik nie, aku yang tension. Bila org bising aku tak kerja. Takde duit sendiri. Takde schedule yang busy macam org lain. Aku tension. Cuma bila fikir umi, aku cuba tahan dari dengar semua benda tu.

Betul la. Dalam nak buat keptusan nie, kita kena berani. Berani buat keputusan. Berani terima apa yang bakal kita hadap lepas kita buat keputusan. Kalau mudah lemah bila dengar apa yang orang akan cakap pasal kita, susah la. Kita akan jadi manusia yang takde pendirian,

Aku tahu, tak senang. Sebab aku pun sebenarnya, mudah lemah. Mudah nak terpengaruh dengan apa org cakap. Mudah sangat nak down. Heh. Aku pretend macho je sebenarnya. Buat tak tahu. Buat hati batu even kadang2 airmata dah tak tertakung. Haha. Chill lah. Tak nama life la kan kalau lembik.

Apapun sekarang, aku dah plan satu projek dengan umi. Doakan lah projek nie berjalan dengan baik. Projek apa.? Haaa. Tunggu. Kalau jadi, memang aku bagitau semua orang. Insyallah. Hehe.

Okay lah. Have to go. Bye.!

Doakan yang terbaik untuk aku k.


#AfiqahRozalie
#GombakSelangor
#22April2015




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...