Bismillah ..
Allahumma solly a'la muhammad..
Kadang-kadang, kehidupan ini jauh sangat dari keadilan. Kita cuba untuk berdamping dengan semua manusia yang kita kenal. Kononnya, ingin membina silaturrahim. Tapi, bila dilayan bagai kita nie insan yang tiada hati. Hati mula memberontak. Jiwa mula bermain dengan pelbagai persoalan.
Susah sangat ke manusia nak terima aku sebagai aku ?
Payah ke nak layan aku sebagai manusia ?
Kolot sangat ke aku hingga dijauhi dan tak ingin mendampingi ?
Bermain-main dengan persoalan, hingga diri jadi buntu. Terasa dunia kejam. Allahu Allah.
Andai iman goyah. Andai hati tak kuat. Pasti dimaki hamun semua makhluk. Pasti tiada lagi akhlak islamiah yang cuba diperjuangkan. Pasti tiada lagi lambang muslimah pada diri.
Kembali pada Allah.
Itulah sebaik penyelesaian.
Kata hati, mengapa kau mencari pandangan dan nilaian manusia, andai pandangan dan nilaian Allah itu lebih utama dan awla??
Manusia yang tak ingin bersamamu itu adalah mereka yang tidak tulus mengikat silaturrahim. Manusia yang menjauh darimu disaat kau memerlukan adalah mereka yang tidak ikhlas membetulkan dirimu dari jatuh ke lembah hina. Manusia yang memperlekehkan kau, disaat kau menjunjung tinggi syariat, adalah mereka yang belum mendapat hidayahNYA.
Kerana itu, masih perlukah kau kepada manusia yang tidak bersedia menerimamu setulus hati ?
Ayuh, usah biarkan dirimu derita hanya kerana manusia. Teruskan perjuanganmu. Kenalkan manusia pada Pencipta. Ajak manusia pada Yang Esa. Andai kau dibuang, kenanglah pembalasan Tuhan saat diperhitungkan. Allah itu sifatnya Maha Adil. Maka, berpautlah pada tali pergantunganNYA. Pasti kau merasa bahagia.
Tak perlu kau menjadi yang lain, jika agama dan syariat menjadi gadaian.
Berdoalah. Pasti Tuhan mendengar.

Comments
Bersabar dan bersyukur selalu pada Allah Taala.. moga kecerian dan kebahagian itu datang tanpa di undang.. :D
Insyallah, moga Allah sentiasa bersama dan tidak ditinggalkan walau sedetik.