Thursday, January 16, 2014

Mereka dan kita, satu jiwa.

Bismillah. 
Allahumma solli a'ala Muhammad.

Jam dah menunjukkan pukul 1.10minit pagi, waktu Jordan. Tapi, mata masih tak dapat nak dilelapkan. Tiba-tiba, teringat tak update lagi pasal moment2 ziarah kem pelarian Syria semalam.

Ok. Sekarang kita cerita pasal semalam k. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Semalam, Allah izin hambaNYA yang sorang nie melawat saudara mara di kem pelarian Syria area Irbid nie. Jujurnya, dah lama nak pergi. Tapi, selalu je ada halangan. Tanda Allah tak izin la kan. Apapun, perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Sebenarnya, letih sangat semalam. Yelah, lepas exam tu tak sempat rehat terus di'paksa' oleh sorang adinda nie. Dilema, antara nak join dengan tidak. Tapi, memandangkan niat cuti nie taknak bazirkan masa dengan sleep as sleeping beauty, so, saya gagahkan jugak diri nie to join their trip. Huh. Alhamdulillah, berjaya dipujuk dan memujuk diri. Haha. Thanks adik, pujuk kakak nie. 

Okay. Afiqah nie kalau bercerita memang suka melalut. Kita cerita pasal warga Syria pulak k.

Semalam, masa melawat tu, saya sendiri tak letak apa2 harapan ke, persediaan ke, atau tanggapan apa2. Pergi dengan jiwa yang kosong. Tambahan bila pergi mengejut kan. 

Sesampai je dekat kem tu, hati dah rasa lain. tengok khemah2 yang sedia ada. hati dah rasa sebak. Haila, macam mana korang boleh duduk dalam khemah yang macam tu. Dengan keciknya, kelengkapannya kurang. Masyallah. Sangat-sangat menyentuh. 

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. So, saya setia bersama team teater. Berjalan ke kem yang paling jauh. Macam rombongan meminang dah. Haha. Rasa macam suasana raya pun ada jugak. Nak tengok suasana dalam khemah, for sure gelaplah gambar tu, sebab dalam khemah takde elektrik. Elektrik hanya akan ada dlm sejam dua je dalam sehari. Not very sure dieorang (org jordan/kerajaan jordan) akan bagi elektrik tu, siang atau malam. Secara logiknya, malam la kan. 



Korang bayangkan eh, dalam keadaan serba dhaif nie, dieorang hidup dua tiga keluarga. Ada la dalam 6-10orang duduk dalam khemah nie. Allahu rabbi. Kalau saya, sesak nafas dah rasanya. Kalau saya lah. 

Okay. After dah duduk lama dan borak panjang dengan makcik nie dan sempat ke khemah kedua jadi babysitter kejap. Part kat sini paling lawak dan tersentuh, bila kami para akhowat nie mengurus baby tersebut, then mak dia cakap, kalau kau nak ambil anak aku nie, ambillah. Serious sangat muka makcik tu. Then ada sorang syabab yang soleh lagi budiman cakap, "dah kalau taknak anak nie, awat beranak?" Hahaha. What the soalan mcm tu boleh keluar. Nak je aku lunyai mulut dia tu. Hahaha.

Tapi kalau ikutkan keadaan dia, boleh jadi jugak. Just like my post, kehidupan dieorang yang susah dan sangat2 la dhaif menyebabkan dieorang sanggup bagi anak yang dieorang sendiri kandung dan lahirkan kat orang. Dengan kehidupan yang macam tu, macam2 boleh jadi. Entah ke baby tu boleh teruskan kehidupan macam orang lain atau tak. Maybe boleh jatuh sakit bila2 masa. Nak2 musim syita (winter/sejuk) yang sangatlah mencengkam nie kan. Even kiteorang yang ada dua tiga hirom nie pun terkadang tak tahan dengan suhu yang sejuk sangat nie, Dieorang tu, dah la duduk dalam khemah yang kecik, pastu kat padang pasir. Allahu rabbi. Bayangkanlah. 

After dah penat jadi babysitter tak bertauliah, kiteorang keluar jenjalan. Tengok khemah2 lain. Sempat la jumpa dengan beberapa keluarga. Then snap2 gambar bagai. Biasalah, budak first time datang kan. Teruja tu lebih sikit. Hehe. 

Tengah jalan2 tu, ternampak sorang budak cute lambai2 tangan kat I. Okay. Apa perasaan you guys kalau ada budak comel buat macam tu. Sah2 nak pengsan kan. Haha. Same goes to me. Apa lagi, permintaan untuk dukung dan bergambar pun di buatlah. Yang pegang budak tu ayahsedara dia. Muda lagi. Tapi tak sempat nak bertaaruf. Malu u. Haha. 

Nie lah si cute yang sesenyum kat orang pastu babai babai bagai. Islam nama dia. Hee
Boleh cakap, sepanjang pergi sana, yang banyak mengusik jiwa hati dan sanubari nie sebab tengok bebudak. Aaa. How could you look at he/she and then biar je? Ahh. Tak sanggup sebenarnya.

After that, i have meet with someone yang lagi special. Ahli syorga lagi. Look at this. 


Ahli syurga sorang nie pun senasib dengan yang lain. Mak dia serious nak suruh I bawak balik. Act, I bukan taknak. I just no have any husband je lagi. Kalau dah ada husband, boleh la I tanya, "Abang, can i bring this boy with us?" Haaa. Gitu. Hihihi. Ok. Berangan semua tu. But actually, ada je simpan niat nak jaga anak Syria sorang. Biar mengalir darah jihad dalam hidup generasi "kami" (Afiqah+?) nanti. Harapnya, Allah izinlah untuk laksanakan niat nie. Insyallah. Allahumma ameen. 

Dekat sejam jugak berada kat kem first nie. Bila semua dah cuak dengan perangai arab, yang tepatnya, rimas kot, baru la semua sibuk suruh pergi kem satu lagi. Tapi, memang pun, kem nie macam tak berdisiplin jugak la. Tapi, faham je. Korang penat tunggu bantuan kan. So, bila bantuan dah datang, for sure semua benda korang nak. Takpe. Even korang dalam keadaan macam tu pun, korang lagi mulia dari kami nie. Lidah tak berhenti ucap Alhamdulillah. Dengan senyuman semua tu. Allah. Luluh hati seorang Afiqah. 

Then, tinggalla segala kenangan kat kem first nie. 

Kita terjah kem kedua pulak k. 

Kem kedua nie penuh dengan budak-budak. Kiteorang sampai terus cari tempat solat. Dah siap tumpang solat, borak dengan pemilik bilik tu semua siap gurau2 bagai. Baru la I pergi serbu kanak2 yang super duper ceria dan aktif. 

Dikelilingi kanak-kanak, tetiba rasa macam ada dalam syurga. Huhu. Antara ramai-ramai tu, ada la beberapa orang yang berjaya mencuri sekeping hati Afiqah. Nak tengok kecomelan mereka. Jap. 



This one yang paling buat orang melting. Gila tak melting. Dah la comel. Bijak. Murah dengan senyuman pastu main lentuk-lentuk kat orang. Memang melting habis la. Aisyah nama dia. Hampir2 nak bawak balik Aisyah nie. Nasib I tak kena tinggal dengan coaster sebab rasa seronok sangat peluk dia. Hihi. Acik doakan Aisyah membesar jadi anak solehah yer sayang. Acik janji, nanti acik datang melawat Aisyah lagi. Tu pun kalau Allah izin kita jumpa lagi. Kalau tak, Aisyah tunggu acik kat syurga tau sayang. Acik sayang sangat kat Aisyah.



Haa yang nie pulak. Teka kenapa saya nak snap gambar dengan dia. Sebab, muka dia ade ghupe my lil bro. Ahmad Fayyad Husainie. Rindu betul. Yang gambar atas tu, mak ayah dia. Nama pakwe hensem nie, Qais. Dieorang dah menetap kat Jordan lebih kurang setahun lebih. 

Actually, sepanjang ziarah nie saya tak banyak korek cerita mereka waktu kat Syria. Bukan taknak tahu, tapi tak sampai hati nak tanya. Yelah. Kalau tanya, mana mak, mana ayah, mana abang, mana kakak, dieorang dengan selamba je jawab "mati masa perang", "Kena sembelih.", "Mati kena tembak." Dll. Kita yang dengar kisah mereka pun rasa tak sanggup. Inikan pula mereka. Tabahnya lah.

Memang sesuai ujian tu untuk mereka. Mereka sikit pun tak mengeluh. Doa, zikir tak lekang dari bibir. Kalau kita, sepanjang hidup meratap rasanya. Yelah. Hilang harta. Keluarga dan semua benda. Hattar negara pun hilang. Macam pendatang asing bila berada di negara orang. Mengharap belas ihsan insan lain. Sedang dulu bebas nak jalani kehidupan di Syria. Boleh pergi sekolah. Kerja. Buat macam2. Sekarang, hanya duduk dikhemah2 then tunggu la bantuan. Kalau ada rezeki, dapatla tanggung apa yang kurang. Kalau takda, teruskan hidup dengan apa yang ada. Tu je.

Ya Allah. Jadikanlah aku dan keluargaku hamba yang bersyukur. Jangan KAU palingkan hati kami untuk jadi insan yang beriman dan bersyukur. 

Macam tu lah serba sedikit ceria dari saya, yang abru habis exam tapi otak dah jem balik kena fikir benda lain. tak best jadi 'orang besar' nie. 21 dah kan. Macam2 kena fikir. Sangat lah tak best. Heh. 

Okay lah. Letih dah menaip. Jumpa lagi untuk pengalaman cuti yang bakal I terjah untuk dijadikan moment indah dalam hidup. Bye. Jumpa lagi. 

1 comment:

Teuku Zulkhairi said...

Assalamu'alaikum wr wb...
Apakah saya boleh minta alamat email pemilik blog ini?
syukran