بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبى
Hari ini, tepat sebulan kejadian itu berlaku. Terasa kelam sebentar kehidupan. Baru menjejakkan kaki lebih kurang seminggu di bumi Jordan, sekali lagi teruji. Allahu.
Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi. Lena terusik bila tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Pelik, jam 3pagi, mana mungkin ada tetamu menyinggah. Tiba-tiba, saya terdengar jeritan dari sahabat dibilik sebelah (kebetulan saya menemani sahabat, tidur dibiliknya). Hati berdegup kencang. Terasa amat payah untuk bangkit dan bergerak. Mungkin kerana terlalu terkejut. Dalam hati, "Apa sebenar yang berlaku nie ? Dieorang kena sampuk ke? Grulpp."
"Fiqah, Sayyidah bangun. Mehla sini." Jerit kakak serumah. Ya, ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. Digagahi diri untuk bangun dan segera ke bilik sebelah.
"Korang, ade orang masuk rumah kita. Cepat-cepat. Telifon Abu Khalid (tuan rumah)" Jelas kakak tadi.
Allah ... Keadaan cemas itu hanya Allah yang tahu dan kami sahaja yang merasainya.
5minit kemudian, tuan rumah datang dan masuk ke rumah. Bimbang pencuri masih berada didalam rumah. Dia segera ke dapur. Jelas ! Tingkap dapur terbuka luas. Sekali lagi, takut menguasai diri. Menggigil dan terus menggigil. Kaku. Tak mampu buat apa-apa.
Tiba-tiba, saya rasa tak sedap hati. "Kenapa pintu bilik aku tertutup kemas nie? Ke 'dia' ada dalam bilik nie?". Duga hati. "Akak, cuba buka pintu bilik fiqah. Rasa tak sedaplah." Pinta saya. Sebaik pintu bilik dibuka, mata terus tertumpu pada meja study. Laptop tak ada !! Beg duit pun tak ada !! Saya terduduk.
Astaghfirullah ..
"Fiqah, sabar." Hanya itu yang saya dengar. Airmata setitik pun tak ingin saya tumpahkan. Malas nak melayan perasaan. Yang penting tindakan rasional. Segera saya capai handphone dan hubungi rakan syabab yang berhampiran untuk membantu kami. Suasana kalut. Masing-masing sibuk menelifon rakan-rakan syabab, Abu Khalid juga tidak keruan. Meminta kami menjelaskan perkara yang berlaku. Dalam keadaan yang sepanik itu, kami tak mampu berbahasa arab dengan lancar.
Berpuluh-puluh kali kami cuba menelifon rakan-rakan syabab, tapi hampa. Semua tak berjawab. Kami faham, seawal pukul 3 4 pagi, siapa sahaja yang masih berjaga. Kebetulan, malamnya ada perlawanan bola. Pasti syabab-syabab tidur lambat.
Akhirnya, setelah kami hampir berputus asa, saya berjaya menghubungi seorang rakan syabab (hero untuk malam tu. Hehe ). Alhamdulillah.
Tidak lama kemudian, rakan syabab tersebut tiba dan kami ceritakan segala apa yang berlaku untuk diterjemahkan kepada Abu Khalid. Setelah 2orang polis datang untuk mengambil keterangan dan bahan-bahan bukti, saya dan seorang ahli bayt yang lain terpaksa pergi ke balai polis untuk memberikan keterangan dan mengecam gambar wajah pencuri (sewaktu kejadian, ahli bayt terjaga dan sempat mengecam wajah pencuri sebelum menjerit).
Alhamdulillah, urusan selesai hampir jam 6pagi. Syukur, tiada sebarang kecederaan dan apa yang penting kami selamat daripada diapa-apakan. Biarlah segala harta yang ada hilang dicuri, jangan 'harta' yang paling berharga dirampas pergi. Nau'zubillah. Kami terlalu bersyukur dengan itu.
Cukup setakat itu. Untuk menceritakan semua jalan cerita, mungkin terlalu panjang. Saya hanya mahu berkongsi sedikit rasa dan 'tarbiyah' yang Allah berikan.
Sungguh, manusia itu lemah. Kekuatan itu miliknya. Tak diminta ujian datang menyapa. Berat. Sukar. Semua dirasa. Tetapi pasti ada hikmah yang menanti. Semoga boleh dijadikan ikhtibar buat diri dan teman. Insyallah.
p/s : Buat teman-teman seJordan khususnya, pertingkatkan kualiti keselamatan diri dan rumah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita. Ameen.
Hasil kerja 'dia'
Comments